2025 - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, October 16, 2025

Mendung tak bererti hujan

October 16, 2025 2 Comments

💜 Tarikh: Khamis, 25 September 2025 💜

Minta maaf ye, saya tak sempat nak balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan lagi. Asyik keluar je semenjak dua menjak ni. Nanti bila free, saya akan buat slow-slow.

Pada tarikh di atas, pagi-pagi saya tak siram pokok, sebab saya ingat, nak hujan. Betul-betul macam nak hujan. Udara pun sejuk. Awan hitam tebal menyelubungi langit. Tengok-tengok, hujan tak turun pun, sampai ke sudah. Huuu... bila dah masuk rumah, salin pakaian tukang masak, sudah malas la nak keluar, pakai pakaian lengkap semula nak menyiram. Selamat. Tapi, sebab masuk rumah, saya masak sesuatu la, untuk anak-anak.

Masak nasi goreng

Jarang-jarang sekali saya goreng ikan bilis dan tabur atas nasi goreng. Hari tu, saja jer. Sebab suami ada beli nasi goreng kat kedai tomyam. Saya rasa sikit. Sedapnya, nasi goreng kampung ada ikan bilis rangup. 

Sayur hari ni tomato, timun dan salad.

Butterhead lettuce tu, ada rasa pahit sikit. Tak sedap. Tapi sumbat juga. Lawa muka waktu makan salad ada rasa pahit. Ya... pengorbanan itu perlu untuk sihat. 

Suami ada buat telur separuh masak.

Dia buat pagi-pagi, sebelum dia pergi kerja. Telur separuh masak 6 biji. Dia bawa ofis 2 biji. Tinggal 4 biji.

Makan 2 biji sebelum workout, letak kicap dan pepper.

Biasanya saya workout perut kosong je. Tapi hari itu, saya sarapan awal, dengan telor separuh masak. IF 16 jam. Alhamdulillah.

Sebab makan dulu sebelum buat senaman angkat beban, dia jadi lagi kuat, tambah masa bersenam. Kalau tak sarapan, terketor-ketor nak habiskan 20 minit bersenam. 

Sekian laporan benda berlaku pada tarikh tersebut.

Jumpa lagi, ye. 💗

Wednesday, October 15, 2025

GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh

October 15, 2025 6 Comments

 Assalamualaikum, semua...

saya pun nak turut sama memeriahkan lah. Saya baru kenal blog Mek Yuh ni. Ternampak ramai teman bloggers sudah join, jadi saya pun nak join juga la. 😁

Poster giveaway blog Meh Yuh
Poster giveaway blog Meh Yuh

Saya sudah follow ye, Mek Yuh.

Saya tag semua la, yang sedang baca entri giveaway ini. Kalau kome free, jom kita join ramai-ramai, meh. 

Tarikh tutup penyertaan pada 31 Oktober 2025.

Pada yang nak turut serta, silakan klik banner di atas ya.

Jumpa lagi. 💗

IF

October 15, 2025 11 Comments

💜 Rabu, 24 September 2025 💜

Intermittent fasting (IF) 19 jam. Makan lepas zohor, lebih kurang pukul 2 petang. Mula berhenti makan hari sebelumnya, pukul 7.30 malam.

Kalau nak senang kira berapa lama kita IF, boleh guna app, banyak yang free, boleh download dari Playstore. 

Untuk permulaan, boleh cuba 16 jam dulu. Saya sudah bertahun-tahun buat IF, cuma tidak konsisten. Cuma semenjak dua menjak ni saja, Alhamdulillah, hari-hari. Eh, bukan hari-hari. Seminggu, ada satu hari tanpa IF. Kalau datang bulan pun, saya tak IF.

Sejarah

Saya tahu IF ni bagus, sebab badan pernah rasa. Man jadda wa jadda. Barang siapa yang bersungguh-sungguh, maka ia akan berhasil. Anda buat, anda dapat. Menerusi IF jugalah saya berjaya turun berat waktu alami berat plateau dulu, waktu nak pecah tembok angka 6 di depan tu, nak turun ke angka 5 di depan.

Saya waktu masuk event lari We Run Lumut, pada 14 Jun 2015
Gambar 14 Jun 2015. Berat 80+kg waktu ni.

Besar saya waktu ni. Sudah lupa, berapa berat sebenar. Dalam 86 kg ke, berapa entah. Waktu tu, saya tak suka naik mesin penimbang tu. Saya tak suka lihat diri sendiri dalam cermin. Saya rasa saya hodoh. BMI obese. Saya juga tidak sihat. Pernah merasa hilang upaya. Hadapi masalah untuk berus gigi, tak boleh angkat tangan dan buat kerja berulang, contoh macam menumbuk guna lesung itu. Itu la breaking point bagi saya. Saya decided untuk berubah. Untuk sihat.

Lama perjalanan saya. Sebab saya tidak kuat. Saya tidak cukup berdisiplin. Tapi bolehlah saya simpulkan perjalanan saya, slow and steady. Perlahan-perlahan saya lebih sihat dan fit. Alhamdulillah. Semuanya, atas izin Allah. Saya nikmati hidup. Saya suka makan sedap-sedap. Berat saya naik dan turun. Tapi, saya set limit, kalau berat naik melebihi 62 atau 63 kg, kembali semula la ke pangkal jalan. 

Kembali kepada cerita entri ini, apa yang berlaku pada tarikh di atas. 

First meal of the day.

Kadang tu, letih nak memikir masak apa. Tambahan pula, ada urusan di luar pula. Maka, kita pergi kedai nasi campur, tunjuk-tunjuk lauk je la, senang. Telur rebus memang saya sudah kukus dalam pengukus elektrik. 

Pada hari itu, saya buka IF dengan makan telur rebus 2 biji, sayur taugeh (lauk tunjuk) dan ayam gulai dua ketul (panaskan lauk masak semalamnya). Ayam potong kecil. Tengkuk pun kira satu ketul juga, kan.

Sudah 2-3 hari saya tak makan nasi. 

Saya keluar dengan anak sulung, Amirul, pagi pukul 9. Pick-up kopi di Zus

Kemudian, beli roti di 7-Eleven dan FamilyMart. Dalam 7-E tu, macam-macam makanan ada. Mainan pun ada. Ralit dok tengok apa benda dekat rak. 

Pusing pekan Lumut.

Pergi Restoran Cek Yah, beli lauk tunjuk, iaitu ikan keli berlada seekor, ayam goreng berempah 2 ketul, ayam masak merah 3 ketul dan sayur taugeh 3 ringgit. Total belanja lauk tunjuk RM30.50.

Akhir sekali, singgah kedai beli telor gred A sepapan, tomato sebungkus dan sabun mandi.

Progress

Dulu, saya banyak buat IF 16 jam. Pukul 6 petang sudah berhenti makan. Dinner pukul 5 petang. Esoknya, sarapan pukul 10 pagi. Tiga kali makan.

Sekarang, saya cuba untuk makan paling akhir pukul 7 malam. Hidangan pertama pukul 12 atau 1 tengahari. Makan dua kali sehari. Tiada sarapan. Ambil makan tengahari dan malam saja. Ini, saya ikut Formula Dr. Mani. 

Tarikh 5-10 Oktober 2025, hari-hari IF.

Tarikh 9 Oktober paling lama, 23 jam. Lepas 10 haribulan, hilang terus. Mula semula 15 Oktober, hari entri ini di-publish. 

Saya ada terbaca, jika kita buat 72 jam IF, umpama kita factory reset badan kita. Ada penjelasan saintifik dalam benda ni, tapi saya tak tahu nak terangkan dalam bahasa mudah. Lebih kurang macam sel-sel baik akan makan sel-sel tak baik dalam badan la, bila kita tak makan sampai 72 jam tu.

Bagi orang yang pernah tidak sihat macam saya, di sini saya nak tulis kebaikan buat IF ni. 

Dulu sebab saya berlari, walau pun saya buat IF, saya tak cut sugar. Semua benda saya makan semasa window eating time. Tapi sejak saya stop gula, asthma dah hilang. Ada beza, badan boleh rasa. Ada 2 benda jahat yang tak elok untuk kita ambil, iaitu gula dan tepung. Badan rasa lebih ringan. Lebih senang buat kerja berat. 

Saya buat semua ni, untuk diri sendiri. Banyak benda dalam dunia ni, kita kena buat pilihan, dari sekecil-kecil tindakan seperti nak masukkan apa dalam mulut kita, sampai benda besar yang boleh beri kesan pada keluarga kita. Kalau tak sihat, macamana nak jaga anak-anak, jaga makan pakai suami, nak sembahyang, nak jaga orang tua, dan banyak lagi la.

Kena sayang diri sendiri la. Takde orang lain yang akan sayang kita, kecuali Allah. Suami pun tak sayang kita sangat. Kalau suruh suami pilih antara kereta dia dengan isteri, mesti suami pilih kereta dia lagi. Betul tak, pembaca lelaki yang sedang baca entri ni? Hehe...

Jangan buat demi orang lain. Buat untuk kita sendiri. Kalau muka kita jadi lebih comel dan baju lama pun boleh muat, itu bonus la. Siapa yang tak happy, kan. Tapi tak kekal juga, semuanya beransur hilang semakin kita berusia.

Itu la sikit cerita pasal IF. Kalau berminat, boleh lah buat carian atau bacaan lanjut, yang kome boleh jumpa info lebih bagus dari apa yang saya cerita di sini. Terpulang lah masing-masing, ambil tindakan baik untuk kesihatan diri sendiri. Sihat itu, nikmat paling mahal. Syukur Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Tuesday, October 14, 2025

Salad, Kari dan Sambal

October 14, 2025 16 Comments

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛

Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊

Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha... 

Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok!

Salad telur rebus.
Salad telur rebus.

Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula.

Gulai ayam.
Kari ayam.

Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar.

Sambal lada kelantan
Sambal lada Kelantan.

Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah letak sebiji saja. 

Saya makan lauk saja. Tak makan nasi. Suami tengok saya, geleng-geleng kepala. 🙈 Sudah tinggal tulang, dia kata. Niat saya, mahu makan sihat. Supaya ujian darah akan datang, keputusan baik-baik saja. Bukan harus dibuat sehari dua. Harus jadi amalan sehari-hari. Bila kita stop sugar, dan stop tepung (ok, tepung saya masih struggle nak buat, sebab saya suka kuih dan roti) automatik berat turun. Berat semasa 55 kg. Banyak pakaian dah rasa longgar.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.

Ceria-ceria selalu.

Jumpa lagi, ye. 💗

Monday, October 13, 2025

Ayam sweet sour dan sambal goreng jawa

October 13, 2025 17 Comments

💜 Jumaat, 19 September 2025 💜

Cerita tentang masak-masak lagi. 

Ayam sweet sour
Ayam sweet sour

Atau ayam masak masam manis. Saya guna bahagian dada ayam sepenuhnya. Potong kecil-kecil. Saya juga tidak goreng dulu, ayamnya. Lepas tumis bawang dengan halia hingga naik bau, masuk semua sekali ayam bersama sos plum, sos cili, sos tiram dan air. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.

Kemudian, saya masak lagi satu lauk. Hari tu, telan air liur saya, bila baca Sueann masak Sambal Goreng Jawa. Jadi, saya pun buat la.

Sambal goreng jawa
Sambal goreng jawa.

Versi saya. Guna apa yang ada dalam peti ais. Ada tauhu pok, fucuk, suhun, tempe dan kacang gajus. Orang guna kacang tanah, saya guna kacang gajus. Itu jer yang ada. Takpe la. Sendiri juga mahu makan. Kacang gajus tu, suami saya pula yang tolong gorengkan. Sampai hitam, kau! Lantak pi. Masuk jer.

Alhamdulillah. Sedap la, pada tekak kami. Selera sungguh kami makan pada hari tersebut.

Saya ratah sambal goreng je. Tak makan nasi. Kenyang. 

Sekian laporan masak-memasak pada hari itu.

Kome sudah makan ke belum? Makan apa hari ni?

Jumpa lagi, ye. 💗

Saturday, October 11, 2025

Tampal seluar

October 11, 2025 30 Comments

💛 Tarikh: Selasa, 16  September 2025 💛

Setiap orang mesti ada baju kegemaran, atau seluar kegemaran. Padahal dalam almari, ada banyak helai boleh dipakai. Tapi suka juga pakai pakaian yang sama. Bila koyak, saya lah yang jadi tukang jahitnya. Bagus juga, jadi boleh manfaatkan mesin jahit. Kalau tidak, terbiar saja, diselaputi sarang labah-labah, mesin jahit itu. 🙈

Kalau koyakannya jenis kecil, boleh dicantum sahaja fabriknya. Jahit rapat. Tapi macamana kalau koyakannya, jenis berlubang-lubang halus, umpama fabrik seluar itu sudah hampir reput. Seluar lama, pakai, basuh, pakai, basuh. Lama-lama jadi nipis fabriknya. 

Jadi, kena tampal lah, bahagian yang koyak itu.

Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti.
Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti.

Ambil kain perca mana-mana. Tengok warna yang sesuai atau hampir sama dengan seluar. Gunting sekadarnya untuk menutup bahagian yang koyak. Semat dengan jarum peniti.

Jahit keliling kain.
Jahit keliling kain.

Jahit guna mesin jahit, keliling kain tampalan. Kalau nak lebih kuat, boleh jahit zig zag atas kain tampalan tu. Saya pada hari itu agak malas, jahit keliling sahaja.

Bahagian luar seluar.
Bahagian luar seluar.

Tak perfect. Tapi boleh la cover, bahagian yang koyak. 

Sudah siap tampal seluar koyak.
Sudah siap tampal seluar koyak.

Dua tampalan, siap dijahit. Seluar suami. Bukan saja cerewet membeli. Sudah banyak kali suruh beli seluar baru. Tapi suka bebenor pakai seluar yang sama. Siap! 

Jumpa lagi, ye. 💗

Progress berkebun

October 11, 2025 16 Comments

 💚 Tarikh: Sabtu, 13 September 2025  💚

Salam Sabtu, semua... Best la, hari ni hari Sabtu, boleh nyongket. Kebetulan, entri ini, saya nak ceritakan kisah pada hari Sabtu juga. Cuma beza, tarikhnya, bulan lepas. Itu pasal permulaan entri, biasanya saya tulis tarikh. Kebanyakan kisah yang saya kongsikan, sudah berlalu. Harap tidak ada yang terkeliru.

Mula-mula, cuba kome tengok di bahagian Comments di dashboard blogspot tu. Klik drop down Comment tu, tengok yang Spam. Kot ada komen dari saya yang termasuk situ. Silalah approve. Saya rasa saya ada tinggalkan komen di blog kawan-kawan, tapi tak keluar pula. Terima kasih.

Berikut progress pokok kunyit yang baru keluar. Ini projek tanam semula. Pokok kunyit yang daunnya sudah buruk dan tidak lagi hijau, adalah tanda yang tanahnya boleh dikorek untuk dituai kunyitnya. Cuci semua kunyit hidup. Ada yang saya simpan dalam peti ais, untuk kegunaan memasak. Ada juga yang bahagian ada mata tu, saya tanam semula. 

Pokok kunyit baru tumbuh
Alhamdulillah, tumbuh. 

Ambil masa agak lama. Saya ada terbaca di group bercucuk tanam di mukabuku, dia kata, cara cepat nak tanam pokok kunyit, kunyit hidup yang bahagian ada mata tu, simpan dalam bekas gelap, bawahnya letak tisu basah. Saya ada cuba cara ni, tapi ia tak bertunas pun, jadi tempat pertumbuhan kulat dan spora adalah. Hehe... Jadi, kalau ada bahagian kunyit bermata, saya tanam balik la dalam tanah. Gambar di atas adalah contohnya. Alhamdulillah, tumbuh juga. 

Anak pokok betik, timun, dan tomato.
Anak pokok betik, timun, dan tomato.

Inilah tapak semaian saya. Tempat saya campak biji-biji betik, timun dan tomato. Betik dan tomato dari dapur saya sendiri. Timun jer, guna biji benih beli dari kedai Eco RM2.60.

Saya ada labelkan, supaya boleh kenal. Nak asingkan dan tanam di tempat baru, mencabar juga. Dulu saya selalu kagum dengan aunty rumah depan sana nun, dia boleh duduk atas kerusi kecik dan rendah berjam-jam, cabut rumput. Sebab rumah dia rumput carpet, jadi, dia duduk atas kerusi kecil, tunduk, cabut rumput liar selain rumput carpet, yang tumbuh di celah-celah. Kalau tak ada kerusi kecil, lenguh tau, nak bertinggung berjam-jam. Kaki lenguh, silap-silap boleh sembelit kot. 🙈

Sekarang, saya pun dah berjangkit dengan aunty tu kot. Saya duduk atas kerusi kecil, saya asingkan anak pokok tomato. Susah sebab kena lemah lembut. Anak pokok masih kecil dan halus. Kalau tunggu besar, akarnya berselirat di bawah, lagi susah nak asingkan. Tak boleh biar dia duduk dekat-dekat, persaingan. Wak Warisan Tani pun ada buat kat pokok pisang dia. Anak pokok baru yang keluar, kena tebang. Biar satu pokok je. Kena ada penjarakan. Orang je yang tak tahu penjarakan ni. Suka datang dekat-dekat orang lain. Dah la ramai orang malas pakai facemask, sebab rimas, lagi-lagi pergi pasar malam. Sekali orang tu bersin atau batuk, kan dah kena sakit. Ah sudah, saya dah membebel dah.

Itu sajalah cerita perkembangan berkebun pada hari tersebut.

Selamat menyongket di hari minggu.

Jumpa lagi, ye. 💗

Friday, October 10, 2025

Mi goreng dan ayam kicap

October 10, 2025 28 Comments

 💜 Tarikh: Jumaat, 12 September 2025 💜

Pagi-pagi buta, masak mi goreng.

Mi goreng simple
Mi goreng simple.

Letak isi ayam dan fish cake sikit. Guna Gardenia Numee.

Sarapan saya.
Sarapan saya. 

Mi goreng suku pinggan. Scrambled egg suku pinggan. Sayur timun dan tomato separuh pinggan.

Dah ada mi goreng, tapi masak juga satu lauk untuk tengahari. Sebab nasi putih pun masak juga. Pada tarikh tersebut, Amirul ada dirumah. Hafizan pula on the way balik ke rumah. Jadi, dikhuatiri mi goreng sahaja tidak cukup untuk menampung makan anak beranak.

Ayam kicap
Ayam kicap.

Untuk lauk tengahari, saya masak ayam kicap, letak kentang dipotong wedges. Ini, tiru style SK. Ayam kicap saya nampak kurang menarik pula, sebab saya tak goreng ayam dulu. Masuk jer, bubuh air banyak dengan kicap. Masak dengan api perlahan hingga ayam empuk.

Esoknya, sudah mula lah cuti sekolah seminggu tu. Kerja saya, masak jer. Budak Amirul tu, bertapa dalam bilik. Tapi, boleh dengar dia bercakap dengan orang. Main game la, apa lagi. Bila lapar jer, keluar bilik tanya, ada makan apa? Anak bertuah. 

Okay. Jumpa lagi, ye. 💗

Maruku dan berkebun

October 10, 2025 24 Comments

 💚 Tarikh: Rabu, 10 September 2025 💚

 Masa pergi pasar, saya jumpa maruku.

Maruku kacang peas
Maruku kacang peas.

Perusahaan homemade ni. Pertama kali saya jumpa maruku warna hijau. Saya pun beli sebungkus. Harga RM12.

Rasanya? Rasa muruku la. Hehe... tapi, lain sikit dari muruku biasa. Ada rasa kacang peas sikit. Boleh tahan. Makan berdua dengan suami, sambil layan tv, sat jer habis.

Balik rumah dari pasar, seperti biasa, saya berkebun sekejap.

Ros kuning kembang berjemaah
Ros kuning kembang berjemaah.


Kerja pada hari tersebut.

Saya mengasingkan anak pokok tomato dan betik ke dalam polibeg. Juga tanam kunyit. 

Kalau saya nak masukkan tomato dalam telur dadar, kadang saya buang bijinya. Biji tomato, saya campak dalam tapak semaian, iaitu pasu yang ada partition. Bila dia dah tumbuh, dah besar sikit, keluar daun 2-3, saya pindahkan ke tempat lebih besar. Itu pun, kena asingkan dengan lemah lembut, supaya akar halus tidak tercabut. 

Ada satu hari, suami bawa balik betik. Saya jarang makan betik. Tapi tahu yang betik itu bagus, membantu kita buang air besar senang. Biji betik, saya minta suami asingkan. Ye, suami yang selalu potong buah. Saya malas potong buah. Makan buah rajin. 😁 Biji betik itu pun saya campak juga ke tapak semaian. Tumbuh. 

Masa saya asingkan anak pokok betik ke polibeg, suami saya cakap, tak perlulah buat banyak-banyak. Tanam banyak betik, nanti cik nyet lagi suka datang rumah. Saya saja jer test tanam. Belum tentu hidup. Kalau ada rezeki pokok membesar dan keluar buah, okay je. 

Sambil buat kerja, sambil memikir. Idea tu kadang datang tanpa diduga. Masa siram pokok, tiba-tiba dapat satu idea. Nak kena reseach dulu la. Biarlah rahsia. Hehe.. 

Salam Jumaat yang mulia. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Thursday, October 9, 2025

Masak apa lagi...

October 09, 2025 30 Comments

 💛 Tarikh: Selasa, 9 September 2025 💛 

Entri cerita masak-memasak berturut-turut. 😁 

Sayur campur
Sayur campur

Suka bebenor ya, masak sayur campur ni. Saya tumis bawang merah dan bawang putih guna olive oil. Bila bawang sudah layu, masukkan sayur carrot, brokoli dan kobis.

Sambal telur rebus dengan kentang.
Sambal telur rebus dengan kentang.

Merah sambalnya. Memang agak pedas juga.

Telur dadar.
Telur dadar.

Sudah ada telur dalam sambal, pergi masak telur dadar lagi. Dalam gambar di atas, ada banyak keping telur dadar tu. Tapi kecil-kecil saiz. Konon nak buat macam dekat kedai nasi campur tu. Telur dadar dia, dah siap keping-keping atas pinggan hidangan. Kalau kita nak, ambillah sekeping. Ha, camtu la. 

Ini pinggan saya, buka IF.

First meal of the day. Tengahari baru makan. Walaupun tiada nasi, tapi kan ada kentang tu, sumber karbohidrat juga. Masa ni, saya sedang berjinak-jinak belajar tak makan nasi. 🙈

Okay. Jumpa lagi, ye. 💗

Masak apa di hujung minggu

October 09, 2025 21 Comments

💜 Tarikh: Ahad, 7 September 2025 💜

Biasanya hari Ahad, gantung kuali. Tapi suami kerja pada hari tersebut. Kita pula malas nak drive keluar. Jadi, masuk dapur juga lah kita.

Ayam rebus diet mode
Ayam rebus diet mode.

Sudah banyak kali masak lauk ayam rebus ni. Saya pernah share resepi ayam rebus ini di entri ini 👉 Resepi ayam rebus diet mode
Tapi jangan terkejut baca entri tu. Sebab saya bahasakan diri saya, aku. Tapi lama-lama menulis, rasa macam lebih selesa bahasakan diri saya. Sebab masa mula blog ini dulu, saya tak sangka ada orang boleh minat baca blog saya dan tinggalkan komen. Tapi terima kasih kepada anda semua, kerana sudi datang blog picisan saya ni. 
Okay, lauk seterusnya...

Sayur campur pecah telur
Sayur campur pecah telur

Ada carrot, brokoli dan petola tanam sendiri.

Sayur petola
Petola

Buah ketiga dapat rasa. Alhamdulillah.

Saya panaskan kari ayam, lauk dua hari lepas.

Lauk hari Ahad

Alhamdulillah. Kena paksa diri masuk dapur. Kalau tak, lapor la. Ikutkan hati, nak makan maggi jer. Tapi, harus kurangkan makanan diproses.
Kome sudah makan ke belum? Makan apa?

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗

Wednesday, October 8, 2025

Hadiah Giveaway Mencari Saham Akhirat 2.0 sudah sampai

October 08, 2025 24 Comments

 💖Rabu, 8 Oktober 2025 💖

Hadiah dari kak Notie baru saja sampai tadi, via Poslaju.

Dapat mesej whatsapp dari Poslaju, bungkusan on the way. Tak lama kemudian, selamat sampai. 

Telekung travel
Cantiknya! 😍

Saya tak ada lagi telekung warna kelabu. Sukanya!

Bahagian pinggang kain telekung travel
Bahagian pinggang.

Bahagian muka telekung travel
Bahagian muka

Kena la test tengok pakai. 
Telekung travel
Ok! 

Bila simpan telekung dalam beg comel.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada kak Notie, atas kiriman telekung travel yang cantik ini. Boleh simpan dalam kereta. Bila dalam perjalanan belum sampai rumah, singgah solat, sudah standby telekung.
Semoga kak Notie murah rezeki dan sihat-sihat selalu. Saya sangat hargai pemberian telekung travel ini. 🥰🤗
Semoga kita semua sentiasa kuat mengerjakan suruhanNya, walau di mana kita berada. 
Muahh muahh muahh kak Notie. 
Bagi yang belum kenal kak Notie, boleh la singgah ke blog beliau, Saje Suka-Suka.

Jumpa lagi, ye. 💗

Cerita Berkebun lagi...

October 08, 2025 22 Comments

💚 Ahad, 7 September 2025 💚

Saya kan, ada tanam cili. Biji benih dari dapur sendiri. Cili kadang tak habis guna, yang dah kecut atau buruk tu, saya asingkan bijinya, dan saya campak di tanah. 

Lepas tu, saya lupa bila sudah tumbuh pokok, saya tak pasti sama ada ia cili padi atau cili hidup. Seingat saya, semua biji cili saya ada campak. Cili padi hijau, dan cili hidup merah dan hijau

Itu la, yang dalam pasu, kalau saya tanam dari biji benih, saya biasanya labelkan, letak sticker. Yang atas tanah, malas pula. 🙈

Cili hidup warna hijau
Cili hidup warna hijau.

Cili besar tu, saya panggil cili hidup. Yang warna hijau, biasanya saya guna untuk masak ikan keli berlado

Saya teringat yang dulu, blogger Bola Katok ada up entri cili, dan saya ada tinggalkan komen di blog beliau. Betul la BK cakap. Kalau kita biar cili hijau lama di pokok, dia jadi merah. Oooo... Macam tomato juga, lah. Orang guna tomato hijau masak keli berlada. Kalau biar tomato tu di pokok, dia tukar jadi merah. Saya tak tahu. Heee... mati-mati saya ingat, kalau tanam cili hidup hijau, dia stay hijau jer la. Rupanya, tidak. Amenda entah aku ni.. 😅

Cili hijau tukar jadi merah
Cili sudah bertukar merah, tapi bantut sikit. 

Kadang cili cantik, kadang cili jadi pendek. Saya pun, tak pernah letak baja pokok cili ni. Cuma siram dengan air basuhan beras je. Pokok pun macam tak sihat.

Cili belum tukar merah sepenuhnya.
Cili belum tukar merah sepenuhnya.

Ok, lagi satu, apa beza pokok cili padi dengan pokok cili besar (hidup)?

Pokok cili padi, cilinya menghala ke atas.

Pokok cili hidup, cilinya tumbuh menghala ke bawah.

Haaa... itulah bezanya. Hehe..

Neem's Oil beli di kedai Eco2.60
Jumpa Neem Oil ini di kedai Eco.

Saya sembur pada pokok yang ada semut dan serangga. Ok, semut dah takde pada pokok esoknya.

Beli pokok Turnera ulmifolia.

Pantang kan, kalau pergi nursery pokok beli tanah, tak kan tak beli pokok kot. Huhu.. Dalam bahasa Melayu, bunga lidah kucing atau bunga pukul lapan, mengikut Encik Gemini. Nama lain, termasuklah Sage Rose dan West Indian Holly

Cer tengok pada kelopak bunga turnera di atas, semut halus pun ada. Saya perasan, lebah pun suka bunga ini.

Mengikut Gemini lagi, bunga ini berasal dari Mexico dan Hindia Barat. Dikenali sebagai tanaman hiasan, tanaman kawalan serangga perosak, dan juga sebagai tanaman herba. Bunga ini sering digunakan dalam hiasan taman untuk menambah warna.

Bunga pada pokok bunga turnera yang sama.

Warna dia kuning terang. Memang menambah seri halaman rumah saya. 

Sekian laporan berkebun pada hari tersebut, kisah cili, sembur pokok dengan Neem Oil dan pokok bunga Turnera.

Saya harap, hari anda semua pada hari ini, ceria-ceria belaka, anda sihat-sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Jumpa lagi, ye. 💗

Tuesday, October 7, 2025

Perkembangan kaktus

October 07, 2025 16 Comments

💚 Khamis, 4 September 2025 💚

Perkembangan pokok kaktus yang bercerai dengan kepalanya. Ceritanya ada di entri ini 👉 Bercerai Badan.

Batang kaktus baru bercambah
Gambar diambil 31 Ogos 2025

Batang baru bercambah itu membesar, hari demi hari. 

Batang baru bercambah pokok kaktus
Gambar 4 September

Saya musykil, sama ada perlukah saya patahkan dari batang pokok induk dan tanam baru atas tanah?

Berikut jawapan dari Gemini:

Tidak perlu. Batang baru yang bercambah itu boleh dibiarkan tumbuh pada induknya.

Propagasi kaktus (menatang apa pulak, propagasi ni?) boleh dilakukan dengan cara mengambil keratan batang, tetapi ia tidak semestinya dilakukan jika batang baru itu tumbuh dengan sihat.

Propagasi ialah proses menghasilkan tanaman baru. Ooo.. Cara membiak pokok la. Ok.

Pilihan 1
Biarkan batang baru tumbuh. Jika batang baru tumbuh dengan sihat, ia boleh dibiarkan pada induk. Ini akan menghasilkan tumbuhan yang lebih besar dan lebat.

Pilihan 2: Tanam semula batang baru.
Jika anda ingin menghasilkan tumbuhan kaktus yang baharu, batang yang baru tumbuh itu boleh dipotong dan ditanam semula. Proses ini dikenali sebagai propagasi keratan batang.

Langkah-langkah
Potong batang baru dengan pisau yang bersih. Biarkan keratan tersebut kering selama beberapa hari sehingga bahagian yang dipotong membentuk kalus (lapisan keras). Kemudian, tanamkan keratan tersebut di dalam medium penanaman yang sesuai untuk kaktus

Baiklah. Tengok lah macamana. Buat masa sekarang, saya tunggu dan lihat dulu. Rasanya, blogger Mulan pun ada share tentang tanam kaktus ni. Bezanya, kaktus beliau, cabut dari akar. Yang kes saya ini, batang baru cambah.😊

Mungkin nak kena tanya dengan kedai nursery pokok, baja untuk kaktus

Kalau ada antara pembaca yang ada idea tentang kaktus saya ini, bolehlah tinggalkan di komen. Sebab saya tiada pengalaman tanaman kaktus ini. 

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗

Dua jenis ros

October 07, 2025 24 Comments

🌸 Tarikh: Isnin, 1 September 2025 🌸

Assalamualaikum semua... harap hari anda semua ceria-ceria selalu, seperti bunga-bunga dalam entri kali ini. Walaupun ada sesetengah tempat hujan. 

Bunga ros oren atau pic
Gambar diambil pada 28 Ogos 2025

Bunga mawar atau rose. Warnanya orange atau pic. Saya google, warna ini melambangkan semangat dan tenaga. Wah... 💪 Pokok ini sejenis bunga mawar taman (Garden rose). Kelopak bunga tersusun rapat dalam bentuk berlapis, ciri-ciri khas bunga mawar. Saiz bunganya agak besar sikit, dari bunga ros kampung.

Bunga ros orange atau pic
Bunga yang sama, mengembang lagi, selepas 4 hari.

Siram pokok, nampak ada bunga lain yang turut kembang pada hari tersebut.

Bunga ros jepun 

Juga dikenali sebagai bunga pukul sepuluh, kerana ia biasanya mekar pada waktu pagi. Pokok bunga ini, tahan lasak juga dan mudah ditanam. Sesuai untuk landskap atau ditanam dalam pasu.

Pokok ini, saya gantung dekat dahan pokok sakura malaysia.

Saya nak kena pergi kedai Eco, beli lagi pasu gantung macam di atas. Sebab ada beberapa pokok ros jepun ni, saya tanam dalam pasu je atas tanah, sudah terkeluar-keluar, panjang-panjang sudah. Oh, hari tu, pergi nursery di Seri Manjung, orang tu cakap, mulai Oktober, harga tanah naik. Ayoyo... 

Semoga dipermudahkan urusan anda semua hari ini. Dengarnya, ada influenza outbreak. Jaga diri buat anak-anak sekolah dan jangan lupa facemask.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗