Assalamualaikum, semua...
Saya update entri ini guna handphone. Laptop rosak la pula, tak boleh masuk Windows. Kalau tulisan dan gambar tidak tersusun, minta maaf ya.
Cerita saya masak apa pada 8 Disember 2025 yang lepas.
![]() |
| Sayur campur |
Masak sayur campur, seperti biasa. Letak carrot, brokoli, baby corn, kacang panjang dan bunga kobis. Pecah telur.
Daun kesum di rumah saya banyak. Fikir punya fikir, saya masak asam pedas la.
![]() |
| Refer resepi asam pedas Kak Amie. |
Saya suka salin resepi ke dalam buku resepi saya sendiri. Saya ikut resepi asam pedas ikan mabung di blog Kak Amie's Little Kitchen. Ada resepi beberapa teman bloggers yang lain. Saya salin supaya dapat refer resepi secara offline.
Masa tumis bahan kisar, terpencik keluar kena buku resepi yang saya letak di sebelah dapur. Itu yang ada tompokan pada buku resepi saya, dalam gambar di atas.
![]() |
| Siap, asam pedas ayam. |
Sulaiman balik sekolah cakap paper Kimia pada hari itu, study lain, keluar lain. Lepas habis makan nasi, dia ambil lagi seketul ayam asam pedas. Sedap asam pedas ikut resepi kak Amie ini. 😋
Saya guna daun kesum dan bendi tanam sendiri. Saya jarang masak asam pedas. Alhamdulillah, sedap.
![]() |
| Panaskan lauk sambal tumis ikan bilis petai. |
Siap masak awal, pukul 11 pagi, sebab nak sediakan bekal suami masuk kerja tengahari.
![]() |
| Letak lauk dalam tiffin. |
![]() |
| Suami cakap mengalahkan orang kerja ladang kelapa sawit. |
Kerja baik² suamiku. Semangat! 💪
Jumpa lagi, ye. 💗







Sedap nmpknya asam pedas ayam tu..tk pernh try masak menu asam pedas
ReplyDeleteMemang nampak sedap tu Tot. Tambahan pulak guna daun kesum dan bendi tanam sendiri, bertambah rasa lazat. Seronok suami bawa bekalan masakan isteri tercinta.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Asam pedas ayam memang Nur. Terliur pula saya. Saya suka respi tulisan tangan, meresap ke jiwa💖💖💖
ReplyDeleteLepas ni cuba masak asam pedas ikan cencaru pula
ReplyDeleteSedap lauk ni Nur 👍🏻
ReplyDeleteSy dah lama tak salin resepi. Asyik save dlm phone je. Nanti nak salin la semula, lagi senang nak refer kan