Assalamualaikum, semua..
Perkongsian apa saya masak pada 1 Disember 2025 yang lepas.
![]() |
| Ikan rebus goreng |
![]() |
| Sambal tumis ikan bilis petai |
Suami siang (siang ke? Macam siang ikan pula, padahal petai) petai masak dengan kulit-kulit. Kalau buka kulit dan belah petai, buat sambal tumis macam ni, biasanya cerry berry, bagi kamilah. Bila makan petai dengan kulit-kulit, ok pula, tiada cerry berry. Cuma kerap buang air kecil.
Lama sudah tak masak sambal tumis ikan bilis petai ini. Beli petai sejambak besar, harga RM10. Itu pun, tak masak semua. Ada dua tangkai lagi dalam peti ais. Suami kata nak bawa ofis, makan dengan nasi, tapi dia lupa. Dia boleh makan petai mentah, saya tak boleh. Kena buat sambal tumis juga.
![]() |
| Makan malam saya |
Makan ikan rebus goreng, telur rebus dan sambal tumis. Alhamdulillah, masak sendiri di rumah rasa nikmat, walaupun lauk simple dan sikit je. Saya baru nak mula semula jaga makan. Masuk bulan baru kan, Disember. Sebelum itu, sudah banyak hari makan macam bela saka. Rasa lain macam bila badan pun sudah keluar signal berat. Itulah masalahnya saya ini. Nak turun berat lambat. Nak naik berat, cepat saja. Berat sudah 59kg, last sekali timbang. Sebelum berat masuk bermula angka 6 semula, baiklah kembali ke pangkal jalan.
Sekian. Jumpa lagi, ye. 💗



Cepat jugak tu dia kembali ke pangkal jalan. Kalau saya, tunggu tahun baru baru nampak jalan, hihi. Sedapnya ikan rebus goreng, nak nak pulak makan dengan sambal tumis petai.
ReplyDeleteAkk lagi ringan drpd Cuya 🤣
ReplyDeleteCuya pon hilang kesedaran diri agaknya. Sedapnya sambal petai, nasib baik haritu Cuya baru beli sambal potai nogori drpd tiktok. Artis Nubhan tu jual, sedap betul sambal dia
Linda petai makan mentah boleh, makan bermasam pun boleh.. Alhamdulillah, setakat ni, makan takde pula ada kesan apa2 .kecuali bau lah..Kikiki.. ringan nya kak Nur..berat camtu 4 tahun lepas . Hahaha..tahun depan mungkin boleh kurus kot .😂😂
ReplyDeleteArwah Mak Sy buat sambal petai pun letak kulit sekali.
ReplyDeleteSy ni bila nak insaf tak tahu la Nur🫣