Assalamualaikum, semua... Salam hujung minggu...
Pada 25 November yang lepas, saya, suami dan anak sulung, Amirul, pergi jalan-jalan cari kopi. Amirul balik sekejap, UiTM cuti, waktu itu. Dia balik naik bas. Masa itu, kami baru lepas makan tengahari yang agak lewat juga, di rumah. Menggunakan google maps, buat carian 'kopi near me' dan pilih tempat baru yang kami tak pernah pergi untuk mengopi.
Sampai saja di cafe, kami terus pilih meja dan duduk. Ada adik cafe datang bawa buku menu dan borang pesanan. Kita isi apa kita nak, dan kembalikan di kaunter. Cafe Kopitopedia ini ada makanan berat juga. Selain side dish seperti kentang goreng, potato wedges, nugget tempura dan croffle pelbagai jenis. Menu berat dia pula termasuklah chicken chop, nasi lemak, dan ramen. Ada hidangan set termasuk air, ada yang ala carte. Minuman frappe pun ada, yogurt dan coconut shake. Minuman bukan kopi pun ada seperti coklat dan jus buah.
![]() |
| Americano panas tanpa gula dan roti bakar. |
Waktu kami datang, hujan baru berhenti. Jadi, sedap dapat minum americano panas bersama roti bakar. Pesan 2 set roti bakar, yang disapu kaya dan coklat.
![]() |
| Depan cafe ada pemandangan bukit hijau |
Suami saya minum latte ais. Amirul minum jus oren. Seperti biasa bila Amirul balik, pok pek pok pek dok cerita macam-macam. Ada banyak tempat duduk. Cafe ini terbuka. Kami duduk bawah bumbung, depan portable aircond. Ada tempat duduk di luar, bawah payung.
![]() |
| Cuaca yang masih mendung |
Meja di bawah payung sana, jenis meja yang orang bawa pergi berkhemah itu, yang boleh dilipat.
![]() |
| Ambil gambar kenangan. |
Saya ajak suami dan Amirul buat muka ketat macam Uncle Gedek. Tapi macam tak jadi. Suami je jadi muka ketat. Amirul gelak dah kenapa pula nak buat muka ketat, dia tanya. Saya pun nak tersenyum juga.
![]() |
| Gambar ambil waktu nak balik. |
Bila kami nak balik, ada pelanggan lain datang. Pertama kali datang sini, lain kali boleh repeat datang, cuba menu berat dia pula. Cawan americano dia besar, puas sikit minum kopi sini. Belakang cafe, bukit. Lokasi Kopitopedia ini, di sebelah Restoran D'Warisan, Padang Tembak, Lumut, Perak.
Waktu saya taip entri ini, Amirul sudah balik Dungun, pada 27 November yang lepas. Banyak sudah tempat kami mengopi. Bila kita cuba pelbagai tempat, boleh buat perbandingan harga dan pilih lokasi kita suka berdasarkan keadaan cuaca. Misalnya, kalau hari panas, cari cafe yang ada aircond. Ha, camtu.
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗






Boleh buat pencarian kopi di sekitar Manjung, Lumut dan tempat-tempat Nur singgah. Hehe boleh bagi penarafan bintang.
ReplyDeleteHehe.. boleh, boleh. Marilah datang bercuti di sini, NA.
DeleteOrg dh berumur nigh mmg muka ketat naturally.. haha tp xleh lawan uncle gedek smpi dpt piala world Guinness of record tuhh.. 😂😂
ReplyDeleteOh ye ke, Wak.. haha.. betul², Uncle Gedek blogger hebat.
DeleteAlhamdulillah..dapat kualiti time dengan anak dan suami...
ReplyDeleteYe Linda, Alhamdulillah.
DeleteSeronoknya dapat jalan2 cari kedai kopi. Cuya dan family kami mengopi di rumah saja. Stok kopi selalu ada
ReplyDeleteIbu dgn ayah tak larat nak berjalan, maklumlah sudah berusia
Mengopi di rumah pun best juga, Cuya. Lebih jimat.
DeleteSemoga ibu dan ayah Cuya sihat² selalu.
Bagus Amirul suka bercerita.
ReplyDeleteKalau suruh buat muka ketat, lagi laa rasa nak ketawa tau 😄
Haah Ujie, mulut dia ikut bapaknya juga, suka sembang. 😁 Itula, susah nak buat muka serius. Mesti nak tersenyum juga.
DeleteBest tempat banyak port mengopi ni boleh cuba2 semua tempat.
ReplyDeleteHa ah, Cie. Jadi bole buat perbandingan kedai mana satu kopi sedap. Hehe..
DeleteWoih! Uncle rasa tercabar bila tengok encik suami berwajah ketat tu... hehehee.
ReplyDeleteNyaman pulak tengok kedai belakang bukit macam ni...
Hehe.. mana boleh challenge Uncle. Saja jer try..
DeleteYa, Uncle. Hijau je, baru lepas hujan pula, memang nyaman.
Alaa nak cari roti bakar lah pulak rasanya.
ReplyDeleteHehe.. sila², Mulan.
DeleteSusah jugak ek nak ketatkan muka. Kena pilih kopi pahit sikit kot, hihi.
ReplyDeleteDah minum kopi pahit dah SK, takde gula. Auto muka ni nak sengih juga.
DeleteSelamat mengopi
ReplyDeleteTerima kasih, Wak.
Deletesuami ammi pun kalau ambik gambar pesen muka ketat. selalu kena cakap senyummmmmm barulah dia teringat nak senyum.
ReplyDeleteHa ah, ada perasan juga.
DeleteKopi ini, trade mark kita kan mesti oder..penyegar bila ada makanan roti cecah kopi sedap
ReplyDeleteBetul, Cikgu. Alhamdulillah.
DeleteHahaha ada ke pulak bergambor pesen muka ketat.
ReplyDeleteSaja, kak, tukar style. 😁
DeleteSaya tak bisa lah kan , pose dengan muka ketat hahahahahah. Pasti aneh nanti hasilnya 🤣🤣. Pasti auto langsung senyum kakao depan kamera 😄
ReplyDeleteHaha.. Fanny manis dan fotogenik saja dalam gambar.
DeleteAmirul sebiji muka Nur...Masa SA jumpa Uncle Gedek dulu amik gambar ngan dia pun x pandai buat muka ketat...hahahaha
ReplyDeleteHa, adalah sikit.
DeleteHehe.. susahkan SA, nak buat muka serius macam Uncle Gedek. Kita tengok macam senang. Bila cuba, tak menjadi pun.
Tambah lagi cafe yang masuk senarai untuk disinggah entah bila tu😅Roti bakar itu nampak😋
ReplyDeleteHehe.. nanti KSarie datanglah cuti² sini.
Delete