Wednesday, December 10, 2025

Urut

 Assalamualaikum, semua...

Kisah pada 2 Disember 2025 yang lepas. Jumpa kerusi urut sedemikian rupa di Lotus's Manjung. Orang pun tak ramai. Menarik untuk dicuba. Macam duduk dalam cubicle. Agak bertutup di kiri kanan dan atas. Macam ada privacy sikit.

Kerusi urut masuk duit di Lotus's Manjung
Jom kita try

Harga RM3 untuk 6 minit. Ada dua buah kerusi urut. Suami sebelah, saya sebelah. 

Ada aircond dalam kerusi urut
Bila sudah duduk, dongak ke atas.

Ada aircond di dalam. Sedap kena urut. Selesa pula tu dan sejuk sebab ada aircond menghala direct ke muka. Rasa nak tertidur masa dia urut. Dari tengkuk belakang, belakang badan, lengan, peha, kaki di betis, masya-Allah, syok rasa. Kalaulah ada kerusi urut begini sebiji di rumah. Lokasi kerusi berhadapan tempat permainan indoor budak-budak. Itu ada signboard babyland dalam gambar di atas.

Lepas diurut, kami masuk pasaraya, beli barang dapur sikit. Lepas tu, beli kopi. 

Americano dan latte ais Gigi Coffee
Minum di food court

Suami minum latte ais, saya americano panas. Kopi panas lagi, melebor (orang Perak kata), jadi buka penutup cawan supaya cepat sejuk. Saya pergi cari tudung raya sementara itu. Suami duduk situ, main handphone. Tak lama pun, lima minit je pergi beli tudung. Sebab sudah aim kedai dan nampak dari luar tudung apa nak. Hehe.. baju raya sudah ada untuk tema raya tahun ini, cadang pakai baju tahun lepas-lepas saja. Tudung saja tak ada warna yang dikehendaki. 

Ok. Jumpa lagi. 💗

2 comments:

  1. Bagus kerusi urut tu..nampak lah secure sikit.. sepp sikit, Linda pun ada dah pilihan warna dan baju raya(recycle juga).. tinggal nak beli baju anak² je nanti...

    ReplyDelete
  2. wah dah prepare baju raya tahun depan. Haah kan bulan 2 je dah puasa bulan 3 dah raya. Syioknya kalau kat rumah ada sebiji kerusi urut camni.

    ReplyDelete