Assalamualaikum, semua...
Cerita pada 6 Disember 2025 yang lepas. Ada hari, memang malas keluar, jadi buat sarapan di rumah saja. Saya buat cucur ketam atau cucur crabstick ya, orang panggil. Pertama kali cuba buat. Jejari crabstick tu, suami tolong potong kecil-kecil dan masukkan dalam adunan.
![]() |
| Le' cucuq ketam |
Sepatutnya, guna lebih banyak potongan crab stick. Baru rasa lebih ketam. Saya cuma cedok seketul potongan crab stick dalam satu ketul cucur. Tak apa, lain kali boleh perbaiki, letak lebih banyak. Habis, Alhamdulillah, makan cicah sos cili dan mayonis.
![]() |
| Goreng nasi juga. |
Cucur tu, side dish. Main dish adalah nasi goreng ikan rebus. Saya masukkan isi dari seekor ikan rebus, baki lauk lepas-lepas yang tak habis, ada dalam peti ais.
Makan nasi goreng ikan rebus dengan sambal tumis petai. Peh! Tak tahu nak cakap camana. 😋 Alhamdulillah, nikmat dan rezeki.
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Ke, ada yang sudah cutikan anak sekolah awal-awal? Saya sekarang masih tidak percaya yang Sulaiman sudah habis sekolah. Tidak perlu lagi bangun awal pagi untuk sediakan sarapan untuk Sulaiman. Sulaiman ni, anak bongsu saya. Jadi lepas ni, boleh la bungkus pakaian sekolah lama semua, clearkan mana patut dalam almari. Sulaiman rancang untuk kerja, tahun depan, sementara tunggu keputusan SPM keluar. Banding dua orang abangnya, yang lebih memilih untuk lepak rumah saja, sebelum sambung belajar.
Oklah. Salam Jumaat yang mulia. Jumpa lagi, ye. 💗


Sedap ni cucur. Sambal petai confirm bertambah makan
BalasPadamAlhamdulillah, memang sedap, Cuya.
Padamjanji rajin nak buat...pasti seronok menikmati sarapan pagi
BalasPadamMemang nikmat makan di rumah, Encik Hanafi. Alhamdulillah.
Padamcucur ni mudah cuma kerajinan tu kena ada hihihihi
BalasPadamHehe.. betul, betul.
PadamKadang2 breakfast dirumah tu lagi nikmat rasa dia =D
BalasPadamBetul, Nieza.
PadamSemua anak Nur dah besar! Nampak beza Sulaiman drngan abang-abangnya. Semoga berjaya.
BalasPadamAminn... 🤲 Terima kasih, NA. 🤗
Padambagus Sulaiman..macam linda, bapak dulu memang tak bagi kerja masa tunggu result SPM.. katanya, nanti kalau dah pegang duit, tak nak sambung belajar.. hihihi... moga yang baik2 untuk sulaiman...
BalasPadamAmin... 🤲 Mekasih, Linda.
PadamHehe.. ada betulnya apa bapak Linda cakap tu.
cucur ketam menarik tu
BalasPadamKann.. dan sedap juga.
Padamsemoga Sulaiman dpt kumpul duit utk digunakan bila sambung belajar di IPTA kelak.
BalasPadamAminn... Mudah-mudahan, Abe Kie.
PadamMasya Allah. Sedapnya nasi goreng ikan rebus dengan sambal tumis petai. Kalau goreng lebih, mau berulang-ulang makan.
BalasPadamMemang bertambah makan, kak. 😋
PadamCucoq, lama nya tak makan. Sedapnya Nur.
BalasPadamMemang sedap, Mulan. Hehe..
Padamoh tahun depan sulaiman dah takde nak ke sekolah ye. dah besar dia..
BalasPadamHabis sekolah dah, Mazni.
PadamNasi goreng ikan rebus + cucur crabstick buat KSarie lapar walaupun baru aje lepas lunch ni😅Lepas ni honeymoon berdua dengan suami ye sebab Sulaiman pun akan sambung belajar lepas SPM
BalasPadamHehe.. Insya-Allah. Tinggal berdua. Boleh la nyongket jauh sikit.
PadamBeberapa hari nih baca ttg cucur ketam. Jadi kepengin nak buat 🤭🤭. Memang sukaaa sangat crab stick. Biasanya saya selalu stok. Tp suami LBH suka di kukus, lalu makan begitu saja.
BalasPadamOh, lain macam cara masak, crab stick dikukus. Lebih mudah begitu.
PadamSedap cucur ketam .. ptg kelmarin CCL baru buat minum petang
BalasPadamSedap kan, CCL. 😋
Padam