Tiffin untuk Suami
Tarikh: Khamis, 19 Jun 2025
Kadang-kadang saya malas masak.
Ada hari saya rajin masak.
Ada hari saya tak tahu apa nak masak.
Ada hari saya rasa nak masak tapi tak ada bahan mentah untuk dimasak.
Pada hari itu, saya rasa macam nak masak bihun goreng. Saya suka makan bihun goreng sejak saya tadika lagi. Tapi bila saya sudah tua, saya baru tahu yang bihun itu termasuk dalam makanan diproses. Jadi, tak boleh makan selalu. Apa-apa yang keluar dari kilang, adalah processed food. Makanan asli adalah apa yang dalam bentuk asal, yang manusia tak boleh hasilkan. Saya seorang paranoid. Tapi paranoid yang lemah. Yang kalah dengan nafsu makan. Tapi saya seorang yang tidak suka membazir. Sebab ada sebungkus bihun tergantung di rak, maka pagi itu, saya pun masak bihun goreng.
![]() |
Bihun goreng simple jer. |
Ada kek ikan sahaja dalam bihun goreng saya sediakan. Tapi rasanya, tidak menghampakan. Sebab satu hari boleh habis. Kalau bihun goreng ambil masa 2-3 hari untuk habis, maka boleh dikategorikan kurang sedap. 🙈
![]() |
Telur dadar goreng dalam minyak yang banyak. |
Boleh menaikkan kadar kolesterol. Ye ke? Ada orang kata, minyak sawit tu bagus, ada nutrien yang badan perlukan. Kolesterol naik tu, sebab kita makan gula banyak, makanan proses dan junk food. Apa pendapat anda?
Sekali-sekala, boleh la goreng telur dadar guna minyak yang banyak macam ni. Saya sudah insaf, encik. Esok sudah masuk bulan Julai. Bulan Julai, hujung bulan, saya ada temujanji ambil darah. Yikes! Huu... takut. Sebab lain sikit ambil darah kali ni, sebab kena puasa. Biasanya, ambil darah untuk check hormon TSH, T4 dan calcium sahaja. Tapi kali ini, nak tengok bacaan kolesterol juga.
Baiklah. Saya akan jaga makan. Mahu kurang penggunaan minyak dalam masakan. I can do this! 💪
![]() |
Buah jambu batu merah. |
Jumpa buah jambu batu merah ni, di pasar malam Lekir. Satu pinggan, dalam 5 biji, RM10. Saya baru tahu yang kandungan vitamin C dalam buah ini lebih tinggi dari buah oren. Wow! Tapi buah ni, jarang jumpa.
![]() |
Comel kan, buah dia? |
Kalau orang jual ni tak beritahu yang ini jambu merah, saya pun tak tahu kalau tengok macam tu saja.
Ikut style Mummy Ayu, yang suka bawa tiffin ke ofis. Pada hari itu, saya pun letak apa yang saya masak dalam tiffin, untuk bekal suami ke ofis.
![]() |
Telur dadar campur ayam gunting beli pasar malam hari sebelumnya, buah jambu batu merah dan bihun goreng untuk bekal suami. |
![]() |
Dah siap untuk bekal suami. 😁 |
Rasa sangat berbangga dan puas hati dapat sediakan bekal untuk suami. Tapi disebabkan saya ni punya mood swing dalam memasak, saya tak dapat konsisten sediakan bekal hari-hari. Saya seorang hamba Allah yang lemah. Sangat malas. Huhu.. maapkan saya, suamiku. Tapi suami saya tak kisah pun, dia kata. Tapi lubang hidung dia kembang kempis hari tu, bawa tiffin ke ofis. Hehe....
Ok lah. Jumpa lagi ye. 💗