Khamis, 19 Jun 2025

Buku kira-kira

 Tarikh 10 Jun 2025.

Saya ambil keputusan untuk rekodkan belanja harian keluarga. Dulu, saya pernah buat. Tahun 2017. Setahun juga saya simpan rekod, sampai 2018. Lepas tu, dah malas. 

Saja, nak tahu duit tu habis dekat mana. Akaun mudah je, duit masuk dan duit keluar. Asas.

Kelebek bilik kerja, cari kalkulator lama, sudah rosak pulak. Jadi, beli kalkulator baru, kat kedai Eco. Tak syok la pakai kalkulator dalam handphone atau komputer. Nak tekan-tekan juga. Orang lama. 


Buku kira-kira perbelanjaan harian keluarga.
Comel tak kalkulator baru saya? Warna pink, you...

Buku pun, pakai buku yang ada di rumah. Buat garisan sendiri. Nanti habiskan buku ni, barulah beli buku lejer pula. Guna apa yang ada. 

Dulu, semasa saya ada simpan rekod belanja harian keluarga ni, saya boleh keep track duit yang ada dalam tangan, perbelanjaan apa paling besar, dan rujukan harga bahan mentah.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, saya berjaya istiqomah rekodkan setiap hari. Dari sekecil-kecil duit bagi anak sekolah, sampai belanja dapur, makan luar dan sebagainya.

Saya belek-belek la juga, rekod tahun 2017. Banding dengan tahun kini, banyak dah meningkat. Contoh, dulu saya boleh shopping barang dapur bawah RM50. Sekarang, nan ado. 

Dulu, bancuh kopi di rumah. Sekarang, kerja mengopi je kat luar. Acaner tu? 😁 Itulah yang saya nak tengok, dan bolehlah ambil tindakan selanjutnya. 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

42 ulasan:

  1. Teringat cerita shinchan, mak di tengok expenses utk bulan lepas meningkat pastu bulan ni terus catu segala perbelanjaan keluarga hahaha.

    Bagus buat camni untuk track segala benda!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. itulah tujuannya, Mazni. Supaya boleh kawal duit keluar dan cuba kurangkan mana patut. Zaman berjimat, sekarang ni.

      Padam
  2. betul kak nak juga style lama kan,nak conteng2 nak kira2..saya pun macam akak suka tulis setiap pbelanjaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sama kita yek. Semoga kita diberi kekuatan untuk teruskan ye, Afzan.

      Padam
  3. Kakak sy macam ni, dulu la.. sekarang tak tahu masih buat lagi tak. Sy kadang teringin jugak nak buat, tapi selalunya ke laut. Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Kena ada motivasi yang kuat untuk terus buat. Saya pun kadang malas tulis juga, SK. Tapi, tipsnya, lepas berbelanja, kena terus tulis, supaya ingat harga barang.

      Padam
  4. Rajennya kak nur... Kita nya.. Malas... Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rajin, tapi kena juga merajinkan diri, Linda. Berusaha! 💪

      Padam
  5. SA mmg x buat la...kalau buat sure seram tgok belanja sendiri dan family

    BalasPadam
  6. best ni buat cmni sbb blh keep track & blh adjust mana yg patut hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Ana. Kena tengok dulu mana yang overspent, dan cuba kurangkan kalau boleh. Insya-Allah.

      Padam
  7. rajinnyaaaa...kakmieja selalu hangat-hangat taik ayam jerk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. saya kena buat, kakmieja. Sebab hujung bulan selalu tak cukup je. Itu yang mode mengkaji ON.

      Padam
  8. Saya pernah buat gini - masa tahun-tahun awal kawin.
    Siap buat bajet bulanan, masuk duit tu dalam sampul surat ikut jenis perbelanjaan.

    Setiap sen duit pulak memang catat ikut jenis perbelanjaan. Masa tu tahap wajib buat sebab sorang je yang kerja dan gaji kecik. Tak boleh terbabas belanja 😄. Beberapa tahun lepas, saya dah buang semua buku-buku catatan belanja tu walau rasa sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga tu, Ujie, buat bajet khas untuk setiap keperluan atau kemahuan.
      Ala, buang dah ye. Tapi kalau dah lama sangat, memang tak relevan kot. Makan space pula kalau berbuku-buku akaun ada.

      Padam
  9. dlu2 pernah catit juga skit2 tp tk brp details sgt...lps tu dh lupa hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. itu biasa. Saya pun kadang terlupa catat, bila busy.

      Padam
  10. saya hangat-hangat taik ayam. Awal tahun je rekod lepas tu kelaut dalam

    BalasPadam
  11. Bagusnya amalan macam ni Kak Nur. Dapat kita track kemana perginya duit tu. Husband saya hanya buat yang komitmen bulanan je dalam excel. Lebih suka guna calculatar fizikal kan. Guna handphone je computer ke rasa tak syok.

    BalasPadam
  12. Bagus Mbak mulai mencatat lagi pengeluaran. Ini serius rupanya sampai beli kalkulator baru.
    Selamat mencatat Mbak...

    Salam,

    BalasPadam
  13. tahniah kerana sanggup mencatit daily expenses... tp bagi sy la.. x sanggup la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Abe Kie. Hehe.. kena terima kenyataan, Abe Kie, barulah dapat perbaiki mana patut.

      Padam
  14. Comel calculator color pink.
    Bagus track record macam ni.
    Mrs. A suka je kumpul resit kira-kiranya tidak huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. bagus ada simpan resit, Mrs. A. Bukti pembelian.

      Padam
  15. Bagsunya ada kira-kira.. Barulah tahu duit dibelanjakan di mana.

    BalasPadam
  16. bagus ni..keep track perbelanjaan...boleh monitor budget keluarga..

    BalasPadam
  17. Dulu pernah buat macam ni guna buku wang saku yang ada gambar kartun Lat. Tapi sekejap je. Sebab duit banyak keluar. Malas pulak nak tulis. 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun ada buku wang saku gambar kartun Lat kat depan. Mana hilang entah. Memang duit keluar hari-hari. Duit masuk 1 kali je, iaitu gaji. Kikiki...

      Padam
  18. Tulis2 jugak best kan? 'Organik' gitu.... Hehehehe

    BalasPadam
  19. Ammi mcm payah je nak merekod sbb tukang membeli kat rumah ni suami. Dialah ke pasar, ke kedai runcit. Kadang2 resit pun ntah kemana2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya. Senang kerja camtu. Suami tukang membeli.

      Padam
  20. Wahhhh bagus ni Tot. Dapat memantau perbelanjaan bulanan. Walaupun nanti hujung bulan mungkin ada nangis sedikit bila tengok belanja mengopi tapi molek ada rekod ini untuk diusahakan cut cost mana yang boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, niat saya, KSarie. Kena jimat sekarang ni. Berusaha! 💪

      Padam
  21. Dulu saya rajiiiin catat manual macam ini kak. Skr, LBH suka digital 😄😄. Itupun saya tak lagi catat yg kecil2. Jadi macam belanja bulanan keperluan dapur, saya tulis saja : belanja pasar Minggu 1: Rp700rb. Tapi detilnya tak saya buat 🤣. Hanya total saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga tu, Fanny. Lebih mudah rekod total belian, kan.

      Padam