Selasa, 24 Jun 2025

Tambah Pokok Ros

Tarikh: Khamis, 12 Jun 2025

Lepas pulang dari sarapan bersama suami, seperti biasa, saya siram pokok. 

Hari sebelumnya, saya ada pergi nursery pokok bunga, beli pokok bunga ros dan bunga kertas. Balik rumah, pindahkan dari polibeg ke pasu lebih besar yang ada di rumah.

Saya dalam misi menambah pokok bunga jenis batang keras dan berduri. 

Saya tak boleh buat apa-apa tentang kera liar yang ada kalanya datang rumah dan kacau pokok. Tapi, saya boleh ubah dari segi kurangkan kemusnahan yang berlaku, dengan tukar jenis tanaman saya. 


Pokok bunga mawar warna oren
Pokok bunga ros baru beli hari sebelumnya. Bunga warna oren.

Saya tak ada lagi bunga ros warna ini. Harga dia, RM25. Bunganya ada bau wangi. Lembut je. 

Bunga mawar warna oren yang kembang mekar
Ini bunga pada pokok yang sama, yang sudah kembang.

Cantik tak? Heee... suka, suka! 😍 Sebab ada tone pada kelopak bunganya, macam lukisan pun ada. 

Masa siram pokok, nampak ada cili sudah besar, jadi petik cili sikit.


Cili hijau besar dan cili padi hijau
Kutipan cili hijau pada hari tersebut.

Ada satu bekas cili hijau ini dalam peti ais. Banyak kali sudah guna,  untuk masak berlada. Tak pedas langsung. Alhamdulillah. 

Yang cili besar hijau ok pokoknya. Pokok cili besar merah, tak jadi. Banyak diserang hama putih di bawah daun. 


Bunga matahari spesies dwarf sedang kembang mekar
Bunga matahari kembang

Ini adalah antara pokok terakhir la, yang saya tanam. Saya sudah tak tanam pokok bunga matahari lagi. Beruk suka bagi patah batang dia. Kalau yang jenis muda, baru naik dan lembut, memang hilang je, dikerjakan si beruks. 

Ok. Itu je la perkembangan terbaru tentang aktiviti berkebun saya.

Jumpa lagi ye. 💗

36 ulasan:

  1. mnjadik sungguh tanaman, especially bunga rose tu...kak mieja pernah gila tanam pokok rose tapi semuanya mati uhukkkkk...rose tak pandai jaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga ros kena hari-hari siram, tu je. Kalau rajin, siram dengan air basuhan beras. Insya-Allah, ok.

      Padam
  2. Cantiklah bunga rose dwitone. Nampak lain daripada biasa. Kalu tanam bunga ros berduri beruk tu tak usik ke Kak Nur? Bijak betul beruk ni ek. Sayang pokok matahari ada musuhnya. Cantik tu kalau dah kembang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni, pokok bunga ros akak semua selamat, tak pernah diusik beruk. Diusik orang, ada. Hehe..

      Padam
  3. Lawa nya bunga ros tu.. Linda suka tau nak menanam nie.. Nanti kalau pindah tronoh, nak cuba juga lah.. Walaupun dalam pasu jaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tanam ros dalam pasu je, Linda. Seronok tengok bila keluar bunga.

      Padam
  4. Aduhai! Kami tanam pokok bunga ros tak pernah kekal lama. Entah berapa kali beli pokok, tanam... mati saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari-hari kena siram, kak Amie. Kena selalu trim juga, bunga yang dah layu, dipotong. Atau mungkin tanah tak sesuai, boleh jadi penyebab juga.

      Padam
  5. Sejuk mata memandang tengok bunga2 mengembang.

    BalasPadam
  6. cantiknyaaa subhanallah! sejukkkk mata tengok bunga-bunga cantik mekar!

    BalasPadam
  7. amboiiiii cili hijau pun pandai dia kata hello ye.

    BalasPadam
  8. Cantiknya bunga ros.
    HELLO cili api hehe alaaa terasa pedas nya.

    BalasPadam
  9. Kebunnya berhias bunga-bunga yang cantik, Mbak.
    Bunga ros dan bunga mataharinya membuat segar ketika mata memandang.

    Salam,

    BalasPadam
  10. Doakan bunga matahari saya juga dapat kembang mcm tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bunga matahari Sueann juga kembang mekar seperti saya tanam. Aminn...

      Padam
  11. Rajin pulak susun cili tu jadi perkataan ye...
    Lawanya bunga ros tu...bunga matahari pun tak kurang cantiknya.

    BalasPadam
  12. Aduhai cantiknya pokok rose tu...warna bunga dia cantik sangat2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Saya tengok kat nursery pokok bunga, terus berkenan, SA.

      Padam
  13. Rumah saya ini ada monyet muka putih datang sebab ada buah ranbutan tengah keluar hasil. Niat sedekah sahaja, hehe. Kebetulan pokok rambutan ini depan tingkap bilik tidur saya.
    Syabas sebab tidak putus asa berkebun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, rare spesies tu, monyet muka putih. Eh, bulu hitam dan ekor panjang ye? Bukan lotong ke tu?
      Terima kasih, NA. Sebab saya memang suka tanam pokok dan bunga.

      Padam
  14. Lawanya bunga matahari. Cantik tone warna bunga ros tuh. Meriah kejadian cili padinya ye

    BalasPadam
  15. Rare sangat warna dia, pakai gradasi pula ❤️❤️❤️❤️.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fanny. Pokok bunga ros kahwin ni. Warna dia jarang jumpa.

      Padam