Tarikh: Khamis, 12 Jun 2025
Pergi sarapan bersama suami di Kampung Permatang, Seri Manjung. Suami off kerja.
Sudah lama tak pergi Warung Nelayan. Di sini, ada hidangan goreng-goreng waktu pagi.
Bila kita pesan, barulah dia masak. Lagi pun, warung ini dibuka awal pagi. Kalau malas pergi morning walk, ini salah satu tempat makan yang boleh dituju.
Jalan nak ke Warung ni, kecil saja. Kalau selisih kenderaan, salah satu kena ke tepi dan beri laluan.
Sini juga ada chalet kecil, dan juga tempat orang sewa bot untuk pergi memancing di laut.
Tempat parking terhad. Kena hati-hati juga, takut kita parking depan rumah orang, menghalang tuan rumah nak keluar. Ada juga yang letak tong-tong di tepi jalan, tak bagi orang ramai yang datang sini untuk letak kenderaan. Jadi, kena parking jauh sikit. Kalau nak senang, naik motor saja, senang cerita.
![]() |
Menu Warung Nelayan Permatang. |
Ada nasi goreng pelbagai jenis, mee goreng, bihun goreng, mee atau bihun hailam, mee rebus, mee kari, mee bandung, nasi putih, dan macam-macam lagi dalam menu Warung Nelayan Permatang ini.
Ada akak datang ke meja, tanya nak makan apa. Lepas ambil pesanan kami, saya pun bangun pergi tengok meja kuih, kuih apa yang ada.
![]() |
Eh, tadi ambil kuih 4 biji, waktu nak ambil gambar, sudah tinggal 3. |
Oh, suamiku lapar. Hilang satu popia sira. Satu kuih berharga 50 sen.
Saya pesan mee rebus.
![]() |
Sedap! Lama tak pekena. 😋 |
Sementara suami pula pesan nasi putih bersama kari ikan kembung dan telur dadar.
![]() |
Dia bagi ikan kembung 2 ekor dalam kari. |
Kari dia, style kari utara. Saya suka! 😋
Bungkus juga kuetiau goreng tak ada sayur sebungkus, untuk anak kedua, Hafizan yang ada di rumah.
Jumlah harga sarapan termasuk makanan dibungkus adalah RM26.
Alhamdulillah. Allah beri rezeki dapat makan sedap-sedap.
Kami suami isteri memang suka makan di tempat kecil-kecil, warung masuk kampung, macam ni. Boleh tengok aktiviti orang kampung.
Selain kami, ada 2-3 meja, suami isteri warga emas, yang sarapan berdua je. Hehe.. seronok tengok.
Warung Nelayan Kg Permatang, Seri Manjung.
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tutup setiap Jumaat
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
kalau tempat yang susah nak parking kereta, tentulah motosikal pilihan yang terbaik dan ideal sekali
ReplyDeleteKari ikan kembung sedapnya. Sempit ya jalannya tak apa, gilir2 lalu.
ReplyDeleteKadang warung kecil di tepi kampung lah lagi best. Harga murah dan masakan lazat.
ReplyDeleteKok ya lapar pun encik suami... tunggu lah kamera makan dulu... hehehehehe
ReplyDeleteSamalah suka pergi warung kecil.
ReplyDeleteIni menu sarapan pagi yang luar biasa sedap dan membuat perut kenyang ya Mbak.
ReplyDeleteSalam,