Wednesday, June 18, 2025

Masak Paru Goreng

 Tarikh 9 Jun 2025. Hari Isnin. Masih cuti sekolah. Saya pergi kedai Ayam Ori. 

Kedai Ayam Ori ni, selain ayam, ada jual daging, paru, bahagian lembu yang lain seperti sirloin, rib, topside, dan beberapa lagi bahagian yang saya pun tak biasa beli dan makan. Kalau nak niaga, senang beli sini, macam untuk chicken chop pun, dia ada sediakan ayam tu dah siap dalam packaging. Kambing pun ada, kena rajin buka peti ais dia. Banyak fridge besar kedai Ayam Ori ni, dan di luar setiap fridge ada tulis barang apa dalam fridge, dan harga semasa. 

Harga pun berpatutan. Ayam pilih sendiri, letak dalam bakul di tempat dia timbang, dan cakap nak potong berapa. 

Selain ayam, saya ada beli paru hari tu. Harga paru, RM7. 


Rebus paru dalam periuk.
Balik rumah, rebus paru bersama beberapa potong halia dalam periuk.

Dah lama tak makan paru goreng. Teringat arwah mama saya dulu, goreng paru, sedap, makan dengan nasi. Silap pula tadi di kedai suruh orang tu potongkan paru untuk masak rendang. Kalau biar besar-besar pun takpe. Tapi, takpelah, sendiri juga nak makan.


Paru yang sudah siap direbus
Sudah siap rebus paru

Lepas rebus, barulah suami tolong potong nipis. Saya perap paru dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, dan garam.


Goreng paru dalam kuali.
Lepas tu, goreng la. 

Saya goreng guna api perlahan, sampai buih minyak hilang. Agak lama juga la.


Paru goreng homemade
Siap! 

Makan dengan nasi. Ada yang rangup, ada yang tidak. Sedap! 😋 Selain paru goreng, ada sambal tumis ikan bilis juga dan telur dadar. Lupa ambil gambar.

Oklah, tu je nak cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗

11 comments:

  1. fav saya juga ni tapi tak pernah masak sendiri,saya sorang je yang makan

    ReplyDelete
  2. Aduhai, tgk paru goreng ni, terigt colek kelate...=D

    ReplyDelete
  3. paru kalau garing-garing pandai makan, kalau tak garing tk reti 😁

    ReplyDelete
  4. Leceh juga proses masak paru ni. Saya pernah tolong kakak saya masak sambal paru. Tapi tak makan paru. hihi...

    ReplyDelete
  5. suka paru goreng tp tk suka yg garing sgt

    ReplyDelete
  6. MA pun lunch lauk sambal paru tadi..dappp

    ReplyDelete
  7. Fav SA jugak ni tot..dulu siap berjual buat sambal paru. Jual kat kawan office, diorang suka beli..tapi la ni x larat...ntah bila nak berjual semula

    ReplyDelete
  8. Sedapnya paru! Makan panas² sedap ni, tumpang dia garing lagi

    ReplyDelete
  9. Sedap paru goreng. Saya suka ratah.

    ReplyDelete
  10. Banyak ni, sorang pun boleh habis, kannnn.

    ReplyDelete
  11. Saya dulu tak pandai makan paru. Rasanya 3 tahun lepas kot cuit ayah punya lauk paru berlado, eh sedap plakk. Sekarang kalau beli nasi lemak, selalu ambik lauk paru hehe

    ReplyDelete