Sabtu, 14 Jun 2025

Mi segera untuk orang lapar

 Assalamualaikum semua...

Korang apa khabar? Saya baik baik saja, Alhamdulillah.

Hari ni, hari Sabtu, dapur saya tak berasap. 

Makan pagi dan tengahari sudah beli di pasar pagi Bota.

Anak-anak ada lagi makanan. 

Sulaiman keluar petang tadi. Hafizan pula bertapa dalam bilik main game. Suami kerja.

Mama pun cepat-cepat pergi dapur, masak mi segera.


Maggi tomyam letak sayur dan paru
Mi segera tomyam

Saya masukkan paru yang telah digoreng (lauk tak habis dalam peti ais), potong brokoli, kobis bunga dan lobak merah. Pecah telur sebiji dalam mi segera perasa tomyam.

Alhamdulillah. Kenyang. 😋

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

38 ulasan:

  1. Boleh juga nih Mbak racikan mi segera nya...
    Selamat berakhir pekan Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
  2. Lama x makan maggi...nanti nak buat la..sesekali sedap layan ni..tapi tu la SA kalau buat maggi kena tumis dan kena letak sayur banyak..baru sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, kan SA. Baru kenyang, bila letak sayur dan lauk banyak. Hehe..

      Padam
  3. waalaikumsalam, itu mie atau tomyam? hehe
    salam kenal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maggi tomyam. Salam kenal. Terima kasih, singgah sini.

      Padam
  4. Bagus guna paru goreng tak habis dalam mi segera.
    Tetiba nak buat macam Nur. Sayapun ada parj goreng dalam peti sejuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, boleh sama pula. Masukkan je, NA, jadi kenyang sebab ada protein, selain telur.

      Padam
  5. Sedapnya mee segera. Sy pun berangan jugak ni, tapi ni kena makan nasi dulu la, malam nanti kita buat, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah makan nasi, kenyang dah la, SK. 😊

      Padam
  6. Sy pun kalau masak megi suka letak sayur. Lagi banyak lagi sedap 😋

    BalasPadam
  7. Hari Sabtu, saya ada mesyuarat. Anak pula ikut kelas tambahan, Hurrmm.. beli sajalah nasi lemak buat sarapan. Balik rumah, malas pula nak masak hihhihii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari cuti kan, kak Amie, haruslah rehat. Saya hari Sabtu Ahad, memang tak masak, sebab hari-hari lain dah masak.

      Padam
  8. Sedapnya mee segera. Ras malam ni mcm nk makan megi lah sebab rindu pulak makan benda2 tak sihat ni hehehe

    BalasPadam
  9. Ana pun kalo msk maggie kena tumis & taruk sayur byk hehe

    BalasPadam
  10. rare tu dlm mi segera ltk paru..yummmyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. nak habiskan lauk dalam peti ais je.

      Padam
  11. Mee segera untuk kak Nur rupanya.. Hihihi

    BalasPadam
  12. sedapnya..lama juga x makan maggi
    nie bukan 2 minit ni.. he hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Ambil masa nak potong sayur. 😁

      Padam
  13. Masing-masing ada agenda masing-masing. Wah, ini mi maggi kayangan ni macam-macam ada. Auto lapar balik tengok makanan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. manfaatkan apa ada dalam peti ais, Fizah.

      Padam
  14. uishhh terliur......tetiba rasa nak buat maggie dekat opis

    BalasPadam
  15. Special betul mee segera ni ada paru goreng. Kayangan rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan makanan tak habis je, KSarie. Kalau maggi semata, kurang kenyang. Kena letak lauk dan sayur juga.

      Padam
  16. Awalnya saya pikir yg hitam itu Jamur Kuping Gajah, ternyata paru ya kak 😄👍👍. Jadi teringin juga . Saya nih lagi terpaksa mengurangi makanan instan. Kemarin cek dokter, tp tensi agak tinggi. Dah 2x periksa, tapi hasil agak tinggi selalu. Padahal sebelum2nya tak ada

    Ntahlah kenapa. Dah rutin workout, jaga pola makan, msh terkena juga..dokter bilang kalo bukan makanan, bisa JD Krn saya sering tidur lambat. Tak cukup waktu tidur. Memang harus atur lagi jam tidur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, Fanny. Paru yang digoreng. Hehe. Tensi itu apa? Sebentar, mahu google. Oh, blood pressure. Fanny apa khabar sekarang? Sudah ok tak?
      Oh, harus tidur awal ni, Fanny. Jaga diri ya. 🤗

      Padam
  17. Once in a blue moon punya comfort food. Tp kalau ammi jarang ada stok flavor tomyam dirumah. Kalau kyra yg ambil dishelf maka adalah. Dia sorang je suka perisa tomyam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Ammi, perasa tomyam. Sekali-sekala la, memang nikmat makan maggi.

      Padam