Wednesday, December 31, 2025
Tuesday, December 30, 2025
Bowling
Assalamualaikum, semua...
Cerita masa family kami cukup korum hari tu. Pada 19 Disember yang lepas, kami sekeluarga pergi main bowling di pusat bowling baru buka di Manjung. Tak adalah baru buka sangat, cuma kami pertama kali pergi.
Amirul ada kelas online saja, itu yang dia balik sekejap. Tak bagitahu pun dia nak balik. Tiba-tiba satu malam, Hafizan kata, ada kereta depan rumah. Waktu itu, sudah pukul 10 malam. Tengok-tengok, budak Amirul ni sampai dari Dungun. Surprise! dia kata. Anak bertuah.
Nama tempatnya, Ten Pin Bowling Alley Seri Manjung.
![]() |
| Sulaiman punya giliran di belakang. |
![]() |
| Acik baru nak baling bola |
Hampeh. Tangan pun bengkok. Masuk longkang sokmo. Tapi ada sekali, Acik ter-strike! Sekali je la.
Video oleh bapak budak. Ambil waktu mak budak punya giliran.
![]() |
| Score selepas habis dua game. |
A - Amirul
M - Mama
W - We
L - Leman
O - Hafizan
Bukan main happy lagi budak Sulaiman sebab score dia paling tinggi. Dia kata, dia tak pernah menang dalam mana-mana game. Senyum sampai ke telinga dia.
![]() |
| Mama di depan, dengan Hafizan, Amirul, Sulaiman dan bapak budak. |
Alhamdulillah. Jadilah ni, dapat habiskan masa anak-beranak. Kami tak ada pergi bercuti jauh-jauh pun. Banyak lepak di rumah. Yang ini pergi bowling. Ada sekali, kami pergi karaoke. Selain itu, pergi makan-makan.
Amirul pun sudah balik Dungun, masa saya taip entri ini.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗
Mengopi di 989 Kopi
Assalamualaikum, semua...
Hari ini adalah hari ke-364 pada tahun ini. Tahun baru menjelang tiba. Ramai yang ambil cuti pergi jalan-jalan. Hati-hati di jalanraya ya, bila memandu.
Pada 17 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi mengopi di tempat kegemaran kami, iaitu 989 Kopi, Lumut.
Tapi mungkin nak kena keluarkan dari senarai port mengopi feveret kot. Sebab cawan americano panas dia sudah mengecil.
![]() |
| Sudah minum separuh baru ingat nak ambil gambar. |
Suami saya minum latte ais dan saya americano panas. Saya tegur adik barista tu, "Aik.. dah guna cawan baru."
"Ye kak," dia jawap sambil tersenyum.
Hmmm... saya sedikit old fashion. Pada pendapat saya, kopi panas seharusnya dihidang dalam cawan, bukan gelas kecil seperti di atas. Pemegang pun tak ada. Agaknya itu pasal dia buat americano saya suam pada hari itu. Kalau panas melebor, macamana nak minum? Sedangkan saya suka hirup kopi panas sikit-sikit dari cawan. Entahlah. Tak tahu nak cakap. Sebelum ini, mereka hidangkan minuman panas dalam cawan berpiring. Boleh klik entri lama-lama saya, banyak kali saya share mengopi di sini.
Kalau malas basuh cawan, letak dalam take-away cup pun takpa, untuk minuman panas. Ini, buat americano panas dalam gelas kecil? 😕
![]() |
| Order pizza juga |
Nasib baik chicken pepperoni pizza dia sedap. Datang petang selepas pukul 6, ada menu pizza ini. Pizzanya dibakar dalam tempat grill yang bertutup. Gebu je dia punya crust. 😋
Itulah last kami mengopi di 989 Kopi. Tak pergi dah. Kalau tak seminggu, ada sekali pergi. Tak puas minum kopi dalam gelas cinonet. Baik buat kopi di rumah saja.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗
Monday, December 29, 2025
Mengopi di Bask Bear
Assalamualaikum, semua...
Cerita kami pergi mengopi di Bask Bear, pada 16 Disember 2025 yang lepas. Jarang sekali kami pergi Bask Bear ini. Kalau tak silap, ini baru kali kedua kami mengopi di dalam premis. Ada sekali long time ago, saya cuma bungkus kopi di Bask Bear, itu pun cawangan yang di Kampar. Oh, ada sekali juga saya masuk dalam Bask Bear cawangan Seri Iskandar, sangat besar di dalam, selesa untuk melepak sambil mengopi. Waktu itu, saya cuma bungkus kopi dan makanan. Hafizan yang ajak, sebab dia suka roti bakar dari Bask Bear ini.
Hari itu, saja je, cari tempat mengopi sejuk yang ada aircond. Lokasi Bask Bear di Manjung Point.
![]() |
| Minum petang kami. |
Suami seperti biasa, kopi ais dan saya, kopi panas. Order roti bakar juga.
![]() |
| Resit |
Americano panas harga RM8.40.
Caffe Latte Iced harga RM9.91
Cheese Melt Toast harga RM5.57
Ada tax, harga RM1.42
Americano panas agak mahal, berbanding Zus.
![]() |
| Tulisan di dinding |
Mungkin masa kedai ini mula dibuka, unik, kopi yang guna gula aren. Tapi sekarang, kopi gula aren ini, boleh juga dibeli di 7-Eleven.
![]() |
| Tiada orang. |
![]() |
| Tulisan di dinding sebelah sini pula. |
![]() |
| Keratas rentas Cheese Melt |
Nak juga pesan makanan. Padahal roti bakar begini, boleh dibuat di rumah saja, kan. 🙈
Semasa di kaunter ada perasan banyak juga makanan boleh dipesan, seperti mac and cheese, crispy burger, muffin, roti bakar atau toastie, nasi pun ada, ayam goreng tanpa tulang, dan fries. Ada banyak jenis la boleh dipilih.
![]() |
| Ada sofa |
Rekabentuk sofa klasik, macam sofa zaman dulu. Tapi selesa juga. Suami sibuk dengan game bolanya. Tapi kan, saya nak cakap di sini, kopi dia pada saya, kurang sikit. Tapi benda itu subjektif. Saya banyak pesan americano panas. Yang Bask Bear dan Gigi Coffee punya americano kurang sedap di tekak saya.
Orait. Jumpa lagi. 💗
Sunday, December 28, 2025
Burung
Assalamualaikum, semua..
Macam kurang yang update blog dua tiga hari ni. Ye la, mesti pergi bercuti, kan. Musim cuti sekolah.
Sebelum Amirul balik Dungun semalam (Sabtu), bawa dia pergi kedai pakaian, nak beli kemeja putih dia pergi kelas. Penuh dalam kedai orang beli uniform sekolah anak-anak. Sesak, orang membeli-belah.
Kome buat apa musim cuti ni? Saya tak ke mana, sebab suami bekerja.
Cerita tentang burung yang selalu bertandang ke rumah. Boleh dikatakan hari-hari nampak. Kecuali bila hari hujan dan saya tak boleh tengok pokok di luar.
![]() |
| Ada kawan kecil datang singgah. |
Saya bulatkan dalam gambar di atas. Burung gembala kerbau. Suka datang bila kita potong rumput. Agaknya senang nak nampak cacing. Turut kelihatan suami saya yang sedang menyapu rumput yang baru dipotong.
![]() |
| Hi.. awak. |
Kadang burung ni boleh datang dekat dengan saya masa saya menebas rumput. Saya je yang tak sedar burung ada dekat. Maaflah gambar tak berapa jelas. Handphone lama, bila zoom, gambar jadi blur pula.
![]() |
| Burung lain pula. |
Burung murai pun ada datang. Kuat suara burung murai ni. Saya selalu tertarik untuk lihat burung yang ada. Sambil berkebun, terhibur tengok burung. Sekadar tengok sajalah. Burung-burung ni pandai, kalau kita ambil handphone nak ambil gambar dia, mesti dia terbang pergi.
![]() |
| Ambil gambar dari jauh dan zoom |
Selain burung gembala kerbau dan burung murai, ada juga burung kelicap datang. Burung kelicap saya tak berjaya lagi ambil gambar. Burung yang kecil, tapi suaranya nyaring. Suka singgah di ampaian baju, lepas tu bernyanyi-nyanyi menarik perhatian.
Burung terkukur pun ada. Selalu berpasangan. Burung ini, pemikat burung suka. Kadang boleh dengar suara burung saja, burungnya tak nampak.
Itu salah satu sebab rasa tenang bila berkebun luar rumah. Sebab dapat lihat burung-burung. Saya pernah upload di TikTok saya, video burung datang. Tapi sekarang saya sudah uninstall TikTok di handphone. Bahaya TikTok ini pada saya. Sama macam Shopee.
Ok la, sekian perkongsian tentang burung yang selalu datang ke rumah.
Selamat beristirehat di hujung minggu, dan jumpa lagi. 💗
Saturday, December 27, 2025
Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026)
Assalamualaikum, semua...
Saya pun ingin turut memeriahkan segmen oleh teman blogger kita, Cie.
Tarikh tamat pada 28 Disember. Memang last minit saya join ni.
Cie akan pilih 5 blog menggunakan roda impian eh, roda impian ke, wheel of names namanya, untuk disenaraikan di bloglist di sidebar blog beliau.
Semoga silaturrahim antara kita sesama bloggers terus terjalin dan semakin erat.
Sila klik link banner di atas untuk join, ya.
Jumpa lagi. 🩷
Claim plushy free
Assalamualaikum, semua...
Ada voucher baru dapat di 7-Eleven app. Hasil rajin beli roti, onigiri dan kopi. Bagusnya 7-Eleven ini adalah ia buka 24 jam, jadi di saat kedai lain masih belum dibuka, memang kita tuju situlah kalau nak mencari roti dan sebagainya.
![]() |
| Voucher untuk claim plushies atau soft toy. |
Sempena Papa Zola the Movie, 7-Eleven ada buat promosi Percuma Pino Dino Plushies. Kumpul 15 e-stamps untuk dapat percuma. Setiap kali belanja di 7-Eleven sebanyak RM10, dapat 1 e-stamp.
Saya ingatkan, kecil saja macam saiz keychain. Tapi agak besar juga. Boleh pilih, nak plushies mana satu. Saya pilih yang warna pink. Warna paling menarik perhatian dan terang.
![]() |
| Mama Zila |
Sulaiman cakap, Mama Zila ni bini Papa Zola. Saya tak tahu, sebab tak tengok animasi boboiboy atau Papa Zola.
![]() |
| Pilihan plushies yang ada. |
Pilihan plushies yang ada ialah Mama Zila, Pipi Zola, Papa Zola, Boboiboy dan Gopal. Di rak tadi, ada semua kecuali Papa Zola, habis stok.
![]() |
| Comel pula tengok. |
Sempena Papa Zola the Movie yang sedang ditayangkan. Ramai yang pergi tengok anak-beranak, saya perhatikan, masa saya ke Aeon Mall Seri Manjung 2-3 hari lepas.
Sulaiman sudah ambil plushy ni. Saya tak buka pun dari kotak.
Selain 7-Eleven app, Zus app juga sangat berguna, sebab selalu dapat voucher percuma. Tadi pagi pun, baru saja claim americano ice percuma untuk suami di 7-Eleven.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Thursday, December 25, 2025
Akhirnya dapat menyendol
Assalamualaikum, semua...
Lewat sikit update blog hari ini. Cuti umum Hari Krismas.
Alhamdulillah, hari ini, dapat menyendol setelah sekian lama teringin. Itu pun, kami pergi kedai cendol dekat rumah, tutup. Belum buka, saya google. Banyak kedai cendol buka paling awal pun, tengahari. Kami keluar rumah dalam pukul 11 pagi.
Jumpa kedai cendol baru buka, di jalan nak ke Pantai Remis.
![]() |
| Cendol biasa |
![]() |
| Cendol biasa, setelah dikacau |
![]() |
| Amy Mat Piah guna dalam Rock ooo |
![]() |
| Warung Paktam Cendol |
![]() |
| Satu bungkus, RM8. |
Wednesday, December 24, 2025
Anniversary
Assalamualaikum, semua...
Hari ni, anniversary kami yang ke-24.
Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Suami pergi servis dan basuh kereta. Dia ambil cuti hari ini.
Lepas mandi, pergi cari makanan untuk tengahari. Pergi Aeon Seri Manjung.
![]() |
| happy anniversary mama & we |
Beli kek dark chocolate dari Harold's.
![]() |
| Fries dan jalapeno bombers dari Texas Chicken |
Beli set ayam di Texas Chicken. Cashier tanya, nak cuba jalapeno bombers tak? Yang nampak macam nugget dalam gambar di atas, dalamnya ada cili jalapeno dan cheese. Amirul makan terus erkk... apa ni... hehe.. dia tak tahan pedas. Bagi kita orang biasa, pedas yang boleh diterima la. Pedas lagi sambal ayam gepuk tu.
![]() |
| Ayam spicy 12 ketul |
Sebelum itu, kami pergi ke Richeese Factory dulu, tapi tak ada menu family. Semua ala carte, ayam dengan air. Jadi, itu yang beli Texas Chicken.
![]() |
| Kami |
Alhamdulillah, kita makan anak beranak di rumah, sambil layan tv. Ketiga-tiga anak ada di rumah. Suami pakai kain je. Hehe... sedap kek dark chocolate itu, sungguh kaya dengan rasa dark chocolate. Pejam celik pejam celik, sudah 24 tahun melayari bahtera rumahtangga dengan abe ku cayang. Terima kasih, suamiku, kerana mencari rezeki untuk saya dan anak-anak. Semoga Allah tambahkan kasih sayang antara kita berdua. 🥰
Jumpa lagi ye. 💗
Tuesday, December 23, 2025
Restoran bawah pokok
Assalamualaikum, semua...
Cerita saya dan suami bersarapan di Restoran Bawah Pokok pada 20 Disember 2025 yang lepas. Sudah lama tak sarapan di sini. Sebelum itu, kami ada urusan bank dan pergi Watson di Sitiawan. Singgah sarapan sini. Agak lewat juga, dalam pukul 10 pagi macam tu.
Sementara tunggu pesanan kami sampai, ambil kuih dulu.
![]() |
| Popia sira dan lepat pisang. |
Sekejap saja tunggu, makanan pun sampai.
![]() |
| Saya pesan mi rebus. |
Agak pekat kuahnya. Ok. Boleh tahan rasanya. Alhamdulillah.
![]() |
| Suami pesan mi goreng mamak telur mata. |
Saya rasa sikit mi goreng. Orait juga, boleh tahan.
Rupanya, kami pelanggan terakhir sebelum kedai nak tutup untuk sesi pagi. Ada dua sesi kedai ini dibuka, untuk sarapan, dan sesi petang untuk makan malam.
![]() |
| Suami sedang bayar di kaunter |
Tuan kedai sempat bagi rasa kuih semperit yang dijual. Ha, boleh tahan, sedap. Kami tak order. Awal sudah bagi tester kuih raya. Kuih semperit saya boleh buat sendiri. Walaupun tahun ini, tak pasti nak buat kuih raya ke idok. Tengok la kalau rajin. Belum puasa sudah bercakap tentang kuih raya.
![]() |
| Kedai ini di bawah pokok besar. |
Asal nama kedai. Restoran Bawah Pokok, sebab memang ada pokok besar di tengah kedai di mana bumbung restoran melalui batang pokok yang besar itu. Mesti dah berpuluh tahun usia pokok besar.
![]() |
| Pokok besar banyak tumbuhan menumpang |
Alhamdulillah. Lokasi kedai di dalam kawasan perumahan di Sitiawan. Kalau orang tak biasa, memang tak jumpa, sebab bukan di jalan utama. Dulu-dulu, kami pernah sarapan di sini, makan roti canai. Mungkin lain kali boleh datang untuk sesi petang pula.
Baiklah. Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗
Monday, December 22, 2025
Untuk terakhir kali
Assalamualaikum, semua...
Cerita saya dan suami pergi mengopi buat kali terakhir di Richiamo Coffee, pada 11 Disember 2025 yang lepas. Cafe ini akan ditutup. Semasa saya taip entri ini, saya sendiri tidak pasti sama ada masih beroperasi atau tidak. Saya tanya pada staff yang bertugas, sebab saya tengok ada nota kedai untuk disewa. Memang betul adik Richiamo cakap. Cafe akan ditutup.
Selain kopi, makanan masih boleh order tak, saya tanya pada adik tu. Dia kata, muffin saja yang ada. Percuma.
Masa nak buat bayaran pun, hanya QR code dan cashless payment sahaja diterima. Bayaran secara tunai sudah tak boleh.
Sayu pula tengok pastries semua sudah tak ada. Chiller dia kosong.
![]() |
| Americano panas kosong, latte ais kosong dan muffin blueberry sebiji. |
![]() |
| Blueberry muffin |
Pertama dan terakhir kali makan blueberry muffin di Richiamo Coffee.
![]() |
| Close-up minuman kami. |
![]() |
| Akan merindui mengopi sambil duduk di kerusi sofa selesa ini |
![]() |
| Pakaikan baju kait pada cawan sebab kopi masih panas. |
![]() |
| Muffin percuma hari itu. |
Share lagu Untuk Terakhir Kali oleh Marsha.
Jumpa lagi, ye. 💗
Sunday, December 21, 2025
Asam pedas ayam
Assalamualaikum, semua...
Saya update entri ini guna handphone. Laptop rosak la pula, tak boleh masuk Windows. Kalau tulisan dan gambar tidak tersusun, minta maaf ya.
Cerita saya masak apa pada 8 Disember 2025 yang lepas.
![]() |
| Sayur campur |
Masak sayur campur, seperti biasa. Letak carrot, brokoli, baby corn, kacang panjang dan bunga kobis. Pecah telur.
Daun kesum di rumah saya banyak. Fikir punya fikir, saya masak asam pedas la.
![]() |
| Refer resepi asam pedas Kak Amie. |
Saya suka salin resepi ke dalam buku resepi saya sendiri. Saya ikut resepi asam pedas ikan mabung di blog Kak Amie's Little Kitchen. Ada resepi beberapa teman bloggers yang lain. Saya salin supaya dapat refer resepi secara offline.
Masa tumis bahan kisar, terpencik keluar kena buku resepi yang saya letak di sebelah dapur. Itu yang ada tompokan pada buku resepi saya, dalam gambar di atas.
![]() |
| Siap, asam pedas ayam. |
Sulaiman balik sekolah cakap paper Kimia pada hari itu, study lain, keluar lain. Lepas habis makan nasi, dia ambil lagi seketul ayam asam pedas. Sedap asam pedas ikut resepi kak Amie ini. 😋
Saya guna daun kesum dan bendi tanam sendiri. Saya jarang masak asam pedas. Alhamdulillah, sedap.
![]() |
| Panaskan lauk sambal tumis ikan bilis petai. |
Siap masak awal, pukul 11 pagi, sebab nak sediakan bekal suami masuk kerja tengahari.
![]() |
| Letak lauk dalam tiffin. |
![]() |
| Suami cakap mengalahkan orang kerja ladang kelapa sawit. |
Kerja baik² suamiku. Semangat! 💪
Jumpa lagi, ye. 💗





















































