Monday, April 6, 2026

Nasi goreng kacang panjang

Hi...😊 

Ini cerita pada hari Ahad, 29 Mac 2026, bersamaan 9 Syawal yang lepas.

Awal pagi, sebelum subuh, hujan turun dengan lebat dan kilat sabung menyabung. Saya tersedar sebab bunyi hujan yang kuat. Saya perasan juga macam kipas tak hidup. Tapi saya tak peduli sangat, sebab tak rasa panas pun. Malas nak bangun. 

Tiba-tiba pintu bilik tidur kami terbuka. Sulaiman naik atas, cakap takde elektrik. Rupanya, kilat sambar dekat rumah, sampai tendang elektrik kat rumah. Blackout.

Suami ada rumah. Bila reda sikit bunyi guruh, suami flip semula suis utama untuk hidupkan semula bekalan elektrik. Lama juga tak terjadi macam ni. Sejuk sikit suasana. Alhamdulillah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan akan berterusan sehingga Mei depan. Angin lemah dari pelbagai arah menggalakkan pembentukan awan ribut petir menyebabkan hujan lebat dan angin kencang. Sekian laporan cuaca. 😁

Lepas subuh, saya masuk dapur.

Masak nasi goreng.

Saya tumis bawang merah, bawang putih, cili api dua tiga biji dan ikan masin bulu ayam digoreng yang saya tumbuk dulu, guna lesung. Harum semerbak bila tumis rencah. Saya letak juga potongan kacang panjang dalam nasi goreng. 😋 Sikit je nasi goreng. Jadi, saya masak nasi baru juga.

Selain itu, ada lebihan lauk semalam dalam peti ais. Saya modify ikan goreng..

..jadikan ikan goreng berlada.

Sambal pada ikan itu, saya gunakan cili merah besar, buang biji. Jadi, tak adalah pedas mana pun. Saya letak kacang panjang sikit. Lauk kering. 😋 Alhamdulillah, sedap, suami kata.

Waktu petang, suami hantar anak kedua, Hafizan, balik politeknik Ipoh. Saya tak ikut. Kurang seorang, balik ke sarang. 

Amirul masih kelas online. Jadi dia balik Dungun lewat seminggu. 

Orait. Jumpa lagi, ye. Saya cuba blogwalking slow-slow. Ini pun update entri malam-malam. 💗

1 comment:

  1. Sejuk sikit bila hujan...alhamdulillah..
    Linda pun suka nasi goreng letak kacang panjang

    ReplyDelete