Friday, April 24, 2026

Munge-munge cinta dan masak apa

 Assalamualaikum dan halo... salam Jumaat yang mulia kepada pembaca blogku yang saya hormati sekalian... 

Cerita pada hari Khamis, 16 April 2026 yang lepas. Seperti biasa, pagi-pagi, saya berkebun sekejap, siram pokok dan sebagainya. Banyak pula bunga-bunga yang ada, jadi haruslah kita ambil gambar kenangan. Jom tengok, jom...

Bunga ros kuning

Pokok ros kuning inilah yang paling sihat antara pokok-pokok ros yang saya ada. Ia selalu keluar bunga. 😍
Bougainvillea atau bunga kertas putih

Pokok bunga kertas adalah pokok yang tahan lasak dan panas. Bila musim panas, lagi banyak bunga keluar.

Bunga kertas ungu


Bunga kertas merah jambu dan jingga

Saya fikir nak tambah lagi koleksi pokok bunga kertas, tapi tak pergi-pergi lagi ke nursery pokok bunga. Nak cari warna yang belum ada.

Bunga melati Thailand atau Thai Jasmine


Bunga kertas jingga atau peach

Bunga-bunga yang pelbagai warna ini memang menceriakan halaman rumah. Kalau boleh, saya nak tambah lagi tumbuhan berbunga, biar jadi macam taman bunga. Hehe... 

Lepas berkebun, saya masuk dapur dan masak lauk pada hari itu.
Saya masak asam pedas ayam. Ikut resepi kak Amie. Walaupun dalam resepi itu, kak Amie guna ikan mabung, saya guna ayam. Tapi asam pedasnya tetap sedap dan menyengat! Lagi pun di rumah saya, banyak sangat daun kesum. Itu yang dapat idea masak asam pedas. 😋

Asam pedas ayam

Nak kata guna ayam seekor, tak juga. Sebab saya ada asingkan bahagian ayam yang banyak isi. Saya potong kecil untuk guna kalau nak masak bihun ke, spagetti ke, atau mi. 

Alhamdulillah. Hari ni, tak tahu lagi nak masak apa. 

Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan, ya.

Jumpa lagi. 💗

3 comments:

  1. Cantik la kaler bunga kertas warna peach tu.. semuanya nmpk sihat bunga-bunga kaknur

    ReplyDelete
  2. Berbunga² hati Sy tengok bunga² ni... Sy pun berhajat nak tambah koleksi pokok bunga tapi belum sempat ke nursery pokok

    ReplyDelete
  3. Mekar eh bunga2 awakkk.. Faa kalau bawa balik pokok baru seminggu je pastu mati. Tak reti bab2 pertanian ni. :D

    ReplyDelete