Salam hujung minggu kepada semua pembaca sekalian.
Ringkasan aktiviti bersenam di bulan Mac 2026 yang lalu.
Sebelum bulan Mac lagi kita sudah mula berpuasa, iaitu pada 20 Februari hingga 20 Mac. Jadi, memang tiada aktiviti morning walk di luar semasa bulan Ramadan. Kalau ada aktiviti berlari pun, saya buat di dalam rumah, guna walking pad, depan TV.
![]() |
| Aktiviti berlari di bulan Mac |
Jumlah jarak: 58.6 kilometer (berbanding 67.5 km di bulan Februari).
Sedikit penurunan di situ.
Saya suka bersenam di pagi hari. Sebab waktu itu, tenaga masih banyak. Kalau petang, memang sibuk nak panaskan lauk, buat persiapan berbuka dan sebagainya.
![]() |
| Aktiviti berjalan di bulan Mac. |
Jumlah jarak berjalan: 13.2 kilometer (banding hanya 0.4 km di bulan Februari).
Apahal meningkat dengan ketaranya, berbanding bulan sebelumnya? Ini semua berjalan di bazar ramadan la! Hahaha... bab jalan-jalan cari makan, memang rajin. 😁
![]() |
| Aktiviti kardio di bulan Mac |
Jumlah masa untuk senaman cardio: 3 jam 21 minit.
Ini adalah senaman yang saya ada ceritakan di entri ini dan saya biasanya buat lepas habis jalan atas walking pad, kalau rajin.
Kesimpulannya, tidaklah konsisten saya bersenam. Banyak lopong juga. Maklumlah, bulan puasa. Tengok hari rajin, buat.
Sekian laporan aktiviti bersenam untuk bulan lepas. Untuk bulan April ini, termasuk dalam misi saya. Huhu.. bulan April ini, misi saya adalah:
🌼 Misi untuk cuba konsisten jalan atau lari
🌼 Misi berkebun, iaitu perbaiki landskap rumah (lain hari saya cerita ya)
🌼 Misi jaga makan (sadly, waktu saya taip entri ni, lebih kurang gagal).
Macam saya cakap hari tu, saya tak kuat dalam menahan nafsu makan. Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak cukup kuat. Tapi demi kesihatan mental, saya maafkan diri sendiri. Fikir positif, jangan putus asa. Jangankan hari esok. Sekarang pun, kita boleh mula semula. Bila jatuh, bangun semula.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗



yela kan bulan 3 ni masih bulan puasa, memang tak banyak bergerak sangat
ReplyDeleteBergerak ke bazar ramadan je, Mazni. 😁
DeleteBetul Nur. Bila jatuh bangun semula. Sebagai manusia biasa, setiap kali bangun pagi pun saya kena panggil semangat juga untuk teruskan rutin harian
ReplyDeleteYe, kak. Semoga kita semua terus bersemangat dalam menjalani kehidupan. 🤲💪
DeleteWah ingatkan tidak aktif bulan puasa tapi jalan juga aktiviti bersenam dan berjalan! Tahniah.
ReplyDeleteMekasih, NA. Alhamdulillah.
DeleteSaya ni kalau kumpul rasa 10 km pun tak sampai kot hahahaha.. 😅
ReplyDeleteBulan puasa memang kurang berjalan, Encik. Eh, tapi bila travelling kan Encik banyak berjalan kaki tu. 👍
Deletenak konsisten tu la susahnya la. rajin sekejap je, malas tu yang banyak.
ReplyDeleteHehe.. ada benornya apa Cie cakap. 😁
DeleteBagus juga ada Bazar Ramadhan kan, bertambah steps hehe...
ReplyDeleteTakpe Nur, hidup utk dinikmati juga, don't be too hard on yourself 😘
Betul, betul. 😁
DeleteBaiklah, PH. Saya pun malas nak tension² ni. Nak tenang² je. 🤗
Nak dapat istiqamah dan berterusan itu yang jenuh dalam hampir semua aktiviti kan? Tapi KSarie salute Tot tetap semangat briskwalking dan gardening. Bab makan kita pegang konsep kita usahakan sedayanya tapi kalau ada makan sedap kita makan aje ye begitu ke macam mana kan😅
ReplyDeleteBetul, KSarie. Bukan senang nak konsisten.
DeleteSamalah. Kalau rezeki udah depan mata, takkan nak tolak, kan KSarie. Cuma kena berpada-pada, asal lepas kempunan, sudahh.. hehe..
InsyaAllah..bulan 4 ni, lagi banyak la step nya...bab makan, linda jenis makan je..tapi berpada..dalam berpada pun, berat naik juga..hahaha
ReplyDeleteAminn.. 🤲
DeleteHehe.. biasa la tu, kan. Faktor usia pun satu, kot. Metabolism makin perlahan.
Canggih apps ni... Jam / fon uncel tak secanggih ni....
ReplyDeleteAsal dapat rekod aktiviti bersenam dan kira langkah, dah okay tu, uncle.
DeleteSA briskwalk hari2 waktu pagi dari stesen Muzium Negara ke Opis, dan petang dari Opis ke Muzium Negara...jalan laju2 sampai berpeluh...selain SA berpuasa...SA bercadang SA nak teruskan buat puasa sunat Isnin dan Khamis lepas habis puasa 6 ni...nak cuba buat konsisten...atleast dapat sihatkan badan jugak kan
ReplyDeleteBetul tu, SA, banyak manfaat puasa sunat isnin khamis bila kita amalkan. Semoga SA dapat istiqomah mengerjakannya.
DeleteTakpe jangan putus asa. Yang penting konsisten. Chewah.... baik punya nasihat padahal diri sendiri pun ke laut dalam. Apa pun jaga kesihatan bagus untuk diri sendiri. Selain daripada itu nikmati lah kehidupan dengan gembiranya.
ReplyDeleteBetul apa kak Notie cakap. Kena balance juga kan. Hidup mesti happy. 😊
DeleteTak apa kak... Jgn dibuat stress. Bawa santai saja bab pola hidup sehat ini. Yg penting kemauan utk workout dan jaga makan tetap ada.
ReplyDeleteSaat Ramdhan saya rata2 kardio saja, hampir tak ada strength training. Krn tak sanggub. Makanya dah selesai ramadhan, memang mau rutin lagi olahraga beban.
Baiklah, Fanny. 🤗
DeleteTentu Fanny sudah mula buat strength training semula. Selamat ber-workout ya, Fanny.