Di rumah saya ini, ada beberapa jenis pokok bunga ros. Dalam entri ini, saya nak kongsikan gambar sekuntum bunga ros jingga atau oren, dari mula ia mengembang sehingga ia hampir layu.
Warnanya berubah juga. Nak katakan bunganya berwarna jingga sepenuhnya, tidak juga. Ia lebih kepada campuran warna jingga, kuning dan sedikit merah jambu.
Ros jingga selalu dikaitkan dengan simbol tenaga, semangat dan keghairahan.
Pokok ros ini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk berbunga dengan lebat.
![]() |
| Gambar diambil pada 18 April 2026 |
Pokok ros juga perlukan medium tanah yang tidak menakung air dan perlu disiram setiap hari, jika cuaca panas.
![]() |
| Gambar diambil 19 April |
Kalau kita perhatikan, kejadian atau riwayat sekuntum bunga ros ini, banyak punya persamaan dengan kitaran hidup manusia.
Waktu bunga sedang mekar sempurna, ia melambangkan puncak kehidupan, iaitu cantik, kuat, tenaga muda dan berjaya. Bau pun harum mewangi.
![]() |
| Gambar diambil pada 20 April |
Semakin meningkat usia dari hari ke hari, warna semakin pudar. Bau harum pun mulai hilang. Dalam hidup manusia pun lebih kurang sama. Tenaga semakin berkurang.
![]() |
| Gambar diambil 21 April 2026 |
Kalau perhatikan dari atas, warna ros yang mulanya oren terang dan gelap, mulai pudar.
![]() |
| Gambar 22 April |
Kecantikan tidak kekal. Satu peringatan pada kita yang setiap yang bernyawa akan merasai mati dan tiada yang kekal di dunia ini.
![]() |
| Gambar 27 April |
Hampir jadi warna putih sepenuhnya dalam gambar di atas, kecuali di hujung kelopak, ada merah-merah sedikit.
Hidup ini singkat. Oleh itu, hargailah masa mekar (sihat dan muda) sebelum datangnya waktu layu (tua dan sakit).
Tapi, kita tak perlu takut dalam menghadapi tua. Terima perubahan fizikal dan mental sambil terus menyayangi diri sendiri.
Selagi diizinkan, kita boleh terus kekal aktif dan berfikiran positif. Hargai setiap nafas, rezeki, ujian, yang telah diterima sepanjang hidup.
Selamat berehat di hujung minggu.
Jumpa lagi, ya. 💗






Bila baru mula berkembang nampak serinya, bila layu seri pun pudar.. Ya itulah lumrah kehidupan seperti apa yang Tot kongsi di sini..
ReplyDeleteTiada makhluk yang kekal abadi. Tq atas ingatan.
ReplyDelete