Semalam di tempat saya, hujan lebat berserta guruh dan kilat. Waktu malam bila hujan lebat, memang sedap tidur.
Entri kali ini, cerita pada 24 April 2026 yang lepas. Pada hari itu, saya goreng spagetti saja.
 |
| Masak spagetti goreng |
Simple saja. Ada letak patti burger daging yang dipotong kecil, juga ketulan ayam. Guna extra virgin olive oil untuk masak.
Pukul 3 petang, saya ada temujanji jumpa doktor di hospital. Keputusan ujian darah, not yet there, tapi menuju ke arah itu. Saya pun tak tahu nak cakap camana. Keputusan kolesterol yang tinggi, semakin membaik sebenarnya. Tapi belum cukup baik. Pada saya okay, sebab ia ambil masa, kan. Jumpa doktor lain pula. Tak pernah dapat doktor yang sama. Saya tengah mencuba la, ni. Tapi doktor tak nampak usaha saya. Doktor cuma nampak result darah saya. Tinggi, tapi tidaklah setinggi sebelum ini. Saya cakap dengan dia, doktor sebelum ini cakap macamana. Dia kata, no such thing pula. Huh.. macam tu la ya, bila lain-lain doktor. Bila saya tanya lebih lanjut, dia kata jangan tanya benda yang tiada kaitan. Saya pun senyap la. Tak berkata apa-apa lagi. Pengalaman yang tak best. Saya berharap saya dapat buat ujian kesihatan di tempat lain. Saya berharap saya dapat jumpa doktor yang boleh beri nasihat tentang pemakanan, kesihatan, dan gaya hidup, bukan saja beri ubat segera, short-cut, untuk lariskan syarikat farmaseutikal.
Lepas selesai di hospital, saya dan suami pergi mengopi di Le Bean Cafe. Kali kedua kami datang sini. Masa mengopi kali pertama, ada saya kongsikan di sini 👉
Mengopi di Le Bean Cafe.
Seperti biasa, lepas jumpa doktor hospital, mood memang akan jatuh. Jadi, saya makan apa saya nak la. Cheat meal.
 |
| Taufufa original seorang satu. |
Sebelum ini, kami pernah cuba taufufa gula melaka. Ini, perasa original. Di sini, boleh letak topping atas taufufa. Ye la, macam-macam makanan orang zaman sekarang. Letak whipped cream la, chocolate la, tapi kami makan yang original saja.
 |
| Gambar dekat taufufa. |
Makan taufufa yang sejuk di hari yang panas terik di luar, memang nikmat ya. 😋 Alhamdulillah.
 |
| Latte ais dan americano panas. |
Dua-dua kopi tanpa gula. Sesi bercerita dan luahan hati apa dirasa, perancangan seterusnya, tindakan yang patut diambil dan sebagainya, sepasang suami isteri di kedai kopi.
Selain kami, ada lagi seorang pelanggan lain sedang mengopi tidak jauh dari tempat kami.
 |
| Ham and cheese bagel |
Yang ini, kami kongsi berdua, makan. Semua sedap. Mengopi di sini pun selesa, sebab tempat ber-aircond. Petang Jumaat itu, kurang pelanggan. Masa kami pergi kali pertama dulu, ramai juga.
Harga hidangan kami:
2 taufufa original RM9.00
1 latte ais RM11
1 americano panas RM9
1 Ham and cheese Bagel RM13
Kopi dia agak mahal, kan. Jumlah harga RM42.
Syukur Alhamdulillah, atas segala rezeki dan nikmat Allah.
Salam Jumaat kepada semua pembaca sekalian.
Jumpa lagi, ye. 💗
Begitulah jika jumpa doktor lain². Sy syak, doktor² ni tak faham report (tulisan) doktor yg sebelum ni, hehehe. Apa pun sy doakan Nur diberi kesihatan yg baik dan sejahtera selalu, Amiiinnn YRA.
ReplyDelete