Monday, May 4, 2026

Malam-malam makan kuetiau

Cerita pada 21 April yang lepas. Tiba-tiba teringin nak makan kuetiau goreng. Penyakit mudah berjangkit. Bila tengok ada rakan blogger makan kuetiau, kita pun jadi teringin juga. 😁

Saya jarang-jarang keluar malam pergi makan. Biasanya, makan malam sebelum pukul 7. Tapi sesekali enjoy apa salahnya, ye dak. Lama tak keluar malam, tengok lampu-lampu. 

Saya google kuetiau goreng sedap di daerah saya, dan kedai berikut antara yang terkeluar dalam senarai. Ada tempat yang saya familiar. Tapi, pada malam itu, kami ambil keputusan untuk pergi tempat yang kami tak pernah pergi lagi. Ater... jom!

Cafe Empat Tujuh
Suamiku laju jer jalan.

Cafe Empat Tujuh. Ada perasan akan kewujudan cafe ini. Tapi tidaklah pernah kami menyinggah. Baca review, orang kata, kuetiau dan makanan western cafe ini sedap-sedap, jadi, kami pun pergilah.

Tempat duduk makan selesa. Ada aircond. Ada satu keluarga sedang menikmati juadah masa kami baru masuk. Ada adik datang bawa menu. Kita kena tulis pilihan makanan pada borang pesanan.

Antara menu yang ada termasuklah menu western seperti spaghetti, lamb grill, mix platter, smash burger, meatball, chicken chop dan sebagainya. 

Jika kurang suka menu western, ada menu nasi juga dan mee, kuetiau, nasi goreng, nasi ayam gepuk, dan nasi lemak. Lain kali datang, macam nak cuba mee kari special dia.

Minuman pula, ada jus dan pelbagai jenis minuman orang muda sekarang, seperti blue lagoon, kopi ada pelbagai jenis, matcha pun ada, dan macam-macam lagi.

Coffee dia macam kopi dekat kedai kopi popular, contohnya ada buttercream latte, matcha strawberry, dark forest latte pun ada. 

Latte dan hazelnut latte.
Latte dan hazelnut latte.

Suami saya biasanya minum kopi ais. Tapi malam itu, dia pesan kopi panas. Malam-malam minum kopi boleh tidur ke? Boleh jer... bagi saya. Saya kan tukang kebun. Badan memang penat. Letak kepala jer, hanyut. Tiada masalah tidur.

Kuetiau goreng
Kuetiau goreng.

Alhamdulillah. Lega dapat makan kuetiau goreng. Boleh tahan rasanya. 😋

Roti bakar
Roti bakar.

Eh, suami saya sudah ambil roti bakar separuh. Dia celup kopi. Itu yang ambil gambar atas, tinggal separuh. 

Seperti biasa, kami makan kongsi-kongsi, hidangan yang ada. Alhamdulillah.

Harga makanan kami pesan:

Kuetiau goreng harga RM8.

Roti bakar kaya RM6

Latte panas RM9

Spanish latte panas RM9

Makanan dan kopi sedap. Kopi dia buat kurang manis. Baguslah. Boleh datang lagi ke cafe ini, lain kali.

Butiran restoran:

Cafe Empat Tujuh

47, Persiaran PM 3/5, Pusat Bandar Seri Manjung, Seri Manjung, Perak.

Selasa hingga Ahad, 9 pagi hingga 10.30 malam

Tutup setiap Isnin.

Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗

No comments:

Post a Comment