Sejak tinggal berdua dengan suami di rumah, saya sudah kurang memasak. Sekali masak, boleh bertahan 2-3 hari. Masak nasi dua pot, boleh tahan 3-4 hari. Adeh... lepas tu, kami banyak keluar pula, jadi makin jarang saya memasak di rumah.
Tapi, tetaplah saya masak juga, sebab makan di rumah lebih nikmat sebenarnya, walaupun hanya masak lauk ringkas. Lagi-lagi anak yang cerewet makan sudah duduk asrama, jadi ikut suka hati dan selera kita nak masak camana pun.
Berikut adalah apa yang saya masak pada 7 Julai 2026 yang lepas.
![]() |
| Ikan rebus berlada |
Saya ada beli ikan kembung rebus satu bungkus, harga RM15, ada 6 ekor ikan kembung rebus dibuang perut. Ye, saya malas buat ikan rebus sendiri. Lain kali ye, saya buat. Hehe...
Saya nak rasmikan chopper mini yang saya beli dari shopee. Itu yang saya kisar cili hidup merah guna chopper. Cili semata. Tak guna bawang pun. Selepas goreng ikan kembung dan kentang potongan wedges, saya masak cili yang dikisar guna chopper.
Selepas cili masak, saya campak kembali ikan dan kentang yang sudah digoreng awal tadi.
Alhamdulillah, suka saya dapat chopper baru. Barulah dapat tekstur cili kasar-kasar. Sebelum ini kalau saya malas menumbuk, saya kisar guna blender. Kalau guna blender, dapat hasil kisar yang halus.
Jadilah pada hari tersebut, ikan kembung rebus masak berlada. Letak kentang goreng wedges. Lauk kering, tidak berkuah.
Walaupun nampak tidak berapa menarik di dalam gambar di atas, tapi rasanya tidaklah mengecewakan.
![]() |
| Ini pula sayur campur. |
Senang masak sayur campur ini. Kerja potong sayur ambil masa lebih lama dari masak sayur. Sampaikan timun pun saya campak sekali masuk, sebab kalau tak guna, nanti timun jadi lembek pula.
Campurlah semua sekali segala mak nenek sayur yang ada dalam peti ais. Telur pun kasi pecah, campur sekali dengan sayur.
Alhamdulillah. 😋
Hari ini kome makan lauk apa?
Jumpa lagi, ya. 💗


Uishhh ikan rebus goreng tu makan dengan bayam celur, then buat air asam, masahaallah sedapnyaaaaa
BalasPadamNampak macam sedap juga ikan kembung rebus berlada tu. Dulu suka juga beli ikan rebus, goreng dengan hirisan cili dan bawang macam masak ikan pekasam tu. Tapi kadang ada ikan rebus tak buang isi perutnya. Saya pun suka jenis tekstur kasar, tapi suka lagi tumbuk. hihi..Saya berdua masak nasi 3/4 pot je sehari. Sekali masak, terus habis senang. Kita buat dia kak, campak je ikut suka dan selera kita kan.
BalasPadamIkan rebus lebih nikmat untuk makan selain sedap
BalasPadammenu ikan rebus slalunya goreng ltk bawang + kicap...kt umh skarang masak nasi skit je dlm 1 pot je utk 3 org makan...tp paling byk pn tk smp 2 pot sbb husband skarang kurang mkn nasi..byk mkn lauk
BalasPadamI love fish, and this looks amazing.
BalasPadam