Poached egg is telur carak in Bahasa Malaysia

 Dua hari lepas punya IPU di kawasan Lumut, 60. Hari ini punya IPU (Indeks Pencemaran Udara) sudah jadi 160.

Jerebu sudah datang ke Lumut, Perak. IPU 160
Jerebu sudah mari.

Tempat kome berapa? Minum air banyak-banyak, dan jaga diri ya, semua.

Dalam usaha menjaga kesihatan, saya cuba mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Pada hari Selasa, 11 Ogos yang lepas, saya telah mencuba membuat poached egg, atau telur carak. Berapa puluh tahun jadi mak orang, ini pertama kali cuba buat telur carak. Huhu... bosan juga makan telur rebus, jadi marilah kita mencuba main masak-masak, ya. 

Saya buat carian dulu, macamana nak buat telur carak yang cantik dan mudah. Saya kongsikan di sini, untuk rujukan saya di masa hadapan.

Untuk membuat poached egg yang cantik dan kuningnya cair di dalam, boleh ikut langkah mudah seperti berikut:

Bahan-bahan:

🌸 Telur segar (telur segar mempunyai putih telur yang lebih pekat dan tidak mudah pecah)

🌸 Air secukupnya (untuk merebus)

🌸 1 sudu kecil cuka masakan (cuka membantu putih telur membeku dengan cepat)

Cara-cara buat poached egg

🌼 Panaskan air: Isi periuk dengan air (anggaran 3-4 inci dalam) dan panaskan sehingga mula mengeluarkan buih-buih kecil di dasar periuk (hampir mendidih). Jangan biarkan air mendidih terlalu kuat.

🌼 Letak cuka: Masukkan cuka ke dalam air tersebut.

🌼 Sediakan telur: Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecil atau cawan terlebih dahulu. Ini memudahkan kita memasukkannya ke dalam periuk nanti.

🌼 Buat pusaran air: Gunakan sudu untuk mengacau air secara berpusing sehingga wujud pusaran (whirlpool) yang perlahan di tengah-tengah periuk.

🌼 Masukkan telur: Masukkan telur dalam mangkuk tadi dengan perlahan-lahan tepat di tengah-tengah pusaran air tersebut. Pusaran ini akan membantu putih telur membalut kuning telur dengan kemas.

🌼 Masa memasak: Perlahankan api dan biarkan telur dimasak selama 3-4 minit. Jangan kacau air semasa telur sedang dimasak.

🌼 Angkat dan toaskan: Angkat telur dengan berhati-hati menggunakan sudip berlubang dan toskan airnya di atas tisu dapur sebelum dihidang.

Cubaan membuat poached egg
Tadaaa.... jadi ke idok?

Saya ni, suka derhaka resepi. Jadi, saya tidak guna cuka. Hehe... Lagi satu, Gemini kata, jangan kacau air waktu telur sedang dimasak selama 3-4 minit itu. Saya pergi kacau, curah-curah air atas telur, nak bagi cepat masak. 😁 Suka hati aku je.. eh... kita juga yang nak makan, yorlantak, bak kata orang Perak.

Letak lada putih atau ajishio atas poached egg
Letak lada putih atas telur, sebagai perasa

Saya kalau goreng telur mata kerbau ke, suka letak ajishio atau lada putih. Itu yang atas poached egg pun, letak juga. Siap dan sedia untuk dimakan.

Boleh la ye, cubaan pertama kali. Kita tukar-tukar, kadang masak telur rebus, kadang boleh buat poached egg ni. 

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

2 ulasan:

  1. Wah cantik kejadiannya. Camtu rupanya telur carak baru tau seumur hidup. Hahaha. Selalu buat half boil je telur.

    BalasPadam
  2. Biasa mkn menu poached egg kt hotel or cafe.. Tk pernh try buat sdiri

    BalasPadam