Khamis, 3 Zhulhijjah 1446 H.
Assalamualaikum, semua... Syok kan, cuti Labour Day hari ni.
Saya sudah pos 8 daripada 9 hadiah giveaway saya semalam. Alhamdulillah. 😊
 |
Sebahagian daripada hadiah siap dibungkus. |
Tinggal seorang lagi pemenang ni, belum email saya butiran alamat, iaitu Encik Fairus. Boleh klik sini untuk senarai pemenang giveaway.
Seperti yang pembaca tahu, salah satu hadiah giveaway saya hari tu, adalah biji benih bunga matahari. Jadi, di sini, saya ingin buat tutorial untuk info pemenang atau pembaca yang ingin semai benihnya. Jom...
Anda boleh tanam atas tanah, atau tanam dalam pasu. Ini adalah kerana, benihnya adalah pokok matahari spesies dwarf. Jadi, ia tidak besar sangat. Paling tinggi dia boleh membesar pun, paras pinggang saya. Terpulang pada rumah anda camana, gunalah apa yang ada.
 |
Ambil sebiji pasu saiz sederhana dengan tanah. |
Ini contoh, pasu dah ada tanah, tapi tak ada pokok. Tanah tu, preferably tanah hitam, atau tanah campur pun boleh. Jangan tanah liat sudah.
Cabut lah rumput kalau ada.
 |
Gembar-gemburkan tanah dalam pasu dulu. |
Lagi-lagi kalau pasu tu dah terbiar bertahun-tahun. Tanah pun dah keras. Kalau kita tak gembur tanah dulu, nanti akar pokok kena kerja keras untuk membesar. Lagi satu, gembur tanah untuk perbaiki saliran dan pengudaraan dalam tanah.
 |
Siap, gemburkan tanah! |
Ready untuk semai benih sekarang.
Ambil sebiji benih, pegang benih tu seperti gambar di atas, bahagian hujung tirus ke bawah.
Baca bismillah, benamkan biji benih itu di tengah pasu, seperti gambar di atas. Biar separuh biji benih dalam tanah, separuh lagi atas tanah.
Siram hari-hari. Tak payah banyak air sampai tenggelam biji benih tu. Sikit-sikit je siram.
Kalau rezeki ia tumbuh, sepantas esoknya, kita boleh nampak biji benih tu terkeluar di bahagian bawahnya, tunas. Mungkin anda perlu repair sikit-sikit la tanah keliling biji benih tu, supaya ia kekal tegak dan diliputi tanah. Kadang ambil masa 2-3 hari juga. Tengok la camana. Kadang, tak tumbuh langsung, biji benih kita tanam siap hilang, tak tau pi mana. Boleh jadi burung makan. Hehe.. camtu le. Tak semestinya sekali tanam terus menjadi. Jangan putus asa, ya. Selawat sikit hari-hari masa siram. Cakap kat pokok tu, ko tumbuh dengan sihat dan subur, ya. Pokok boleh faham, tau. Macam kucing jugak. 😁
Selamat bercucuk-tanam.
Jumpa lagi, ye. 💗
Oh cepat jugak keluar tunas nya ya.
ReplyDeleteHa ah. Sebab saya dah banyak kali tanam. Esoknya, dah bercambah benihnya. Tapi bukanlah everytime jadi camtu.
DeleteOh? Untuk jenis dwarf pasu besar tu dah memadai...?
ReplyDeleteYe, uncle. Pasu kecik, pokok jadi kecik. Pasu besor, pokok jadi besor. Kalau tanam atas tanah, lagi besor! Tapi still, takde la tinggi macam di ladang bunga matahari tu.
DeleteWahh menarik ni tanam bunga matahari. SS tak berani lagi nak menanam pohon berbunga. Risau tak terjaga. Setakat ni seronok jaga aloe vera dengan daun mint. Mudah betul jagaannya.
ReplyDeleteWah.. akak cuba tanam mint atau pudina, tak hidup pun, SS. Nanti SS free, share la tips. 😊
DeleteSenang je nak semai benih bunga tu ye.
ReplyDeleteYe, senang je. 😊
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsiannya dik.
Nanti minta Encik Suami beli tanah dan pasu. Bolehlah terus semai benih bunga matahari tu sebaik sahaja parcel sampai.
Sama², kak Amie.
DeleteSelamat bercucuk tanam, kak. 😊
Terima kasih atas perkongsian. Maaf kerana lewat respon. Saya sudah emel butiran.
ReplyDeleteTerima kasih, encik. Insya-Allah, saya pos hari Isnin depan, ye. Sekarang saya balik kampung.
DeleteTak pernah tanam lagi pokok bunga matahari :)
ReplyDeleteCantik, Eyma. Cubalah, berseri rumah.
DeleteSaya pernah tanam pokok bunga matahari, tapi dah terlalu lama jadi lupa caranya. Terima kasih berkongsi tutorial.
ReplyDeleteCantik dan kemas wajah baru blog awak ni Tot 👍🏽
Sama², Ujie.
DeleteTerima kasih. Suka juga, sebab nampak gambar lebih jelas banding dulu.
Tak sabarnya nak tunggu benih bunga matahari Sy hihi ...
ReplyDeleteHehe.. semoga selamat sampai. 😊
Deletebunga2 matahari anggun mekar di taman sari... tetiba teringat lagu Allahyarham Maya..sy suka makan kuaci biji bunga matahari je. hehehe
ReplyDeleteSaya masa mula kembang pun, selalu nyanyi lagu tu juga.
DeleteHehe kena letak sebiji benih pada tanah rupanya. Saya ingat main tabur benih atas tanah.
ReplyDeleteTq, saya boleh dapat pengetahuan baru
Sama², NA. Saya pun belajar dari group bercucuk-tanam.
DeleteTerima kasih atas tutorial semai biji benih...nnt dah sampai saya cuba...
ReplyDeleteSama², Sueann. 😊
Deletetahniah kpd semua pemenang...sapalah yg dapat biji benih..
ReplyDeleteSemua pemenang dapat, kak. 😊
Deletewah, menariks..nanti kan bunga matahari pemenang yer..
ReplyDeleteInsya-Allah, semoga parcel semua selamat sampai.
DeleteKalo ada beberapa biji benih, tanam semua di pasu, bisa kak? Atau 1 pasu 1 benih?
ReplyDeleteJadi tahu utk menanam bunga matahari benih tak ditanam utuh. Jadi ada bagian yg tertanam, ada yg di atas tanah ya
Akak lebih prefer 1 pasu, 1 pokok. Kalau semai banyak biji benih dalam pasu, nanti pokok-pokok akan bersaing untuk membesar, dan jadi pembesaran dia terbantut sebab akar pun kurang ruang dalam tanah, sebab tanam banyak pokok sekaligus.
DeleteIya, Fanny. Separuh saja ditanam dalam tanah, biji benihnya.
Dulu kan..masa zaman remaja SA pernah tanam pokok bunga matahari dalam pasu...betul agaknya tanam dalam pasu kecik pokok dna bunganya kecik..x macam dalam gambar...
ReplyDeleteHa ah, dia tengok jauh mana akar dia boleh pergi. Kalau pasu kecil, pokoknya pun jadi kecil.
DeleteTerima kasih atas tipsnya. Hendak cuba nanti tips selawat dan sembang dengan pokok
ReplyDeleteSama-sama. Selamat bercucuk-tanam. :)
DeleteTak sabar nak tgk hasil semaian pokok bunga matahari
ReplyDeleteKan.. semoga hasil semaian para pemenang giveaway hari tu, tumbuh dengan sihat hendaknya.
Delete