Thursday, May 1, 2025

Tutorial semai benih bunga matahari for beginner

 Khamis, 3 Zhulhijjah 1446 H.

Assalamualaikum, semua... Syok kan, cuti Labour Day hari ni. 

Saya sudah pos 8 daripada 9 hadiah giveaway saya semalam. Alhamdulillah. 😊

Sebahagian daripada hadiah siap dibungkus.

Tinggal seorang lagi pemenang ni, belum email saya butiran alamat, iaitu Encik Fairus. Boleh klik sini untuk senarai pemenang giveaway.

Seperti yang pembaca tahu, salah satu hadiah giveaway saya hari tu, adalah biji benih bunga matahari. Jadi, di sini, saya ingin buat tutorial untuk info pemenang atau pembaca yang ingin semai benihnya. Jom...

Anda boleh tanam atas tanah, atau tanam dalam pasu. Ini adalah kerana, benihnya adalah pokok matahari spesies dwarf. Jadi, ia tidak besar sangat. Paling tinggi dia boleh membesar pun, paras pinggang saya. Terpulang pada rumah anda camana, gunalah apa yang ada.

Ambil sebiji pasu saiz sederhana dengan tanah.

Ini contoh, pasu dah ada tanah, tapi tak ada pokok. Tanah tu, preferably tanah hitam, atau tanah campur pun boleh. Jangan tanah liat sudah. 

Cabut lah rumput kalau ada. 
Gembar-gemburkan tanah dalam pasu dulu. 

Lagi-lagi kalau pasu tu dah terbiar bertahun-tahun. Tanah pun dah keras. Kalau kita tak gembur tanah dulu, nanti akar pokok kena kerja keras untuk membesar. Lagi satu, gembur tanah untuk perbaiki saliran dan pengudaraan dalam tanah. 

Siap, gemburkan tanah!

Ready untuk semai benih sekarang.


Ambil sebiji benih, pegang benih tu seperti gambar di atas, bahagian hujung tirus ke bawah.


Baca bismillah, benamkan biji benih itu di tengah pasu, seperti gambar di atas. Biar separuh biji benih dalam tanah, separuh lagi atas tanah. 

Siram hari-hari. Tak payah banyak air sampai tenggelam biji benih tu. Sikit-sikit je siram.

Kalau rezeki ia tumbuh, sepantas esoknya, kita boleh nampak biji benih tu terkeluar di bahagian bawahnya, tunas. Mungkin anda perlu repair sikit-sikit la tanah keliling biji benih tu, supaya ia kekal tegak dan diliputi tanah. Kadang ambil masa 2-3 hari juga. Tengok la camana. Kadang, tak tumbuh langsung, biji benih kita tanam siap hilang, tak tau pi mana. Boleh jadi burung makan. Hehe.. camtu le. Tak semestinya sekali tanam terus menjadi. Jangan putus asa, ya. Selawat sikit hari-hari masa siram. Cakap kat pokok tu, ko tumbuh dengan sihat dan subur, ya. Pokok boleh faham, tau. Macam kucing jugak. 😁

Selamat bercucuk-tanam. 

Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Oh cepat jugak keluar tunas nya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Sebab saya dah banyak kali tanam. Esoknya, dah bercambah benihnya. Tapi bukanlah everytime jadi camtu.

      Delete
  2. Oh? Untuk jenis dwarf pasu besar tu dah memadai...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, uncle. Pasu kecik, pokok jadi kecik. Pasu besor, pokok jadi besor. Kalau tanam atas tanah, lagi besor! Tapi still, takde la tinggi macam di ladang bunga matahari tu.

      Delete
  3. Wahh menarik ni tanam bunga matahari. SS tak berani lagi nak menanam pohon berbunga. Risau tak terjaga. Setakat ni seronok jaga aloe vera dengan daun mint. Mudah betul jagaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. akak cuba tanam mint atau pudina, tak hidup pun, SS. Nanti SS free, share la tips. 😊

      Delete
  4. Senang je nak semai benih bunga tu ye.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Terima kasih perkongsiannya dik.
    Nanti minta Encik Suami beli tanah dan pasu. Bolehlah terus semai benih bunga matahari tu sebaik sahaja parcel sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², kak Amie.
      Selamat bercucuk tanam, kak. 😊

      Delete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Maaf kerana lewat respon. Saya sudah emel butiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, encik. Insya-Allah, saya pos hari Isnin depan, ye. Sekarang saya balik kampung.

      Delete
  7. Tak pernah tanam lagi pokok bunga matahari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, Eyma. Cubalah, berseri rumah.

      Delete
  8. Saya pernah tanam pokok bunga matahari, tapi dah terlalu lama jadi lupa caranya. Terima kasih berkongsi tutorial.

    Cantik dan kemas wajah baru blog awak ni Tot 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², Ujie.
      Terima kasih. Suka juga, sebab nampak gambar lebih jelas banding dulu.

      Delete
  9. Tak sabarnya nak tunggu benih bunga matahari Sy hihi ...

    ReplyDelete
  10. bunga2 matahari anggun mekar di taman sari... tetiba teringat lagu Allahyarham Maya..sy suka makan kuaci biji bunga matahari je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masa mula kembang pun, selalu nyanyi lagu tu juga.

      Delete
  11. Hehe kena letak sebiji benih pada tanah rupanya. Saya ingat main tabur benih atas tanah.
    Tq, saya boleh dapat pengetahuan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama², NA. Saya pun belajar dari group bercucuk-tanam.

      Delete
  12. Terima kasih atas tutorial semai biji benih...nnt dah sampai saya cuba...

    ReplyDelete
  13. tahniah kpd semua pemenang...sapalah yg dapat biji benih..

    ReplyDelete
  14. wah, menariks..nanti kan bunga matahari pemenang yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, semoga parcel semua selamat sampai.

      Delete
  15. Kalo ada beberapa biji benih, tanam semua di pasu, bisa kak? Atau 1 pasu 1 benih?

    Jadi tahu utk menanam bunga matahari benih tak ditanam utuh. Jadi ada bagian yg tertanam, ada yg di atas tanah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak lebih prefer 1 pasu, 1 pokok. Kalau semai banyak biji benih dalam pasu, nanti pokok-pokok akan bersaing untuk membesar, dan jadi pembesaran dia terbantut sebab akar pun kurang ruang dalam tanah, sebab tanam banyak pokok sekaligus.
      Iya, Fanny. Separuh saja ditanam dalam tanah, biji benihnya.

      Delete
  16. Dulu kan..masa zaman remaja SA pernah tanam pokok bunga matahari dalam pasu...betul agaknya tanam dalam pasu kecik pokok dna bunganya kecik..x macam dalam gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, dia tengok jauh mana akar dia boleh pergi. Kalau pasu kecil, pokoknya pun jadi kecil.

      Delete
  17. Terima kasih atas tipsnya. Hendak cuba nanti tips selawat dan sembang dengan pokok

    ReplyDelete
  18. Tak sabar nak tgk hasil semaian pokok bunga matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. semoga hasil semaian para pemenang giveaway hari tu, tumbuh dengan sihat hendaknya.

      Delete