Kadang tu, suka ambil gambar makanan. Saja, untuk rekod dan tak lupa makan mana sedap. Tapi, sebab sekeping saja gambarnya, jadi nak buat entri khas untuknya macam tak tahu nak tulis apa pula.
Jadi, saya rangkumkanlah banyak-banyak gambar makanan dalam entri ini.
Bukan semua saya masak di rumah. Ada yang saya beli di luar.
![]() |
| Nasi ayam geprek, pilih ayam bakar |
Saya beli di pasar malam pada 5 April 2026. Harga RM12. Gendut kekenyangan, sebab portion yang besar. Sambal sangat pedas. Saya setakat dip dip je timun ke, tauhu dan tempe dalam sambal sikit-sikit dan makan dengan nasi.
Harga nasi okay bagi saya memandangkan rasa agak sedap. Perapan ayam bakar pun cukup rasa.
![]() |
| Telor goreng masak sos, lauk 9 April 2026. |
Lauk berasaskan telur adalah yang paling senang nak disediakan. Campur sayur carrot dan kacang panjang, masak dengan sos tomato, cili dan tiram sikit. 😋
![]() |
| Lauk 13 April 2026. Sambal telur rebus. |
Lagi lauk berasaskan telur. Sambalnya, saya kisar cili kering semata, tanpa guna bawang pun. Itu pasal dalam gambar nampak merah bebenor. Berasap, makan dengan nasi. 😅
![]() |
| Makan tengahari 17 April 2026 |
Setelah sekian lama tak makan roti. Ada beli roti gardenia hijau yang wheat tu. Saya bakar dulu roti guna toaster. Roti bakar cicah asam pedas ayam je. Tak cukup dua keping. Tambah lagi dua keping roti. Nikmat sungguh, lagi pun lauk asam pedas yang dimasak hari sebelumnya. Bila panaskan, lagi bertambah kick!
![]() |
| Sarapan pada 18 April 2026 |
Roti canai 2 keping, cicah asam pedas (lagi). Ambil 2 ketul ayam asam pedas. Walaupun roti canai bungkus dari kedai telah diberi kuah dhal dan kari. Saya tetap cicah dengan kuah asam pedas masak sendiri juga. Alhamdulillah.. 😋
![]() |
| Sarapan 19 April 2026 |
Roti whole wheat. Bakar. Ada patti burger daging, telur goreng, tomato dan timun di dalam. Buat dua set. Jadi, makan 4 keping roti. Gendut.
Haaa.. itulah cerita gambar makanan. Nanti kot ambil lagi gambar makanan, saya akan kumpul-kumpul dan buat dalam satu entri.
Baiklah. Jumpa lagi ya. Kome makan apa hari ni? 💗







Hari ni buat nasi lemak dengan sambal udang. Gendut seharian dok ulang pagi lunch sampai mlm.
ReplyDeleteBetul lah kadang ambil je gambar lepas tu lupa kejadiannya. Mere put dlm hp.
ReplyDelete