Thursday, April 9, 2026

Sarapan di rumah tapi beli kuih

Haii... apa khabar teman-teman bloggers semua? Saya baru dapat blogwalking sikit. Sorry, ya. Rindu nak baca apa cerita kawan-kawan semua. Nantilah, saya jalan slow-slow ke blog kawan-kawan.

Ini cerita pada hari Isnin, 30 Mac 2026 yang lalu, bersamaan 10 Syawal 1447H.

Saya masuk dapur, dan masak sarapan dalam pukul 7 pagi. Saya buat nasi goreng cili kering. Letak sayur carrot, kacang panjang dan kobis. Haha.. dua tiga hari lepas saya ada update, nasi goreng kacang panjang. Elok pula habis, walaupun ada sayur. Ini kali, saya tambah sayur lagi dalam nasi goreng. Kalau anak tak suka, silalah pergi kedai mamak, makan di sana. Mama dah lama teringin nak masak nasi goreng letak sayur banyak-banyak. 😁

Nasi goreng

Semua rencah, ditumbuk guna lesung batu yang berat itu. Saya guna cili kering kerinting 4 biji pun dah cukup pedas. Eh, tapi ada campur cili padi juga. Kasi berasap la, baru ada kick!

Suami sepatutnya balik kerja 12 malam bila kerja shif petang. Tapi dia balik pukul 6 pagi pada hari itu. Overtime 6 jam. Orang cuti raya bersambung-sambung. Masa sedang masak nasi goreng, seorang demi seorang masuk dapur. 
Mula-mula Amirul, tanya,"Mama masak apa?"
Dia bau dari dalam bilik. Dia ada kelas online sejak hari Ahad. Hafizan sudah balik Politeknik hari sebelumnya. 

Selang beberapa minit, Sulaiman pula ke dapur. Dia tak tanya mama masak apa. Style Sulaiman, jeling-jeling ke arah mama sambil ambil air minuman. 

Selang beberapa minit kemudian, suami pula ke dapur, sebab bau sedap. Dia boleh terjaga dari tidur, dengar saya tumbuk rencah guna lesung. 😁
Saya minta tolong suami goreng empat biji telur mata. 

Telur mata, digoreng oleh suamiku.

Hari-hari terakhir bulan Mac itu, saya nak makan macam-macam. Ini adalah kerana, bermula 1 April, saya kena pantang makan sikit, sebab ada temujanji ambil darah pada 17 April. Boleh ke macam tu? Hehe.. 

Jemput sarapan...

Kami sekeluarga sarapan dulu. Nasi goreng sedap. 😋 Alhamdulillah. Saya dan suami siap bertambah nasi goreng. Suami makan, berpeluh, sebab pedas. Hehe...

Lepas makan, kami keluar pickup kopi Zus, dan pergi 7-Eleven, beli roti.

Singgah makcik jual nasi sarapan, beli kuih.

Beli apam polkadot

Terpengaruh dari blogger Anamizu.

Kuih tambahan

Beli juga 3 biji apam coklat, 2 biji cucur badak, apam pisang tapi bentuk macam puteri ayu, kuih kasturi dan karipap inti keledek.
Lapan biji kuih harga RM4.
Apam polkadot dalam paket enam ketul di atas, harga RM4.50.

Alhamdulillah. 😋 Sedap kan, kuih-muih yang ada. Ya Allah... saya bab tahan keinginan untuk makan makanan dari tepung ini, boleh naik gila, tau! Makanan manis, saya okay lagi, sudah biasa. Boleh hidup tanpa aiskrim, kopi manis semua itu, tapi kalau kuih muih, roti, pastri, tak tahulah nak cakap. Semalam saya kalah jua. Saya hanyalah seorang hamba Allah yang lemah. Kalah pada nafsu. Tak serik serik nampaknya. 
Saya dah tipu 2 kali masuk bulan April ni. Ada sekali, saya makan mexican kebab yang luarnya wrap dalamnya nasi. Semalam saya makan keropok lekor! Huwaaaaa.....
Harap tidak menjejaskan apa yang patut. Cepat-cepatlah berlalu 17 haribulan April. Lepas ambil darah je, saya nak makan burger!!!!
Okay, jumpa lagi. 💗

10 comments:

  1. Saya suka nasi goreng yang pedas. Kalau saya letak cili api tidak pernah guna cili kering. Rebus dahulu ke cili kering sebelum tumbuk?

    ReplyDelete
  2. garing telur mata tu tapi kuning masih cair. cie suka yang gini.

    ReplyDelete
  3. Jadi teringat waktu masih tinggal bersama orangtua mbak. Dulu Ibunda saya, tiap pagi pastilah memasak nasi goreng. Bukan karena rajin, tapi agar tidak ada nasi terbuang, hahaha.
    Dulu Ibunda saya sering masak nasi dengan tambahan nanas di dalamnya. Barangkali mbak tot mau coba juga?

    ReplyDelete
  4. Aduh, memang boleh gila tahan nafsu nak makan ni. Best ni dapat makan macam2 sebelum plan baik punya utk ambil darah. Kiranya, dari 1 Apr nak ke 17 Apr tu, apa yg kita makan doc tak boleh tau ka? tapi kalau HCABC ke apa tu, adik sy kata tak boleh tipu, 3 bulan punya rekod doc boleh tau.

    ReplyDelete
  5. Comey apam polkadot tu.Gigih sis tumbuk cili ye..Patut la sedap =D

    ReplyDelete
  6. Bila rencahnya ditumbuk, rasanya lagi umph la Nur kan ..
    Makan je la Nur, asal jangan berlebihan 🤭

    ReplyDelete
  7. Huhu samala kak. Sejak2 musim syawal ni saya mcm kurang bukak blog. Serbasalah tak dpt nak blogwalking.

    Nampak sedap telur goreng tu, dalam dia masih mencair

    ReplyDelete
  8. Tak kuat pedas tapi pasti sedap nasi goreng Nur ni. Boleh ikut resepi tapi kurang kan cili hehe.

    ReplyDelete