Sunday, May 10, 2026

Cerita jalan di Taiping dan Kuala Kangsar

Kisah pada 27 April 2026 yang lepas. Suami off kerja. Waktu pagi, kami pergi jogging di Padang Astaka, Sitiwan. 

Jogging di Padang Astaka, Sitiawan.
Ada macam kabus nipis atas padang nun sana. 

Malam sebelumnya, hujan. Jadi pagi itu, agak sejuk dan nyaman berjalan di padang. Jam saya mati lagi. Bila pergi padang je, jam mati. Asal jam mati je, mesti dekat padang. Saya pun bukan rajin sangat nak charge jam ni. Sebelum itu, masih ada dua bar bateri. 

Rekod larian di padang menggunakan aplikasi jam Garmin
Jogging selama 1 jam 8 minit, dengan jarak 5.94 kilometer.

Banyak itu sajalah jam saya sempat record aktiviti sebelum ia off dengan sendirinya. Selesai jogging, kami balik rumah. Mandi, dan kemudian pergi nyongket la, apa lagi, laki tak kerja, kan. 

Pergi Taiping. Pandu kereta ikut jalan lama, Pantai Remis. Kami tuju ke Aeon Mall Taiping. Saya Masih ber-IF dari rumah. Makan pukul 1 petang, first meal of the day, di food court.

Nasi ayam di foodcourt Aeon Mall Taiping
Nasi ayam.

Saya beli nasi ayam. Supnya sedap, cukup rasa. Ayam roasted. Harga termasuk air. Tapi saya tak ambil air, sebab air manis. Saya ada tanya adik tu, tak boleh ganti dengan air suam ke. Tergelak dia. Tak boleh. Tanya jer. Hehe..

Kami tak beli apa-apa pun. Jalan-jalan, dalam mall. Food court di Aras 1 ditutup, renovation. Sebelum beransur, kami bungkus Hokkaido baked cheese tart dan pizza beef prata untuk Sulaiman di rumah.

Lokasi nyongket seterusnya? Kami pergi Kuala Kangsar. Ikut jalan lama, melalui Bukit Gantang dan Padang Rengas.

Dulu, di tepi sungai dekat Kuala Kangsar itu, ada bazar kraftangan yang jual produk anyaman, barang-barang tembaga contohnya acuan kuih muih, peralatan dapur, dan macam-macam la. Tapi waktu kami pergi, sudah tak meriah macam dulu. Banyak kedai tutup. Kraf anyaman saja yang banyak, seperti bakul, beg, tudung salji, labu sayong dan lain-lain. Kedai yang jual barang logam dan periuk belanga sudah banyak ditutup. Ke sebab kami sampai sudah waktu petang? Bila kami lalu saja menyusuri kedai yang dibuka, orang kedai tengok je. Ada yang panggil masuk, tengok barang. 

Saya memang nak cari periuk. Tapi, tak ada seperti yang saya nak. Jadi, kami pun lepak di Laksa and Cendol Food Court di tepi sungai tu.

Cendol biasa di Cendol and Laksa Food Court, Kuala Kangsar
Cendol biasa

Lama sangat saya tak makan cendol. Ada sekali pernah makan cendol di sini dulu, long time ago, masa tu datang Kuala Kangsar dan tinggal di homestay sebab masuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Sekejap, ya, nak cari gambar lama. Mengimbau kenangan silam pula, sebab datang sini. Haa... ni dia..

Gambar semasa sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, Kuala Kangsar, pada tahun 2017.
Gambar tahun 2017

Hehe... gemuknya saya dulu. Saya mula masuk event larian masa badan saya masih obese. Saja, suka-suka. Seronok, bila sekali masuk, lepas tu, rasa nak daftar lagi. Eh, ini cerita pasal sejarah berlari ke, jalan di Kuala Kangsar, ni. Ok, ok, sambung cerita cendol. 

Cendol dia rasa biasa je. Kalau dia letak lebih sirap gula melaka tu, mesti lagi sedap. Tapi okay la ni. Alhamdulillah.

Cendol pulut di Laksa and Cendol Food Court, Kuala Kangsar
Suami pesan cendol pulut

Sini pun suasana agak sendu. Tidak ramai pelanggan. Selain kami, ada satu lagi keluarga yang makan cendol, tidak jauh dari tempat kami. Hirup cendol yang sejuk sungguhlah menyegarkan. Kami duduk di tempat salah. Bila perhati sekeliling, ada gerai cendol paling hujung yang ada menu goreng-goreng seperti mee goreng mamak. Alamak... tak apalah. Kita pesan makanan lain.

Pasembor

Okay la, rasa pasembor dia. Tapi kalau cucur dia tu digoreng lebih rangup, mesti lagi sedap. Hehe.. Alhamdulillah. Lepas perut kenyang, kami turun sebentar, jalan di tepi sungai, tengok suasana dan pemandangan selepas hujan.

Cantik kan, bukit dan sungai di belakang.

Apehe pakcik itu, bersembunyi di sebalik kepala orang. Satu hari juga kami berjalan-jalan. Petang baru sampai rumah.

Alhamdulillah. Seronok bila dapat menyongket. Jalan-jalan cara orang tua. Huhu..

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

No comments:

Post a Comment