Pasar Sabtu Chenderong Balai
Pada 30 Mei yang lepas, suami saya tak kerja. Biasanya kami akan pergi pasar sabtu Bota Kanan. Tapi pada hari itu, rasa macam nak tukar angin sikit. Jadi, kami pergi pasar minggu di lokasi lain, iaitu di Chenderong Balai.
Chenderong Balai adalah kawasan mukim yang terletak dalam daerah Perak Tengah. Saya tahu mengenai kawasan ini sebab bapa saya pernah tinggal di sini dulu, sebelum pindah ke Rawang.
Lagi satu, tujuan untuk jalan-jalan makan angin, meronda naik kereta.
Alih topik sekejap, masa Hari Raya AidilAdha, saya ada masak nasi lemak. Semasa goreng ikan bilis, saya terceduk ikan bilis ganas sikit, ada seekor ter-landing atas jari saya. Panas sikit, melecur. Saya lalukan kawasan pedih tu di bawah air paip mengalir.
![]() |
| Terkena ikan bilis panas |
Elok je kawasan itu bulat, mengembung. Dalam ada air. Lepas tu, bila kita buat kerja, tak perasan, pecah pula luka melecur tu. Ouch, pedih, kena air, kome. Huuu... letak aloe vera lega sikit.
Okay. Balik kepada cerita pergi pasar minggu Chenderong Balai.
Sama seperti kawasan jirannya, Seberang Perak, Chenderong Balai terkenal sebagai salah satu kawasan utama penanaman padi di daerah Perak Tengah.
Jika anda memandu melalui kawasan ini, anda akan disajikan dengan pemandangan sawah padi yang luas menghijau (atau menguning mengikut musim tuai).
![]() |
| Ini kawasan kelapa sawit. |
Pemandangan di atas semasa baru lepas kawasan Lekir. Lapang sebab pokok sawit lama ditebang. Nak tanam yang baru, rasanya.
![]() |
| Ha.. yang ini sawah padi di Seberang Perak. |
Cantik kan... pemandangan sawah padi. Tengok burung bangau berterbangan. Jalan raya sini pun kurang trafik. Aman damai saja rasa.
Chenderong Balai terletak berhampiran dengan Teluk Intan. Dari Lumut, jika ikut Lekir, akan melalui Kampung Gajah.
Kami sampai di kawasan pasar minggu lebih kurang pukul 8.30 pagi. Penuh kereta diparkir sebelah kiri kanan jalan.
Bila masuk kawasan pasar minggu, segan pula saya nak ambil gambar, sebab orang memang ramai.
![]() |
| Masa beli cendol |
Masa kami pergi ke makcik jual cendol ni, tak ada seorang pun pelanggan. Sekali bila kita pergi beli, eh, ramai pula orang singgah beli. Huhu..
Yang menariknya di sini, penjual yang jual pokok, ada jual pokok matahari besar! Bukan yang dwarf. Yang spesies besar. Suka saya tengok. Biji benih pelbagai jenis sayuran pun ada. Pada hari itu, saya tidak beli apa-apa biji benih atau pokok.
Kami beli makanan saja. Hahaha... Beli nasi lemak, keropok lekor, ramen, burger, karipap giant, dan nasi goreng kuali besar. Oh, saya terbeli sarung bantal juga. Tengok cantik, sarung bantal patchwork. Lepas tu, cheat day la kan, minum air manis. Beli cendol. Beli kopi ala ala kopi saigon.
Alhamdulillah. Best dapat jalan-jalan cari makan. Lain tempat, lain pasar minggunya. Di sini ada jual barangan lama macam pasar karat juga, seperti mesin-mesin, barangan elektrik, barangan logam, helmet, dan barangan preloved serta pakaian bundle pun banyak. Seronok dapat jamu mata.
Sekian. Jumpa lagi, ya.💗




Ok baru tahu pasar pagi dekat Chenderong Balai hari Sabtu..
BalasPadamHa ah, sama hari dengan yang dekat Bota Kanan, Linda.
PadamBestnya dapat pergi pasar pagi yang lain. Kalau best boleh pergi lagi.
BalasPadamBoleh la nak merasa lain tempat punya pasar minggu. Tapi nak pergi lagi, macam agak jauh juga. Hehe...
PadamKalau kat sini, ada juga pasar pagi weekend. Kalau rindu makan laksam atau nasi kerabu, Faa selalu pegi situ. Ada indian cuisine, thai dan jual vegies dan fruits juga.
BalasPadamTetiba rindu la pasar malam kat Malaysia.
Wah, ada jual laksam dan nasi kerabu juga ya, di sana. Penjual dari Malaysia juga, ya, Faa? Hehe.. nanti balik Malaysia, boleh pergi pasar malam, ye.
PadamBestnya area Nur pergi...SA suka pemandangan sawah padi...kalau dudk tepi sawah tu confirm tennag fikiran..sama jugak kalau lepak tepi pantai...
BalasPadamBetul tu, SA. Tenang je tengok sawah padi terbentang luas.
PadamDialog filem Libang Libu, dari Chenderong Balai ke Teluk Anson...
BalasPadamOh ye ke.. saya tak tahu, sebab tak tengok filem tu. 😊
PadamSy suka pergi pasar pagi. Dulu setiap Ahad pergi ke greenwood tu, tapi skrg dah tak menarik jualannya bagi Sy.
BalasPadamOh ye ke... boleh try cari tempat lain. Bila kita pergi pasar pagi banyak tempat, barulah boleh buat perbandingan, mana paling best, PH. Hehe..
PadamBest jalan2 pasar macam2 makanan ada jual.
BalasPadamBetul, Cie. Penuh tangan jinjing plastik.
PadamMacam-macam jualan ada ya? Meriahnya, duit pun ikut mengalir macam air sungai.. hihi
BalasPadamHehe.. ada ngeye. Tapi kalau banding shopping di mall, sini lebih murah ler.
Padamooo jauh sket ye merayap ke pasar..
BalasPadamHa ah, hari suami tak korje, boleh nyongket jauh sikit.
PadamLovely views! Beautiful photos!
BalasPadamThank you, Linda. 😊
PadamRajin Nur dan suami pergi pelbagai pasar pagi. Partner in crime. Haha banyak beli makanan.
BalasPadamHehe.. hobi jalan² cari makan, NA. 😁
PadamAkak suka pergi pasar pagi macam ni. Seronok dapat jamu mata dan perut sebab kadang jumpa makanan atau kuih yang kadang tak ada di tempat lain. Seronoknya kalau boleh meronda di pelbagai pasar pagi.
BalasPadamBetul tu, kak. Memang syok pergi pasar minggu ni.
PadamKSarie suka pasar pagi macam ni tapi itu la jarang dapat pergi. Suka tengok semua jualan terutamanya jualan makanan yang kadang-kadang kita jumpa di pasar itu je. Jualan anak-anak pokok pun KSarie suka walaupun kalau dibeli memang mati terblengkang aje kerojenya. Molek view sawah padinya
BalasPadamHehe.. betul cakap KSarie. Kalau suka, beli je, KSarie. Hidup mati pokok tu, belakang kira. 😊
Padampasar pagi ni selalunya best2. pasar pagi kat area penaga rumah kakak saya pun, ada jual barang preloved lah, baju2. sambil cari makan kita menyelam tengok bundle haha
BalasPadamBetul tu, Mazni. Jalan-jalan cuci mata. 😊
Padamduuuuh terbayang pedihnya yg kena bilis panas itu kak... sampai kembung yaaa.
BalasPadambaru dengar nama tempat chenderong balai... cantiiiik, sukaaa liat hamparan sawah masih hijau :D. kalau jalan ke pasar nih, memang paling seronok kalau bisa lihat2 barang jualan apapun... tak harus makanan... kadang tak niat beli, jadi terbeli :D
Iya, melecur. Tapi sudah lama sembuh, sapu aloe vera. 😊
PadamHaha.. betul, betul. Sebab kadang kita terjumpa benda yang tiada di tempat kita. Jadi, haruslah membeli.