Cerita pada 25 Jun 2026 yang lepas. Pergi jalan pagi di padang. Cuaca baik. Agak panas juga. Orang pun ramai.
![]() |
| Langit pagi |
Masih tak dapat jalan setiap hari. Ada hari, saya rasa nak duduk rumah saja, berkebun dan siram pokok. Malas nak bawa kereta pagi-pagi, nak kena bersesak dengan orang yang nak hantar anak sekolah. Kalau suami tak kerja, barulah pergi berjalan pagi, sebab dia yang drive. 😁
![]() |
| Bangau putih di tengah padang |
Berjalan pagi selama 57 minit.
Dapat jarak 4.56 kilometer. Okay ler tu.
Lepas tu, rasa macam sudah lama tak makan di makcik cucur bawah pokok, atau nama sebenar tempatnya adalah Kantin JPS Sitiawan. Oleh itu, kami pun singgah sarapan. Dekat dengan padang saja.
![]() |
| Cucur yang rangup dan sedap! |
Cucur biasa je, bukan cucur udang pun. Tapi cukup rasa dan sungguh menyelerakan. Suami pesan cucur, RM4.
![]() |
| Close-up sikit cucur. |
![]() |
| Sup untuk nasi lemak dan kuah kacang |
Suami makan nasi lemak lauk telur mata. Kongsi juga makan cucur sebab banyak.
![]() |
| Nasi lemak telur mata |
Telur rebus separuh turut diberi. Kami dua-dua minum air suam. Harga sarapan kami pada hari itu adalah RM8. Murah tak? Alhamdulillah. 😋 Nasi lemak sedap, cucur pun sedap.
Lepas makan, kami jalan santai-santai sekejap.
![]() |
| Jalan lepas makan |
Sambil-sambil bungkus capati kuah sardin dekat pasar Sitiawan. Lokasi dekat saja. Masa ini, anak kedua, Hafizan, masih cuti lepas habis semester pendek. Sekarang dia sudah pulang ke sarang.
Alhamdulillah. Saya masih memikir-mikir aktiviti bila sudah tinggal berdua saja dengan suami di rumah ini. Kalau saya keluar berjalan setiap hari, takut pokok pula terabai. Sebenarnya, di rumah saja sudah banyak kerja boleh buat. Masa berkebun waktu pagi memang tidak cukup dan rasa cepat berlalu sebab kita sedang sibuk. Kalau tidak membaja, menebas. Hari ini menebas kawasan kanan, esok lusa menebas kawasan belah kiri rumah pula. Kadang tidak sempat menebas, baru top-up tanah pada pokok dan cabut rumput dalam pasu, sudah pukul 9 pagi. Pukul 9 pagi, bahang panas memang sudah terasa.
Ada juga terfikir untuk berjalan waktu pagi, dan berkebun waktu petang lepas Asar. Tapi, cuaca yang panas buat saya rasa malas sungguh nak keluar rumah waktu petang. Entahlah. Tengoklah dulu macamana mood itu.
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗







No comments:
Post a Comment