Saturday, June 13, 2026

Gambar makanan je

 Sudah jadi entri mingguan pula ni, cerita bab makan saja. Orang lain mungkin tunjuk rangkuman menu dimasak di rumah untuk seminggu. Tapi saya, tunjuk menu makan di luar. Huhu... minggu ini saya sibuk sikit, kome. Banyak urusan kena selesaikan. Ater, jomlah kita tengok...

Nasi putih lauk ayam kungpao
9 Jun 2026. 

Nasi putih berlaukkan ayam kung pao ini, saya makan di medan selera di Mydin Mall Meru Raya. Antara hari paling sibuk minggu ini. Saya sampai IF 20 jam. Bila ada urusan ke sana ke sini, adalah masa tepat bagi saya untuk IF lama sikit. Sebab tak rasa lapar kerana utamakan urusan belum selesai. Saya buat OMAD (One Meal A Day). 

Ayam kung pao adalah hidangan cina klasik yang berasal dari wilayah Sichuan. Ia merupakan sajian potongan isi ayam yang dimasak bersama sos seimbang (kombinasi rasa pedas, manis dan masin), serta dicampur dengan kacang, cili kering, dan sayuran seperti bawang atau lada benggala.

Sedap, bagi saya. Ye la, tak makan satu hari, memanglah sedap. 😁😋

Nasi ayam hainan
10 Jun 2026.

Nasi ayam hainan, bungkus bawa balik rumah. Pada hari itu, tak habis lagi urusan di luar. Bila selesai urusan, sudah lewat pula nak masak di rumah. Itu yang bungkus saja nasi ayam. Saya suka nasi ayam. Tak kisahlah ayamnya jenis roasted ke, hainan ke (ayam direbus atau dikukus). Beli di taman perumahan saya saja, kedai tepi jalan. Ingat nak beli nasi itik, tapi habis. Tinggal nasi ayam hainan je, boleh lah. 

Telur dadar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan daging masak merah di Restoran Dunia Sup Kambing, Manjung.
10 Jun 2026

Memang tak masak lah pada hari tersebut. Untuk makan malam pula, saya dan suami ke Restoran Dunia Sup Kambing. Sebenarnya, suami pergi hantar kereta untuk dicuci di kedai sebelah restoran ini. Sambil tunggu kereta dibasuh, kami makan malam lah terus, sambil bungkus makanan untuk Sulaiman di rumah. Walaupun kedai ini specialty dia sup kambing, tapi kami tak pesan sup kambing. Pesan makanan ala Thai. Nasi putih dengan lauk telur dadar, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan daging masak merah. Tertinggal satu lauk, lambat sikit sampai.

Tomyam campur di Restoran Dunia Sup Kambing, Manjung.
Tomyam campur.

Sedap belaka, lauk-pauk. Tomyam pun cukup rasa. 😋

Nasi dagang di Restoran Nasi Ulam Lumut
12 Jun 2026. Pinggan suami.

Ada hari memang tak rasa langsung nak IF. Sudah lama tak makan sarapan. Jadi, pada hari itu, ajak suami ke Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai. Suami makan nasi dagang, seperti gambar di atas. 

Nasi berlauk ayam bakar
Pinggan saya, nasi berlauk.

Saya pula makan nasi berlauk ayam bakar, dengan sayur acar dan sambal belacan. Alhamdulillah, sedap.

Buah naga dipotong
12 Jun 2026.

Kempunan tak dapat merasa buah naga tanam sendiri, masa jalan-jalan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung, jumpa kedai buah jual buah dipotong. Saya belilah sebungkus buah naga, harga RM5, seperti di atas. Hehe... 

Hari ini hari Sabtu, anak-anak ajak tengok wayang pula. Alahai... bila entah nak duduk rumah, blogwalking ke blog kawan-kawan ni. Nanti ya, Insya-Allah. 

Selamat hujung minggu, kawan-kawan.

Jumpa lagi, ya. 💗

1 comment: