Friday, June 5, 2026

Pasar Sabtu Chenderong Balai

 Pada 30 Mei yang lepas, suami saya tak kerja. Biasanya kami akan pergi pasar sabtu Bota Kanan. Tapi pada hari itu, rasa macam nak tukar angin sikit. Jadi, kami pergi pasar minggu di lokasi lain, iaitu di Chenderong Balai. 

Chenderong Balai adalah kawasan mukim yang terletak dalam daerah Perak Tengah. Saya tahu mengenai kawasan ini sebab bapa saya pernah tinggal di sini dulu, sebelum pindah ke Rawang. 

Lagi satu, tujuan untuk jalan-jalan makan angin, meronda naik kereta. 

Alih topik sekejap, masa Hari Raya AidilAdha, saya ada masak nasi lemak. Semasa goreng ikan bilis, saya terceduk ikan bilis ganas sikit, ada seekor ter-landing atas jari saya. Panas sikit, melecur. Saya lalukan kawasan pedih tu di bawah air paip mengalir.

Terkena ikan bilis panas

Elok je kawasan itu bulat, mengembung. Dalam ada air. Lepas tu, bila kita buat kerja, tak perasan, pecah pula luka melecur tu. Ouch, pedih, kena air, kome. Huuu... letak aloe vera lega sikit.

Okay. Balik kepada cerita pergi pasar minggu Chenderong Balai.

Sama seperti kawasan jirannya, Seberang Perak, Chenderong Balai terkenal sebagai salah satu kawasan utama penanaman padi di daerah Perak Tengah.

Jika anda memandu melalui kawasan ini, anda akan disajikan dengan pemandangan sawah padi yang luas menghijau (atau menguning mengikut musim tuai).

Kawasan ladang kelapa sawit ditebang di kawasan selepas Lekir
Ini kawasan kelapa sawit.

Pemandangan di atas  semasa baru lepas kawasan Lekir. Lapang sebab pokok sawit lama ditebang. Nak tanam yang baru, rasanya.

Sawah padi menghijau di Seberang Perak
Ha.. yang ini sawah padi di Seberang Perak.

Cantik kan... pemandangan sawah padi. Tengok burung bangau berterbangan. Jalan raya sini pun kurang trafik. Aman damai saja rasa. 

Chenderong Balai terletak berhampiran dengan Teluk Intan. Dari Lumut, jika ikut Lekir, akan melalui Kampung Gajah.

Kami sampai di kawasan pasar minggu lebih kurang pukul 8.30 pagi. Penuh kereta diparkir sebelah kiri kanan jalan.

Bila masuk kawasan pasar minggu, segan pula saya nak ambil gambar, sebab orang memang ramai.

Cendol di pasar minggu Chenderong Balai
Masa beli cendol

Masa kami pergi ke makcik jual cendol ni, tak ada seorang pun pelanggan. Sekali bila kita pergi beli, eh, ramai pula orang singgah beli. Huhu..

Yang menariknya di sini, penjual yang jual pokok, ada jual pokok matahari besar! Bukan yang dwarf. Yang spesies besar. Suka saya tengok. Biji benih pelbagai jenis sayuran pun ada. Pada hari itu, saya tidak beli apa-apa biji benih atau pokok.

Kami beli makanan saja. Hahaha... Beli nasi lemak, keropok lekor, ramen, burger, karipap giant, dan nasi goreng kuali besar. Oh, saya terbeli sarung bantal juga. Tengok cantik, sarung bantal patchwork. Lepas tu, cheat day la kan, minum air manis. Beli cendol. Beli kopi ala ala kopi saigon. 

Alhamdulillah. Best dapat jalan-jalan cari makan. Lain tempat, lain pasar minggunya. Di sini ada jual barangan lama macam pasar karat juga, seperti mesin-mesin, barangan elektrik, barangan logam, helmet, dan barangan preloved serta pakaian bundle pun banyak. Seronok dapat jamu mata.

Sekian. Jumpa lagi, ya.💗

No comments:

Post a Comment