Tiba-tiba tersibuk pula dengan macam-macam hal duniawi. 🙈 Minggu lepas secara keseluruhannya, dapur saya masih kurang berasap kerana banyak urusan di luar. Juga, simbol 'M' yang sangat besar juga telah muncul dan tidak berganjak beberapa hari. Marilah kita jamu mata tengok gambar-gambar makanan yang saya teringat untuk ambil, sebelum aktiviti melantak dengan jayanya. Bagai tidak ingat dunia. Diet mode juga hilang dan tenggelam di bawa ombak laut entah ke mana.
 |
| Gambar pada 14 Jun 2026 |
Ini adalah hidangan sarapan saya pada hari tersebut, iaitu nasi berlauk ayam bakar di pasar minggu Kuala Kangsar. Lepas beli barang-barang keperluan di pasar minggu, singgah kedai Nasi Kerabu Tumis Khaiwani, isi perut yang sudah berkeroncong.
Lepas makan, saya pergi jalan-jalan tengok tudung pula, sementara suami tinggal melepak di kedai itu. Seronok tengok tudung macam-macam jenis ada. Lebih suka beli tudung offline di kedai biasa, jadi kita boleh tengok material tudung tu jarang ke, apa.
Okay, gambar seterusnya...
 |
| Pada 15 Jun 2026 |
Makan malam di sini pada hari tersebut. Nama kedai D'Royale Koey Teow Kerang, Seri Manjung, Perak. Pada pendapat saya setakat ini, kuetiau di sini paling menepati citarasa saya. Saya suka sebab cepat siap dan kuetiaunya ada rasa hangit.
Ada juga cendol dan ABC.
 |
| Cuba cendol. |
Pesan satu saja, kongsi berdua dengan suami. Okay rasa cendol dia. Boleh la.
 |
| Ini kuetiau goreng kerang. |
Saya suka lagi kuetiau goreng dari charkuetiau yang basah itu. Selain menu kuetiau goreng dan charkuetiau, kedai ini ada juga menu mi kari, laksa, menu sup, nasi goreng, fries, meatball, nuggets dan macam-macam lagi.
Tempat duduk di dalam ada. Tapi pada hari itu, kami duduk luar saja, sebab ambil angin petang, cuaca pun macam mendung.
Baik. Beralih kepada gambar makanan seterusnya...
 |
| Sarapan 16 Jun 2026 |
Ini sarapan saya pada hari tersebut. Selalu IF, tapi pada hari itu, malas nak IF. Sarapan awal pagi, you.. Saya dan suami ke Restoran Biriyani Kampung Acheh (restoran mamak). Restoran Biriyani ini ada banyak cawangan di Manjung. Yang kami pergi ini, dekat kawasan perindustrian berhampiran Pelabuhan Lumut. Situ kurang orang sikit, banding cawangan lain, selalu penuh je, parking pun susah.
Sarapan di atas, saya ambil bihun goreng yang sudah siap dimasak. Ada pilihan sarapan sudah siap dimasak dan disusun atas meja, ala buffet, boleh ambil sendiri. Kegemaran saya, bihun goreng, dan ambil lauk ayam goreng pedas beberapa ketul. Eh lupa, saya ambil bihun goreng separuh, kuetiau goreng separuh. 😋 Sedap.
Kena sampuk hantu saya hari itu. Saya pesan minuman manis, okay.
 |
| Suami pesan teh tarik halia dan saya nescafe tarik. |
Nikmat sungguh la, pekena nescafe tarik ni. Sudah bertahun-tahun tak minum la. Syorga, syorga! 😍😋
Dulu masa zaman badan saya besar, memang tiap-tiap hari saya minum nescafe tarik. Sekarang, bila hari teringin tahap gaban macam hari itu, barulah saya pesan.
 |
| Makan tengahari 16 Jun 2026 |
Ini makan di rumah. Panaskan lauk yang ada dalam peti ais. Potong timun. Celur bendi kutip di kebun miniku. Ada telur rebus juga. Letak sambal juga. Sayur salad pun ada. Dalam kari ayam, ada kentang dan kaki ayam. Alhamdulillah.
Makan di luar memang sedap. Tapi makan di rumah lebih sedap, sebab masak sendiri dan boleh kawal portion karbo dan lebihkan sayur. Cuma itulah, sindrom malas memasak sedang melanda.
Harap minggu ini, rajin itu kembali semula.
Kome hari ini makan apa? Harap hari anda pada hari ini ceria dan segala urusan anda semua dipermudahkan.
Jumpa lagi, ya. 💗
Sedap tgk kuehteow kerang tu
ReplyDelete