Harijadi Sulaiman
Pada hari Ahad, 23 Ogos 2026 yang lepas, harijadi anak bongsu, Sulaiman. Saya, suami dan anak sulung, Amirul, bertolak ke Ipoh, dari Manjung. Anak-anak di PUO (Politeknik Ungku Omar, Ipoh) tak balik pada minggu tersebut. Jadi, kita datanglah tengok birthday boy, bawa pergi makan-makan. 😊
Asrama Hafizan di luar, iaitu seberang jalan saja. Asrama Sulaiman pula di dalam. Dua-dua ambil di pintu masuk dekat pok guard. Hafizan semester 5, manakala Sulaiman semester 1.
Kami terus ke Aeon Mall Kinta City. Situ je, mall paling dekat. One stop centre, nak beli barang keperluan pun semua ada di situ.
![]() |
| Senyum, Sulaiman, dapat makan kek. 😋 |
Anak mama paling kecil ini sudah 18 tahun. Semoga Sulaiman hidup dengan gembira di kampus, sihat-sihat selalu, rajin belajar dan solat. 🤲
![]() |
| Mama belikan kek chocolate indulgence |
Kami satu keluarga makan di medan selera. Beli kek satu slice saja, kongsi makan lima beranak. Sungguh rich ya, rasa kek ini. Nikmat makan! Alhamdulillah.
Lepas tu, kami ada pusing-pusing jalan-jalan Popular, Mr. Diy, dan Hafizan cadangkan kami pergi karaoke. Di mall ini, selain ada panggung wayang, ada tempat main roller skate, dan pusat karaoke juga.
Ikutkan je la. Bagi birthday boy happy.
![]() |
| Sesi menghabiskan suara |
Ambil set 3 jam, okay. Kalau dua jam, kira per hour. Kalau tiga jam, termasuk set makan dan minum, jadi lebih murah. Haaa.... bolehlah, release tension belajar seketika. Makanan ringan, kentang goreng, dan dua jag pilihan minuman. Habis macam-macam genre lagu keluar, lagu rock kapak, lagu korea, lagu rap, hahaha...
![]() |
| Cari lagu, pilih lagu |
Mama tak ikut karaoke sampai 3 jam pun, biarlah budak-budak dan bapa budak saja. Masuk waktu, keluar pergi surau sekejap, jamak solat dan terus pusing-pusing tengok barang, window shopping. Cukupkan langkah dalam mall saja.
Sebelum balik, kami ronda-ronda bandar Ipoh naik kereta, bungkus makanan untuk anak-anak dan hantar mereka semula ke asrama masing-masing.
Alhamdulillah. Dapat habiskan masa bersama. 🥰
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗




Alhamdulillah, Selamat hari jadi untuk Sulaiman. Bestnya sekeluarga dapat habiskan masa bersama meraikan hari jadi Sulaiman. Tentu Sulaiman tersenyum sepanjang malam sebelum tidur malam tu.
BalasPadamHappy Belated bday....Dulu anak sedara sy pernah study sini.Skrg dh keje dah. Plus salah seorang anak sedara sy namanya Sulaiman jugak...=)
BalasPadam