Nasi goreng
Kalau saya asyik kongsikan menu masak saja di blog, kome bosan tak? Huhu.. itu je yang saya banyak buat. Aktiviti lain tarak, masak, makan, masak, makan. 😁 Oh, ada aktiviti lain, briskwalk.
Entri kali ini, saya nak kongsikan menu saya masak pada hari Selasa, 11 Ogos 2026 yang lepas. Jom tengok.
![]() |
| Nasi goreng daging. |
Letak carrot juga dalam nasi goreng. 😋
Saya tulis entri ni guna telefon, sedang dalam kereta. Kalau ada gambar yang terkeluar dari landasan, minta maaf ya. Saya tak ingat gambar yang saya sudah upload dalam draf entri ini berapa pixel besarnya. Tapi bila dah tua-tua ni, suka tengok gambar besar, boleh nampak dengan jelas. Memudahkan pembaca blog juga, tak perlu klik untuk zoom-in, sebab sudah display besar dan jelas.
![]() |
| Pinggan saya |
Ambil nasi goreng, potong timun sebagai ulam, juga saya panaskan sup telur yang saya masak hari sebelumnya. 😋
Disebabkan nasi goreng saya masak seperiuk, jadi boleh tahan sampai ke petang, merangkap makan malam sekali.
Alhamdulillah.
Hari ni, kome makan apa? Saya tak pasti lagi hari ni nak masak apa. Nampak gaya macam makan di luar, sebab ada urusan sikit.
Baiklah. Apa saja urusan anda semua, semoga dipermudahkan, ya.
Jumpa lagi. 💗


Saya bkfs lempeng ngan sambal sardin .. rasa nya sampai ke lunch kot sardin tu..haha nasi pun dah masak sesiap..
BalasPadamSedapnya nasi goreng daging.
BalasPadam