Teringin ikan jaket sumbat
Cerita pada hari Rabu, 12 Ogos 2026 yang lepas.
Pagi-pagi sudah berlarian di padang.
![]() |
| Briskwalk selama 55 minit, dengan jarak 4.51 kilometer. |
Selepas itu, saya ke pasar. Beli ikan dan daging.
Balik dari pasar, singgah rumah, simpan bahan mentah yang dibeli dalam peti ais, ambil budak Amirul, dan kami pergi sarapan di Restoran Nasi Ulam Lumut.
Selepas sarapan, pergi kedai aksesori kereta sekejap, radio kereta Viva tak betul, sekejap nyala, sekejap gelap saja. Nasib baik ada waranti lagi, jadi, ganti baru.
Balik rumah, saya masuk dapur, masak. Saya terpengaruh dengan cerita KSarie makan Ikan Jaket Terangkat di PJ. Jadi, masa di pasar tadi, saya beli beberapa ekor ikan cencaru. Nak masak cencaru sumbat. Yehh... sambil buat kerja di dapur, macam nak melejeh pula air liur saya ni. Padahal belum masak lagi. Cer tengok, cer tengok...
![]() |
| Sudah sumbat ikan jaket dengan sambal |
Allahuakbar.. tak sabor la, nak makan! Saya ikut resepi Khairul Aming (KA). Nak ke, resepinya? Saya kongsikan di sini, ya. Seperti biasa, dari video resepi itu, saya catat isi penting dalam buku resepi saya terlebih dahulu. Barulah senang rujuk semasa memasak.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat KA.
1. Kelar ikan cencaru. Kelar dari belakang sampai kepala.
Bahan kisar:
🐟 1 biji bawang merah
🐟 Halia besar ibu jari
🐟 5 ulas bawang putih
🐟 1 sudu pes asam jawa
🐟 Belacan sikit
🐟 4 sudu cili boh
🐟 3 biji cili padi merah
🐟 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 sudu kecil ajinomoto
2. Letak bahan kisar dalam mangkuk.
3. Tambah 2 biji bawang merah yang dicincang (pakai chopper pun boleh) ke dalam mangkuk.
4. Campur dan gaul.
5. Tabur garam dalam ikan yang dicuci.
6. Masukkan inti sambal, kasi penuh!
7. Goreng ikan dalam minyak panas.
![]() |
| Ada baki sambal lagi. |
Boleh guna untuk masak menu lain esok lusa. Jangan membazir, simpan dalam peti ais dulu.
![]() |
| Siap goreng ikan jaket. |
Hitam-hitam dia punya serdak tu. Sambal memang akan terkeluar-terkeluar masa kita goreng ikan. Ceduk keluar guna sudip berjaring. Nanti nak makan, gaul dengan nasi. 😋
![]() |
| Ikan cencaru sumbat, ambil gambar dari sudut menegak pula. |
Lawa tengok ikan ni. Sendiri buat, sendiri puji.
![]() |
| Ulam daun selom |
Kita buat budu. Budu adalah sejenis probiotik. Bukan saja sedap, malah bagus kalau makan setiap hari. 😁👍
![]() |
| Budu campur bawang dihiris, perah limau kasturi, timun potong dan cili padi. |
Jemput makan, naaa.... Sedapnya! Tambah nasi. Hahaha... gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati.
Nikmat sungguh masak dan makan di rumah ini. Syukur Alhamdulillah.
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗







Sedapnya cencaru sumbat. Ikan cencaru pun lama tak makan. Terliur tengok ikan cencaru sumbat Kak Nur masak. Rasa nak tumpang makan sepinggan. Ada geng makan lagi berselera kan. Hihihi.
BalasPadamsedap tu ...lama tk makan ikan cencaru sumbat..slalu MIL la buat bab sambal utk sumbat tu..kita tlg goreng je
BalasPadamSedapnya menu akak. Nanti nak buat la.
BalasPadamSedap cencaru sumbat ni, makan dgn ulam dan nasi panas² memang MIL lalu tak nampak 😅
BalasPadam