Assalamualaikum semua...
Cerita raya saya sambung lagi, dengan catatan peristiwa berlaku pada 2 April 2025, bersamaan 3 Syawal.
Hujan membasahi muka bumi Kota Bharu, sejak tengah malam ke, awal pagi ke, tak pasti pula, sebab tidur lena tak sedar apa. Bila bangun pukul 5 pagi, bunyi hujan di luar. On and off, sekejap lebat, sekejap renyai, sekejap berhenti.
Pasar Siti Khadijah
Saya dan suami jalan kaki ke Pasar Siti Khadijah, nak beli barang sikit, dan cari sarapan.
Tak banyak kedai yang buka, sebab mungkin peniaga masih beraya. Lagi pun, kami sampai awal pagi, dalam pukul 7 lebih kurang. Yang tempat orang jual kuih-muih di tingkat bawah, ramai orang. Kami naik atas sekali, tempat orang makan. Pusing-pusing, jumpa kedai yang lauknya sudah siap agak banyak.
 |
Saya makan nasi lauk daging kerutuk. |
 |
Ambil roti goreng. Macam cakoi pun ada. |
 |
Lepas suami selesai makan nasi, dia pesan telur setengah masak pula. |
Makan nasi bersama lauk panas-panas semasa cuaca sejuk, hujan masih turun di luar, memang nikmat! Sambil makan, peniaga letak dan susun satu persatu lauk baru siap dimasak di depan kami. Telan air liur masa dia letak udang besar goreng kunyit. Saya tengok suami, suami tengok saya. Suami tanya, "Nak ke?"
"Hehe... takpe la. Nasi dah habis."
"Ratah je la lauk."
"Takpe la"
Kalau tahu akan terbayang-bayang udang besar dalam kepala semasa dalam perjalanan balik, mesti saya dah ambil seketul dua, buat hilang teringin. Takpe, takpe, lain kali.
Lepas makan, pusing-pusing cuci mata dalam pasar. Ada beli lempuk, buah tangan nanti nak beraya dengan keluarga saya pula di Rawang nanti. Beli pelbagai jenis kacang, beli kuali kecil yang comel cap buaya dan beli beg anyaman.
Lepas tu, kami jalan balik ke hotel dalam hujan.
 |
Nak juga ambil gambar tengah-tengah hujan di Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail. |
 |
Minta tolong ChatGPT jadikan saya dalam bentuk barbie. 😆 |
Balik bilik hotel, kemas barang apa semua. Check out pukul 10 pagi. Hujan lebat. Basah.
Singgah stesen minyak Petronas, isi minyak. Saya sempat ke tandas.
Hujan tak berhenti sepanjang perjalanan. Selepas 3 jam bertolak, baru sampai ke Jeli. Ambil masa lebih lama dari biasa. Huu...
Beraya di Jeli
Kami berhenti beraya rumah sepupu suami, Kak Ma. Lepas tumpang solat jamak, Kak Ma ajak makan nasi lauk telor dadar, ikan bekok, dan sambal lada. Selera makan time hujan, suami tambah nasi. Sembang lama juga, Kak Ma pula panggil sedara duduk situ, datang bertandang sekali. Sembang-sembang, keluar cerita macam-macam termasuklah pasal kejadian letupan gas tu la, keluar cerita gajah la, yang hari tu jalan sesak 25km sebab gajah duduk tengah jalan.
Saya cakap, "Jangan sebut perkataan tu. Nanti dia keluar."
"Ok la, elephant, "sepupu cakap.
Bertolak dari rumah sepupu sudah pukul 3.30 petang. Dia ajak tidur rumah, tapi tak boleh la. Lain kali, ye.
 |
Trafik lancar mula-mula. Sejuk. Baru lepas hujan. |
Singgah R&R Titiwangsa atas bukit tu, suami nak guna tandas. Saya tak turun. Hujan, malas, lagi pun tak rasa macam nak buang air.
Sebab handbag basah, saya transfer barang-barang dalam handbag ke beg anyaman baru beli di Pasar Siti Khadijah tadi.
 |
Saya suka! 😍 |
Lepas tu, kami teruskan perjalanan.
 |
Papan tanda amaran. |
Penampakan 'orang besar' scene 1
Besar, ok! Bapak gajah, berdiri tepi jalanraya timur barat. Badan dia dipenuhi lumpur. Saya tengok udah rupa macam buffalo dah ni. Baik dia, duduk sorang-sorang tepi jalan. Tak kacau trafik. Alhamdulillah. Saya dah cakap dah tadi kan, jangan sebut perkataan gajah. Kan, dia dah keluar.
Sesak 3 jam
Lepas tu, bermulanya kesesakan.
 |
Bumper to bumper |
Jalan sikit, stop. Jalan sikit, stop. Sebenarnya, masa perjalanan balik 1 Syawal hari tu, ada kawasan di Pulau Banding tu, hanya boleh dilalui satu lorong pada satu masa. Ada pasukan RELA jaga. Masa tu, takpe la, tak ramai orang. Sekejap dia buka laluan sini. Selang beberapa lama, dia hentikan laluan kiri, dia bagi laluan kanan pula lalu.
Syawal ketiga, sudah ramai orang on the road. Saya risau sebab kita perlu keluar dari kawasan hutan tu, sebelum malam, ok. Tapi saya risau dalam hati je, tak bagitahu kat suami.
Penampakan 'orang besar' scene 2
Kalau ada video, saya dah share dah. Silap saya juga, sebab saya tak check camera kereta terus, masa sampai rumah. Sampai Manjung pun dah pukul 12 malam, manalah nak ingat. Ingat tidur, je. Selalunya, camera kereta boleh simpan video sampai 2-3 hari. Tapi sebab perjalanan kami sampai 12 jam hari tu, balik Manjung, banyak video, saiz besar, SD card 32 GB je. Saya pula check video lusanya. Memang tiada kenangan, video nak tunjuk.
Yang saya boleh, cuba describe-kan peristiwa sehampir yang boleh dengan peristiwa sebenar. Rekod, ok! Paling hampir kami dengan gajah! Macam ni, ceritanya.
Sudah lepas Pulau Banding, trafik sudah ok. Tiada lagi berhenti-berhenti. Mula-mula, dari jauh, saya sudah nampak ada anak gajah comel, cheeky, sebab dia goyang-goyang kepala dia, ke kiri ke kanan, macam gajah circus pula. Comel-comel dia pun, lagi besar dari kereta kita. Saya nak ambil handphone rekod anak gajah tu, tapi tangan saya tak mampu. Mata saya suruh fokus tengok gajah, sebab benda bahaya, kita kena fokus kat gajah. Tak boleh jadi youtuber betul, saya ni.
Happy happy anak gajah tu goyang-goyang kepala. Kereta kami lalu depan anak gajah tu. Ada parit kecil dan macam divider jalan di tepi jalanraya. Sekejap je, masa kereta kami meluru laju ke hadapan, serentak tu, eh, boleh pulak anak gajah tu lompat parit kecik tu, sipi-sipi belalai dia nak kena kereta kami. Saya cuma mampu istighfar, Allahuakbar je.... manakala suami saya tekan minyak lagi laju pergi. Masa tu, kereta tengah macam naik bukit la.
Alhamdulillah la, lepas. Anak gajah tak kejar kami. Kereta belakang kami pun speed juga, ikut kami, tapi dia swerved ke tepi, nak elak anak gajah. Kereta ketiga di belakang, berhenti, bagi anak gajah jalan dulu.
Saya dok cerita pasal anak gajah. Sebenarnya suami saya cerita, "Tu, sebelah kanan jalanraya tu, tak nampak ke, ada mak gajah tengah tunggu dengan anak 2-3 ekor lagi kecik."
Laaaaa.... serius la, saya tak nampak wei, family gajah. Saya cuma nampak anak gajah cheeky yang dekat ni je.
Gitula ceritanya. Close encounter, ever! Sepanjang kami dok balik kelantan selama 24 tahun ni, inilah insiden paling dekat kami dengan gajah, ok. Huhuhu...
Saya tanya suami, kenapa tak berhenti, bagi 'orang besor' jalan dulu?
Dia kata, mana boleh berhenti, kena lari la, kalau berhenti, mesti kena langgor.
Adoi... kus semangat. Istighfar banyak-banyak dalam hati. Syukur Alhamdulillah, kami selamat.
Ni sebab jalan jammed la ni. Huhu... lewat petang atau malam, jangan lalu la situ. Pagi-pagi takpe.
Actually, sejak awal kesesakan saya dok tahan sakit perut macam nak membuang. Guna kekuatan otak untuk menahan sebab lepas R&R Titiwangsa tu, mana ada tandas dah.
Singgah Masjid Gerik
Sampai masjid, terus ke tandas. Lega. Teruskan perjalanan. Masa tu, belum masuk maghrib. Kami decided untuk jamak takhir saja, sebab perjalanan kami masih jauh.
Singgah Kuala Kangsar
Saya boleh lagi lelap-lelap mata. Tapi suami cakap, dia dah mengantuk. Dah malam. Sebenarnya, baru masuk daerah Kuala Kangsar. Berhenti, rehat, cari kedai tomyam. Jumpa satu kedai. Dia kata, boleh tunggu 1 jam tak? Alamak, kami pass, cari kedai lain.
Jumpa Richiamo di stesen minyak Petron Lubuk Merbau, Kampung Pasir, Kuala Langsar. Saya walaupun sudah membuang, masih sakit perut. Dekat sini, 2 kali saya membuang. Suami pun. Makan pil chi kit teck aun. Masih sakit perut. Mencucuk. Lepas pekena kopi panas dan makan sikit lapik perut, baru rasa lega sikit, perut.
Masuk highway
Sebab hari sudah malam, suami decided untuk tidak ikut jalan kampung. Tak boleh ikut jalan Kati atau Manong malam-malam, tau. Orang kampung dah pesan. Kalau berani, sila lah. Tapi nanti bila kereta tiba-tiba jadi berat, pandai-pandai la. Ni saya sampaikan kat kome yang baca ni pula. Untuk info kome kalau sampai sini.
Kami masuk highway Plus di Kuala Kangsar. Exit di Taiping, sambung highway WCE pula. Lega, sebab kat highway ada juga lampu, banding jalan kampung.
Singgah solat jamak pukul 10 malam di R&R baru dekat Terong tu. Alhamdulillah, ramai orang. Bagus surau dia, luas dan terbuka bahagian atas. Angin masuk. Tapi sebab lokasi tepi hutan, serangga yang suka lampu pun masuk juga.
Sampai rumah pukul 12 malam. Alhamdulillah. Tolak 2 jam beraya rumah sepupu Jeli, ambil masa 12 jam perjalanan balik kami dari Kota Bharu ke Manjung.
Macamana la haiwan yang besar dan gemuk tu, boleh bergerak dengan sangat laju. Sekejap dia duduk agak jauh sebelah parit, sesaat kemudian boleh lompat parit dan berdiri tepi jalanraya. Lepas tu saya teringat pernah baca, yang badak air tu pun boleh lari lebih laju dari manusia. Ini, gajah, sama la kot, lebih kurang. Kalau dia kejar kereta la, rasa, boleh sangkut juga kami. Allahuakbar, nasib baik Allah tolong.
Jadi, ada 2 tempat tau, di jalan raya timur barat, gajah tu boleh keluar. Sebelum dan selepas Tasik Banding. Mesti rumah dia dah kena ceroboh, kalau tak, tak kan la sekarang ni, selalu berlaku, kejadian macam ni. Dulu, tak ada pun. Sekadar penampakan sikit-sikit tu, adalah. Ni, dia satu family lintas jalan, dah banyak kali berlaku, orang upload video di media sosial.
Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah.
Sekian cerita raya di Kelantan, dari 1 hingga 3 Syawal.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗