Jumaat, 19 Syawal 1446 H.
Semalam sudah selamat puasa qada serta sunat syawal, hari keempat. Alhamdulillah. Suami ada 2 hari lagi. Saya ada 3 hari lagi, kena puasa.
Lepas berbuka puasa dan maghrib, kami keluor mengopi. Itu la korje-nya. Ke mana kita? Ke 989 Kopi, Lumut.
![]() |
Latte iced, tanpa gula untuk suami. Saya, americano tak dak gula. |
Sebelum pesan kopi, saya tanya pada suami, nak dessert ke? Dia kata, nak pijja! Ish ish ish...
![]() |
Kali kedua beli pizza sini. |
Kami pesan pizza beef pepperoni.
![]() |
Cak! |
Pizza dia enak dimakan panas-panas. Lembut. Suami tanpa membuang masa, telah memakan sampai 3 slices. Sementara saya pula, 2 slices.
Bawa balik rumah. Sambung makan waktu sahur pagi ni.
Alhamdulillah. Kat sini, takde kedai kopi yang ada pizza sekali. Deme ni je. Lain kali, boleh cuba pizza perasa lain pula.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
boleh geng ni..coffee lover..best best
ReplyDeletetambah pizza, extra best!
Hehe... high-five sekali!
DeleteKannn.... :D
Banyak dah kedai2 baru n best kat lumut n manjung nie.. Memang kena food hunting lah lepas duduk tronoh kang... Kikiki
ReplyDeleteMai la, Linda. Kedai kopi dah banyak buka. Akak lepak tempat orang tua je la. Ada lagi tempat kopi 2-3 port akak tak pi sangat, sebab sana ramai bebenor orang.
DeleteBoleh la geng..sekarnag pun memangorder coffee no sugar...Pizza tu Fav suami SA gak..
ReplyDeleteSama kita, ye. Nak jaga kesihatan, terpaksa buang gula, yek.
DeleteSedap tu makan pizza panas²...
ReplyDeleteSy pun masih berjuang nak habiskan Puasa 6 ni 💪🏻
Sedap, makan sambil pejam-pejam mata, sebab panas. :D
DeleteMarilah kita berusaha, ye!
Best juga tu mengopi sambil makan pizza.
ReplyDeleteHa ah. Best! :D
DeleteKalau berpuasa, mesti malam-malam nak cari kopi juga. hihi..moreh kiranya kan. Suka makan pizza panas-panas, baru terasa nikmatnya. Dah sejuk liat tak sodap dah. Nak panaskan semula malas. huhu...
ReplyDeleteHa ah. Betul cakap Fizah. Dah sejuk memang tak sedap. Kena juga panaskan.
DeleteTot minum kopi malam² boleh tidur ke? Sy kalau minum kopi malam², kdg boleh tidur, kdg boleh tidur tapi asyik berfikir. Kdg, langsung tak boleh tidur, hehehe. Bestnya ada tempat mengopi sambil memizza macam ni.
ReplyDeleteBoleh tidur, SK. Gitu... lain orang, lain effect kopi tu. Saya takde masalah untuk tidur, waima baru lepas pekena kopi sekali pun. Tak sempat naik bilik, atas sofa depan tv pun boleh hanyut.
DeleteHa, baru tambah menu pizza je, kedai tu. Sebelum ni, dia cuma kopi dan pastries.
Me and u time waktu malam.. layan coffee dgn pizza best nyer..
ReplyDeleteAlhamdulillah. :)
DeletePenagih kopi jugak? Gimifai!
ReplyDeleteYeah!
Deleteantara kelebihan Puan Nor cerita dalam blog ada loghat Perak.....itu yang menarik dan unik...dapatlah saya belajar sikit-sikit
ReplyDeleteHehe.. mekasih, Encik Hanafi. Saya cuma jadi diri saya sendiri. Lebih selesa begitu bila menulis.
DeleteAissssh saya dah lama tak makan pizza 😂😄😄. Jadi teringin pula. Apalagi yg tipe pizza Italia, tipis tapi topping banyak, sukaaaa lah. ❤️❤️. Memang cocok JD teman kopi kak 👍.
ReplyDeleteSila, sila, Fanny. Sedap kan, pizza.
DeleteLama pulak tak makan pizza. Seronok tengok Nur keluar ngopi malam2, nak jugak try tapi kami berdua ni lepas Isya' mata dah kuyu.
ReplyDeleteHehe. Saya pun keluar lepas maghrib ni. Jadi lepas pekena kopi, baru rasa segar balik rumah terus Isyak dan tido.... :D
Deletewaaahhh kopi-kopi & pizzaa sedapnyaaaa!
ReplyDeleteSedap, Ana. Alhamdulillah. :)
DeleteIsteri saya buat homemade pizza. Musim orang buat open house ni, banyak juga order. Baru-baru ni sampai 50 keping pizza di tempah oleh cikgu-cikgu sekolah. Hihi.
ReplyDeleteWow, mesti sedap, tu pasal banyak tempahan. Semoga terus maju, bisnes isteri Encik Fairus.
DeleteDibakar drngan kayu arang ke? Macam nampak kesan terbakar warna hitam di hujung piza.
ReplyDeleteBetul! 10 markah untuk NA! Dia masak guna bara arang, dalam tempat barbeque bertutup.
Deleteseronok tu ngopi2 berdua....ada plak piza makan panas2 yumyy
ReplyDeleteAlhamdulillah. :)
DeleteGeng lah. Kopi kosong macam tu lagi best.
ReplyDeleteKann... Lapang dada rasa minum kopi o panas-panas.
DeleteSambil makan pizza ..sambil ngopiii ..fuhh layan .. tapi americano tanpa gula .. balik tu boleh tido lena tak tu ?
ReplyDeleteBoleh je. Takde masalah tido, walau pun pekena kopi malam-malam. Alhamdulillah. Tapi, jarang-jarang la minum malam. Paling lewat mengopi pun, petang.
Delete