Insaf

9 Syawal 1446 H.

Assalamualaikum semua...

Sudah dua hari kembali ke rutin biasa. Anak-anak yang tinggal di asrama sudah kembali ke sarang. Tinggallah kita di rumah. 

Saya ni, bila kembali ke rumah setelah travel atau balik kampung, selalu ada semangat rajin. Rajin masak. Rajin bercucuk-tanam. Hari-hari masak sejak kembali rumah dari kampung hari tu. Tak ada sekali pun lagi makan di kedai. Peh... tak tahulah angin rajin ni bertahan sampai bila. 😁

Sebab terpengaruh makan sedap di beberapa buah rumah yang pergi beraya hari tu di Kelantan, saya siap google camana nak buat sambal lada kelatan, dan buat pada 4 April lepas. 

Homemade sambal lada kelate! 

Pastu, rasa insaf sekejap bila tengok kena letak gula banyak juga dalam tu, nak kasi balance rasa dengan cuka. Sambal ni tahan sebulan dalam peti ais. Bila nak makan, ambil sikit-sikit.

Pastu, eh berapa banyak pastu lerr..... saya google juga resepi ayam goreng berempah. Tak pernah pernah seumur hidup saya masak ayam goreng berempah. Ayam goreng celup tepung bistari tu, biasa.

Lauk ayam goreng berempah, sambal lada dan timun.

Peh! Syoknya makan di rumah! Terasa sungguh nikmat sekali! 😋 Alhamdulillah.

Itu belum masuk lagi makan kuih raya, kerepek, tambahan pula saya belum puasa enam lagi, sedang uzur. Terasa macam gambar berikutnya...


Memang naik pun, berat. Dah jadi mula angka 6. Masa bulan puasa, berat mula dengan angka 5. Huii... sabor je la. 

Oleh itu, hari ni saya mula IF semula. Kalau boleh puasa, dah puasa dah. Sedekah separuh kuih raya yang ada, suruh suami bawa ke ofis dia. Tinggal sikit-sikit nak rasa rumah sehari, sebijik. 🙈

Tambah merisaukan saya, bila tengok kalendar, ada masa 4 bulan untuk makan bersih sebelum temujanji ambil darah seterusnya. Eh eh, cepat benor masa tu berlalu, ye. Sebab perubahan itu ambil masa. Kalau kita eat clean, bukan terus nampak kesannya. Ambil masa berhari-hari juga. Jadikan satu cara hidup yang kita boleh amalkan. 

Insaf saya. Marilah kita kembali ke pangkal jalan, ye.

Esok nak pergi pasar, Insya-Allah, nak beli barang segar. Makan real food. No more kerepeks, ok! Makan nasi suku suku separuh. Hari ni, saya belum makan nasi lagi. Tunggu suami balik shif pagi, nanti makan sama dia.

First meal of the day saya hari ni, pukul 1, makan telur dadar ada tomato dan cili.

Saya nak ikut Formula Dr. Mani (FDM). Saya sertakan screen shot apa itu FDM ye.


Lebih kurang sama dengan Dr. Zaidul Akbar cabar suruh buat, iaitu no oil, no tepung based food, no sugar dan no nasi putih. 

Ramai pesakit Dr. Mani ni, bila ikut FDM, dapat reverse kencing manis, darah tinggi. Bacaan result darah jadi lebih baik. Targetnya, kita tak perlu makan ubat. Walaupun saya tak ada makan apa-apa ubat kecuali untuk tiroid, tapi tak ada ruginya kita jaga pemakanan kita untuk sihat. 

Harap dapat jadikan sebagai satu gaya hidup. Sebab sihat tu, mahal. Kena jaga. Prevention is better than cure. Berusaha! 💪💗 

28 comments:

  1. From the FDM list x satu pun boleh skip lagi...gambar kucing tu mmg betul2 menggambarkan keadaan semasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Takpe Sueann, buat mana kita mampu je.
      Huhu.. kan, sama kita.

      Delete
  2. Kakak Cie selalu buat sambal cuka gitu sedap. Memang kena letak gula baru balance rasanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Banyak pulak tu. Kita pulak dah lama tak pakai gula, sampai balang gula pun penutupnya dah berhabuk.

      Delete
  3. Sedap tengok sambal lada tu. Moga datang insaf jugak untuk jaga makan dan jaga badan.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri, Mulan. Maap zahir batin juga. :)

      Delete
  4. Salam Aidilfitri kak

    Hah sama la dengan Cuya, bulan Raya naik balik badan. Bercinta betul nak jaga badan ni. Nak turun kemain susah, nak naik sekelip mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri, Cuya. Maap zahir batin, ye.
      Betul sesangat! Akak setuju! :D

      Delete
  5. Susah yang tiada makanan bertepung itu. Nak makan lebih protein macam seksa.
    Masa raya banyak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun susah juga, Na. Sebab suka benor makan kuih.
      Betul. Banyak beli telur je. Kalau beli daging selalu, botak juga. :D
      Kannn... sama kita.

      Delete
  6. Ammi takat ni belum pernah lagi buat diet yg ada perkataan NO. Ye sy sangat degil tak mendengar kata. Tp ammi kurangkan portion segala2nya. Tang minum kopi je boleh no sugar tp itu pun masa tempoh IF

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh cut semua, kurangkan mana mampu, tu pun dah memadai, Ammi.

      Delete
  7. orang kelate panggil sambal jantan kan kak?saya pun raya kali ni berkira2 nak makan,ini pun dah naik 1kg...nak turun punya la susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, betul, sambal jate. Hehe..
      Afzan dah comei dah, tak perlu risau nak makan.

      Delete
  8. betul tu nak turun punya la susah aduhaiii hehehe

    ReplyDelete
  9. Kita pun banyak kerepek, kuih, kek tu. Rasa nak makan tapi rasa takut, hahahhaa. Nak bagi orang, sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tutup mata je bagi orang, SK. Kalau tak makan, nanti rosak pula kek expired ke, banyak sangat kuih di rumah ni, memang tak mampu habiskan.

      Delete
  10. Nasib baik baca.. kalau tidak mesti dah komen jus tembikai hahaha.. sambal kelantan rupanya.. biasalah waktu raya naik sedikit.. meraikan syawal kan.. iyer lah moga kita pun insaf sekali huhuu..

    ReplyDelete
  11. sedap tu sambal lada klate...buat stock senang bole mkn anytime

    ReplyDelete
  12. Sambal cuka .. kalau ada stock ni lagi mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, CCL, senang, nak makan, ambil je.

      Delete
  13. Sbnrnya banyak yg sudah saya lakukan dari list di atas. Yg susah roti. Sebab saya memang lebih suka roti drpd nasi. Tp saya cobalah. Lain2nya memang saya lakukan hari2. Cuma belum lagi cek darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Roti pun susah nak tinggal, sebab dari tepung. Tapi boleh cuba kurang sikit-sikit.

      Delete

Powered by Blogger.