Assalamualaikum semua...
Catatan pada 31 Mac 2025 yang lepas, bersamaan 1 Syawal 1446 H.
Mula-mula, nak bagitahu yang rendang daging dua kilo yang saya masak semasa hari terakhir puasa di entri ini, sangat sedap! Ikut resepi KA, jadi! 👍😋 Masa publish entri itu hari, tak sempat nak rasa, sebab masih berpuasa.
Itulah juadah di pagi raya kami sekeluarga. Alhamdulillah.
Lepas beraya dan bermaafan sesama kami lima beranak, ambil gambar kenangan dulu.
![]() |
Belakang dari kiri, Hafizan, Sulaiman dan Amirul. Depan, mama dan bapak budak. |
![]() |
Ghibli style, suruh ChatGPT buatkan. |
Lepas tu, saya dan suami bertolak balik Tumpat, Kelantan. Anak-anak tak ikut. Budak-budak dah besar, ada kehendak sendiri. Kenapa tak paksa ikut? Kalau paksa ikut, malas nak tengok muka ada budak tu, muncung boleh gantung hanger. Tinggal duit belanja, pandai-pandailah cari makan sendiri. Masing-masing pun dah ada lesen motor dan kereta. Sudah tentu dalam hati saya pada mulanya, ada rasa sedih, sebab anak-anak tak mahu ikut balik Kelantan. I can see now, nanti bila bapak budak dah pencen, dan kalau kami tinggal di Kelantan, takde sapa akan jenguk kami. Tapi saya juga tak mahu sedih-sedih di hari kemenangan, oleh itu saya pilih untuk ignore dan apa yang anak-anak happy, saya akan redha dan terima. Redha ibu itu penting, dan saya nak anak-anak saya hidup bahagia dan gembira. Doa yang baik-baik untuk anak-anak.
Ini tahun pertama beraya tanpa Mek, mak mertua saya. Mek meninggal pada 24 Ogos 2024 yang lalu. Sakit tua. Masa Mek tak ada tu, saya belum keluar dari gua lagi, tempoh bertapa, maksud saya, tidak update di blog.
![]() |
Gambar dalam perjalanan, masa ni, on the way to Kati. |
Balik semasa raya pertama, trafik sangat lancar. Tidak sesak langsung. Tak masuk Kuala Kangsar, waze suruh ikut jalan Kati, jadi straight ke Lenggong dan Gerik.
![]() |
Surau perempuan di R&R Titiwangsa. |
Sampai waktu, berhenti solat jamak.
![]() |
Cuaca mendung. |
![]() |
Ada orang travel hari raya pertama macam kami, tapi takdelah sampai sesak. |
Sampai hotel
Bertolak dari rumah Manjung pukul 11 pagi. Selamat check-in hotel di Kota Bharu pukul 5.30 petang. Enam jam perjalanan, Alhamdulillah. Bawa santai-santai je. Dua orang suami isteri, makan angin pulang ke kampung, honeymoon.
Ni kenapa pula duduk hotel? Rumah Mek tu, sejak Mek tak ada, tak sampai sebulan pun kosong. Repair apa patut, suami sewakan. Rumah kampung mana boleh biar kosong lama-lama. Nanti boleh jadi punah (bak kata kakak ipar) atau rosak. Lagi pun, ada je orang yang bertanya, sebab lokasi rumah strategik, tepi jalan, baru lepas renovate bahagian depan rumah dan ada aircond sebiji. Sudah pun ada penyewa yang masuk. Jadi, kami kalau balik kampung, kena cari hotel ler...
![]() |
Laluan ke bilik. |
Ridel Sunset Hotel, lokasi di Kota Bharu. Hotel bajet, tempah 3 hari 2 malam, jumlah harga RM196.
![]() |
Bilik kecil, tapi selesa. |
![]() |
Aircond sejuk, semua kemudahan ada, cerek elektrik, bilik air selesa. Semua ok! |
![]() |
View dari jendela bilik hotel |
Lokasi hotel ni, di tepi sungai Kelantan. Tapi bilik kami menghadap bandar. Nampak bumbung bangunan je. Ok ler.
![]() |
Halo.. 😊 |
![]() |
Ada sudut membaca dekat depan bilik kami, ada sofa juga untuk duduk baca buku. |
![]() |
Di sudut membaca tu, ada ruang menggosok pakaian juga. |
![]() |
Pintu utama Ridel Hotel. |
Hotel ni, tiada kemudahan parking. Kalau nak hotel reserve tapak parkir, ada extra charge, itu pun tempat terhad. Kami park kereta tak jauh dari hotel. Lagi pun, cuti umum 2 hari hari raya, takpe, tak perlu bayar parking.
Semasa raya pertama, umum sedia maklum, semua kedai tutup. Ada anak saudara suami buat barbeku waktu malam. Tapi bila kami turun bawah, tengok ada orang niaga pula dekat hotel, jalan kaki je. Jadi, kami kata, tak jadilah pergi rumah anak sedara. Esok je la pergi. Rehat kat hotel je. Makan pun dekat-dekat je. Letih nak drive ke kampung suami, yang jarak dari Kota Bharu tak sampai 10 km pun. Huhuhu...
Makan malam raya pertama
Ada beberapa tempat makan yang buka. Kami pilih tempat ni... lokasi berdekatan Tambatan Diraja Kota Bharu.
![]() |
Nasi Putih Ikan Bekok |
Happening la sekarang ni, orang makan ikan bekok je. Dulu, famous ikan budu. Rasa dia, macam ikan pekasam juga.
![]() |
Lauk makan malam |
The simplicity of living in Kelantan selalu menawan hati saya. Nasi lauk simple je. Nampak pun macam tak menarik, warnanya plain. Tapi rasanya? Masya-Allah, rasa macam nak mintak nasi tambah je. Huhu... kedai makan dia pun ada menu ni je. Cer kita buka kedai makan kat Perak, menu yang ada cuma nasi dengan ikan pekasam. Agak-agak, laku tak? 😁
![]() |
Mengenangkan suami order kopok lekor ni la, saya tak jadi minta nasi tambah. |
Alhamdulillah. Lepas perut sudah kenyang, jalan kaki menghirup udara malam keliling situ-situ juga. Saja, survey, kot ada tempat makan lain yang dibuka. Ada, so boleh cuba esoknya pula. Balik hotel, rehat. Tidur awal. Esoknya, nak pi beraya, yay!
Sambung lain hari ye.
Jumpa lagi. 💗
Dah besar2 tu, tak boleh nak paksa.. Anak kami yang kecik, terpaksa paksa.. Hihihi..
ReplyDeleteSelamat hari raya kak.. Maaf zahir batin
Hehe... Selamat hari raya, Linda. Maap zahir batin juga. :)
DeleteSelamat hari raya Aidilfitri..macam biasa anak-anak bila sudah besar memang tidak mahu bersama dengan ibu bapa untuk jalan-jalan
ReplyDeleteSelamat hari raya, Encik Hanafi. Maap zahir batin, ye.
DeleteItu la pasal. Sabor je la.
Selamat Hari Raya buat Nur sekeluarga ✨
ReplyDeleteRumah pusaka kami dah hampir menyembah bumi :(
Selamat hari raya, PH. Maap zahir batin, ye.
DeleteSayang, rumah peninggalan orang tua, tak dijaga. Kalau tak kita ambil inisiatif sendiri, siapa lagi. Takut nanti ada penceroboh atau ada je pihak ketiga nak ambil rumah dan tanah kita.
Seingatnya, baru kali ni saya tahu pasal ikan bekok tu. Rasa macam pekasam tapi cara masak rebus. Unik.
ReplyDeleteLebih 10 tahun lalu, saya pernah stay di Hotel Ridel.
Ha ah. Saya biasa jumpa, sebab kat Perak ni pun ada kedai masakan pantai timur yang jual menu ikan bekok.
DeleteTudiaa... lamanya pernah duduk hotel tu. :)
salam aidilfitri utk nur sefamily..oh berdua je blk klate ye....menu sayur lemak ngan ikan rebus tu sedap
ReplyDelete