Semalam dan Hari ni

Petang semalam

Semalam, walaupun dah masak lauk paru tu, suami ajak pergi beli nasi kandar Pantai Remis. Kita tengok google dulu. Ok, google cakap kedai nasi kandar beratur Pantai Remis open sampai 9 malam.

Bila sampai sana, tengok-tengok kedai tutup. 😅

Balik ikut jalan jauh sikit, makan angin.

Pemandangan lalu jalan ke Ayer Tawar

Bila duduk dalam kereta petang-petang, rasa sayu je. Sape ada rasa macam ni? 

Sampai Manjung, kami pi tapau nasi kandar Madinah Seri Manjung. 

Lepas berbuka, rasa gendut. Banyak betul nasi dia. Patutnya, beli sebungkus, share dua orang makan. Ini macam kalu, macamana mau kurus.

Malam lepas maghrib

Keluar mengopi pulak. Seorang, satu cawan kopi. Tiada pencuci mulut. Minum sahaja. Alhamdulillah, lega lepas dapat hirup kopi panas. 

Selesai mengopi, makan angin naik kereta, pusing Manjung. Disebabkan waktu baru lepas hujan, udara sejuk. Sangat beshhh...

Ambil gambar dari dalam kereta

Lawanya bulan di langit, ye la semalam bulan penuh, 15 Syawal, kan. Subhanallah..

Hari ni

Hari kedua, puasa qada.

Masak kari ayam, guna ayam separuh ekor saja.

Guna serbuk kari daging cap orang terbang, beli di Kota Bharu.

Uit, apa tu ada reflection warna merah dalam kari saya?

Rupanya, Superman buat penampilan sebaik saja dia bau kari ayam yang sedap dari dapur saya. Tu, bukti, ada reflection merah dari cape dia.

Takdelah, gurau je.

Suami gantung kain merah, tutup bumbung skylight sebab saya komplen panas waktu masak.

Sekian. 

Jumpa lagi, ye. 💗 

24 comments:

  1. Mak-mak suka masak kari guna serbuk ni. Unik rasanya.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ha ah la, uncle. Sebab ada lambang kilat kat dada. :D

      Delete
  3. hhahahha...ada2 je. kalau berbuka mmglah gitu, makan sesenduk kecik pun dah rasa kenyang sangat

    ReplyDelete
  4. syokkan jalan2 sambil dating....

    ReplyDelete
  5. Banyak betul jenama serbuk kari ni......jenama ni baru saya tahu.

    ReplyDelete
  6. ada plak rempah tu yer, sampai superman pun dtg.. ha ha...

    ReplyDelete
  7. aiyoo dah datang jauh2 kedainya tutup pulak dahh

    ReplyDelete
  8. Sy pernah lalu jalan Ayer Tawar tu...
    Rajin keluar mengopi ye Nur.. ialah di sana kurang jammed kot berbanding sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. ye ke.... best jalan situ, sebab tak banyak kereta, kan, PH. :)
      Sini tiada jammed langsung. Itu yang kadang-kadang rindu nak rasa jalan jammed, jadi pergi KL.

      Delete
  9. Kecewa sungguh kalau sampai-sampai kedai tutup. Kempunan orang kata. Kira lega sikitlah kan dapat hirup kopi. Pertama kali nampak serbuk kari cap superman tu. Comel pulak cap nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Takpe, dah dapat dah, repeat pergi balik semalam, Fizah. Alhamdulillah. :D
      Ha ah, jumpa kat Kelantan je, serbuk kari tu.

      Delete
  10. Eh lupa. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Nur dan keluarga. Lama akak menyepi. Tahu-tahu ada blog baru. Tertanya-tanya juga mana kak Nur lama menyepi. Welcome back! Saya follow dari zaman blog slow runner lagi, kait dan lari... Lepas ni jangan menyepi lagi kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Fizah. Maap zahir batin, ye. Terima kasih, follow akak, dari dulu sampai sekarang. Baiklah, akak coba. Insya-Allah. :)

      Delete
  11. Awal kedai nasi kandar tutup. Kita samalah, dah order sorang satu, lepas tu baru fikir kenapa tak kongsi, hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tutup hari Isnin la, SK. Hahaha.. saya pun tak tau. Dah pergi balik semalam, lega, dapat nasi kandaq. Alhamdulillah.
      Hehe.. nafsu makan besor. Tak ingat nak kongsi.

      Delete

Powered by Blogger.