Cerita semalam

Khamis, 11 Syawal 1446 H.  

Assalamualaikum semua... kome sihat ke? Harap anda semua sihat-sihat belaka.

Saya selsema la pulak. Mula-mula suami kena, lepas tu pass ke budak Sulaiman, lepas tu, saya. Bila kena 'running nose' ni, susah sikit nak buat benda. Dia turun laju je. Nak pergi klinik semalam, tapi satu klinik bila call cakap, doktor dah balik, walaupun masa tu baru pukul 12.30 tengahari. Keluar juga, pergi klinik belakang rumah, doktor on call ke klinik kesihatan. Pergi pula ke klinik kat taman sebelah, doktor dah rehat, suruh datang pukul 2 semula. Jadi saya pergi farmasi beli ubat selsema paling kuat. Itu yang semalam saya tak online update blog. Apa lagi lepas makan ubat selsema, mengantuk. Huhu...

Jalan ambil angin luar

Tapi pagi semalam saya keluar jalan-jalan di Esplanade Lumut, dengan suami. Sudah lama sangat tak berjalan di luar, ambil angin tepi laut. 

Gambar pukul 7.26 pagi

Gambar bila sampai hujung sana, matahari pun dah takde. Awan mendung pula kelihatan.

Saya dah lupa yang beriadah di luar ni, kalori yang dibakar lebih banyak banding kita bersenam di rumah saja. Contoh aktiviti jalan santai saya semalam, dapat bakar lebih 200 kalori untuk 4 km berjalan. Kalau guna treadmill di rumah, cuma 100 lebih kalori terbakar. Gitu. Mungkin saya akan lebih keluar berjalan kot, kalau rajin, supaya dapat bakor lebih kalori. 

Masak semalam


Makan semalam, nasi lauk telur dadar, letak tomato dan cili api hijo, daging kunyit yang saya masak hari sebelumnya, dan sayur pak choy pecah telur. 

Tidak kelihatan dalam gambar, ada budu campur sambal lada kelantan, dan ulam raja.

Saya buat IF (intermittent fasting), pukul 12 tengahari baru makan. 

Setelah 2 hari, berat saya turun 2 kilo, jadi 58 kg. Berat sebelum, 60 kg. Alhamdulillah. Semoga dapat berat idaman, iaitu 56 kg. 

Bukan senang untuk tahan keinginan nak jamah tart nanas. Saya bila makan pedas, nak bagi hilang pedas tu, biasanya ambil kuih raya seketul. Dah la dia duduk dekat, hujung meja makan je, balang tart nanas. Huhu... kena korban, menahan nafsu makan. Bila berat saya turun, terbukti la yang benda paling jahat nombor 1 adalah gula. Benda kedua jahat adalah tepung. Terus-terang, saya tak mampu untuk buang dua benda jahat ni terus. Saya cuma mampu kurangkan. Kena kuat! 

Suami kena transfer


Walaupun semalam suami cuti, lepas berjalan dengan saya semalam tepi laut, dia pergi ofis dia sekejap. Ada jamuan untuk dia. Suami dapat pindah dari cawangan Sitiawan ke cawangan Pelabuhan Lumut. Alhamdulillah. Nasib baik dekat. Kalau kena pindah keluar negeri Perak, terpaksa PJJ la kami. Sebab saya mana boleh ikut, budak Sulaiman SPM tahun ni. Tiga sampul raya dalam gambar, ada officemate suami bagi duit raya pada tiga anak kami. Alhamdulillah. Dalam kotak tu, buka, ada bekas minuman macam termos, siap ada straw, dari kaca. Boleh buat tempat minuman di ofis. 

Mengopi

Semalam petang, lepas makan malam awal pukul 5 petang, pergi mengopi di 989 Kopi.


Biasanya, mesti ambil 2-3 benda makan selain kopi. Kali ni, ambil 1 ketul je. 

Hidup untuk dinikmati. Tak boleh buang semua sekaligus, kita kurangkan dulu slow-slow. Mesti happy happy diet. Tak mau la stress stress. Semoga pengorbanan hari ni, bakal memberi berita gembira di hari kemudian.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

26 comments:

  1. saya pun macam tak sihat pula badan ni kak,bersin tak henti2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim orang demam selsema, Afzan. Akak aritu pergi kedai, orang dok strot strot selsema, masuk kedai lain pulak, orang dok ah chom, ah chom bersin.

      Delete
  2. Saya pulak pantang nampak biskut sedap...tapi kena limit 1 hari 1 atau 2 biji biskut sahaja makan...tapi badan x kurang jugak beratnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kena kurang gula juga, Sueann. Ada bezanya. Dan buat IF, membantu juga, kalau tak boleh puasa.

      Delete
  3. sama la kalo mkn pedas kena cari mcm biskut yg manis skit or gula2...kita tkde la diet sgt ..mkn seadanya tp sejak2 cut sugar almost dh 1thn ++ so makan yg manis2 ni mcm auto jd kurang ..mmg nmpk la penurunan berat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya nampak Mamatisya dah mengecil, banding dulu. Kena istiqomah tu yang kadang-kadang susah, yek. Banyak menu yang sedap-sedap terpaksa tolak.

      Delete
  4. Alhamdulillah. Allah SWT mudahkan urusan.

    ReplyDelete
  5. Sy pun slow² start semula IF ni. Harapnya istiqomah le 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama-sama dapat istiqomah ye, PH. Aminnn...

      Delete
  6. Uncle pulak pantang tart nanas... pantang tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... susah nak menolak tart nanas ya, uncle!

      Delete
  7. Samalah…ammi pun sibuk komplen berat naik tp belum mampu nak fully ignore gula. Masa IF je tak minum air bergula kemudian masa buka, buat shake letak pisanglah, susu full krimlah. Camno nak kurus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... at least buat juga IF tu. Anggaplah tampung balik gula yang terkurang. Hehe..

      Delete
  8. Salam aidilfitri - https://belogsjm.blogspot.com/2025/04/tots-blog-httpshiduptotblogspotcom.html

    ReplyDelete
  9. Saya kurang makan. Malam tidak makan kalau tidak puasa.

    ReplyDelete
  10. tu lah Ana pun susah nak turun berat aduhai~ rasanya mgkin disbbkan cuaca panas-hujan tak menentu skrg ni kot jd punca selsema (ramai juga yg selsema skrg ni).. alhamdulillah suami akak dpt transfer dlm Perak juga ye.. kalau makin dekat alhamdulillahhh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Tapi kerja pula makin susah, sebab lokasi di port, banding kerja sebelum ni. Syukur seadanya.

      Delete
  11. Replies
    1. Nanti balik Kuantan, boleh lepak tepi laut. :)

      Delete
  12. Sama kak. Kue raya nih tak mungkin tak dimakan. Mubazir pula 😅. Tp itu tepung. Susah memang. Saya masih agak susah dengan menghindari roti dan tepung. Mengurangi lah palingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Semoga kita kuat untuk kurangkan tepung based food ni. Berusaha! :)

      Delete

Powered by Blogger.