13 Syawal 1446 H.
Assalamualaikum semua...
Hari ni, lari sikit dari cerita raya. Dah lama tak kongsi tentang aktiviti bercucuk tanam saya. Hari tu, saya ada ambil benih atau kuaci dari bunga matahari.
![]() |
Cinonet je saiznya. 😁 |
Pokok bunga matahari yang saya tanam di rumah ni, dari spesies dwarf, merujuk kepada sampul benih yang saya beli dari shopee. Jadi, saiz pokoknya takdelah tinggi mana, boleh tanam dalam pasu.
![]() |
Kena keluarkan bahagian atas bunga tu, dan di bahagian bawah, baru ada kuaci atau benihnya. |
Saya biarkan saja bunga matahari sudah layu di pokoknya. Dia macam padi, sebab makin lama dia makin berat, makin lama makin tunduk bunga tu.
Pokoknya masih segar dan tidak mati setelah sekali mengeluarkan bunga. Saya biarkan saja dalam pasu. Ada pokok yang setelah saya ambil bunga yang sudah layu tu, masih keluarkan bunga matahari baru, cuma saiznya lebih kecil.
![]() |
Gambar setelah buang kelopak di tepi dan bahagian atas bunga. |
![]() |
Banyak juga dapat dari satu kuntum bunga |
![]() |
Saya jemur benih yang baru diambil. |
Kalau saya simpan terus dalam plastik, ia berwap, sebab masih lembab. Lepas dah jemur dan agak kering, baru saya simpan dalam plastik bersama paket kecil silica gel yang menyerap kelembapan.
Last sekali, mari tengok munge-munge matahari yang sedang berkembang mekar di halaman rumah saya...
![]() |
Cantik tak? 😍 |
Ada pembaca yang berminat ke dengan benih bunga matahari ni? Saya tak jual, tapi saya nak bagi free je. Ingat, minggu depan, nak buat giveaway. Itu pun, kalau ada yang berminat nak join. Ada ke?
Jumpa lagi, ye. Selamat memenuhi jemputan rumah terbuka di hujung minggu. 😊💗
Sy nak 🙋🏻
ReplyDeleteHaha laju angkat tangan... Masa Nur cerita dok keringkan biji benih tu Sy rasa bestnya kalau dapat satu hihi.. jual pun takpe 🤗
Saya take noted, nama PH. Esok saya buat giveaway. Kalau PH join dan menang, Insya-Allah saya bagi lebih. :)
Deletewaahhhh heloknya kejadian bunga matahari tu! Ana mcm tak malu nak jugak boleh ke? =P
ReplyDeleteBoleh. Akak take noted nama Ana. Nanti join giveaway ye, kalau nama Ana naik, akak bagi lebih, Insya-Allah. :)
DeleteAlaaa lama pulak pokok2 kat rumah ni agak terbiar. Harapkan hujan. Tapi yang dalam pasu bawah atap, tak kena hujan 😢
ReplyDeleteMacam nak tapi tak pandai semai pokok dari biji benih. Beli pokok semua dah sekaki besarnya.
Hehe.. sama la, macam saya pun, bukan hari-hari rajin nak menyiram. Harap hujan turun. :)
DeleteOh, gitu. Beli pokok besar, senang juga, sebab tak susah nak jaga, sebab dah kuat pokoknya, kan.
Uncle suka bunga matahari... cuma uncle bukan orang menanam... 'tangan panas' kata orang tua2... orang muda kata 'malas'... hehehe
ReplyDeleteHehe... paham, uncle. :D
DeleteCantiiik memang bunga matahari ini kan. Kuning pula. Favorit saya. Kalo lihat bunga ini macam langsung ceria vibe nya
ReplyDeleteBetul. Rasa ceria bila halaman rumah ada bunga matahari sedang kembang. :D
DeleteBanyak benihnya. Kalau tanam lagi ni, mau jadi kebun bunga matahari. 😄
ReplyDeleteHehe.. itu la pasal. Itu yang nak pass kat orang lain. Tak habis kita nak tanam semua biji benih. :D
DeleteNak bunga sahaja yang dikeringkan. Hehe. Tanam malas.
ReplyDeleteTapi seronok tengok bunga matahari berkembang.
Nanti kalau ada bunga yang sudah layu, saya simpankan untuk NA, ok. Tapi tak lawa macam bunga ros kering, NA. Dah la saiz dia besor. :D
Delete