Thursday, April 24, 2025

Jalan pagi dan sarapan

 Pagi tadi, saya dan suami pergi jalan-jalan di padang Astaka, Sitiawan. Cuaca baru saja lepas hujan. Jalanraya basah. Di rumah kami, tak hujan pun.

Cuaca mendung di Sitiawan.

Hari off suami hari ni. Bagus juga cuaca mendung, jadi tak panas. Sesekali, angin sejuk bertiup, rasa best sebab nyaman. Kami pusing padang sebanyak 2 setengah pusingan.

Dapat berjalan sejauh 6 km.

Sudah lama tak buat jarak lebih 5km. Waktu saya taip entri ni, rasa lutut sakit. Itu la, hujung jalan pagi tadi, saya ada slowjog sikit. Nampaknya, kena kekal jalan slow-slow sajalah macam biasa. 

Lepas selesai jalan, kami sarapan di kedai makcik bawah pokok. 

Sarapan nasi lemak hari ni.

Nasi lemak makcik ni, dari dulu sedap. Sambal dia, rasa macam sambal orang dulu buat. Yang unik, nasi lemak datang dengan sup. Sedap sup dia, hirup sampai habis.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat dan rezeki untuk hari ini.

Jumpa lagi, ye. 😊

24 comments:

  1. Lama nya tak brisk walk. Sedapnya nasi lemak, first time tengok ada sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nasi lemak dia, Mulan. Rasa sama je dari dulu, maintain.

      Delete
  2. 1st time tengok nasi lemak ada sup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. meh sini meh, try cikmak dia. 😊

      Delete
  3. Lama linda tak briswalk.. Setakat jalan2 ronda asrama jelah.. Sabtu nie nak join anak merentas desa lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, Linda. Join merentas desa. Selamat, yek! 🚶

      Delete
  4. Bilalah saya nak mula briswalk semula ni. Makan dah le banyak sekarang.. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila la, encik Fairus. You can do it! Lawan malas itu. 💪

      Delete
  5. Replies
    1. Ha ah. Nasi lemak standard dia ada telur rebus. Pastu dia tanya nak telur mata tak? Kami cakap ye. 😁

      Delete
  6. Memang unik nasi lemak makan dengan sup.

    ReplyDelete
  7. Kak slow-slow kak. Unik betul nasi lemak hidangkan dengan sup sekali. Okay jugak tu kan. Hirup sup panas-panas. Bagus lah dia mengekalkan kesedapan nasi lemak air tangan orang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah, Fizah. Lain kali akak jalan slow je.
      Itulah, rasa maintain je, sejak zaman arwah mak akak masih ada lagi.

      Delete
  8. Sedapnya makan nasi lemak lepas berlari. Dekat JB ada satu kedai makan nasi lemak ada sup, tapi sup tu kena minta baru dia bagi.

    ReplyDelete
  9. Syoknya hiking cuaca mendung2 camtu. Cuaca sejuk sikit yedok? 🤭

    ReplyDelete
  10. bagus jalan pepagi walau mendung tak kesah la kan... nasi lemak tu sedappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Exercise sikit, pastu tambah kalori balik. Hihi..

      Delete
  11. Isssh kakaaaaaak, terliur pula bayangkan nasi lemak ini 😍😍😍😍🤤🤤🤤. Kalo sambalnya macam orang2 dulu buat, pasti sedaaaap lah. Tak sabar saya nak ke KL 🤣😄. Memang hanya mau wisata kuliner saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Fanny. Makcik yang berniaga tu, sudah berniaga sekian lama, sejak arwah ibu akak masih ada. Hehe... nanti Fanny boleh makan puas-puas datang kl ya. :)

      Delete
  12. Sukanya sambal mcm org tua² yang buat dulu² ..manis² pedas gitu .. warna sambal pun kadang main peranan juga kan ..kalau nak merah kehitaman tu sambal tu memang dh betul² masak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak tahu la resepi sambalnya camana kan, kita buat sambal, tak sama langsung rasanya. Ha ah, biasa memang deme masak lama sambal.

      Delete