Assalamualaikum semua...
Catatan peristiwa pada 1 April 2025 yang lepas, bersamaan 2 Syawal 1446 H.
Lepas Subuh, keluar bilik hotel.
 |
Pemandangan depan hotel Kota Bharu. Sungai Kelantan. |
Tenang waktu pagi, hari raya kedua.
Pergi kampung suami. Tak jauh dari hotel, kurang 10 kilometer. Pergi kubur dulu. Masa kali terakhir suami ziarah, waktu Mek baru pergi, tak ada batu nisan lagi. Masa kenduri tahlil 40 hari Mek meninggal pun, belum pasang batu nisan. Jadi, suami agak-agak mana dia rasa, kuburnya.
Rumah pertama beraya
Lepas ziarah kubur yang dipercayai pusara Mek, pergi rumah Mek Yah, kakak suami saya, yang rumahnya paling dekat dengan rumah Mek. Sembang punya sembang, salah ziarah kubur orang tadi, bukan kubur Mek. Kubur Mek sudah pasang nisan dan ada nama. Mek Yah cakap, penyewa rumah Mek pandai jaga rumah. Rumah bersih je.
Ha ah. Kami ada lalu rumah peninggalan Mek. Rumput pendek, ada tanam pokok baru di tepi rumah. Macam pokok ubi kayu. Keluarga imam muda yang menyewa. Anak-anak ada dua orang, masih kecil. Isteri imam muda suka bercucuk tanam. Cantiknya rancangan Allah. Arwah Mek yang rajin menanam, tinggal banyak pokok keliling rumah. Sekarang penyewa yang masuk pun, rajin bercucuk-tanam. Isterinya minta izin nak jaga pokok pisang yang Mek tanam. Alhamdulillah. Rezeki tu, dapat penyewa yang sama jiwa suka menanam, pandai jaga rumah. Suaminya yang juga seorang imam, mesti rajin mengaji dan solat. Rasa sejuk bila dengar Mek Yah bercerita tentang penyewa baru. Rezeki juga tu.
 |
Bunga pokok buah naga, di halaman rumah Mek Yah. |
 |
Kacang pistachio, Mek Yah bagi. |
Mek Yah ni, ada kedai runcit depan rumah dia. Dia bagi sebungkus kacang pistachio. Kami beli beras siam, sebalang kuih goyang, dan sebalang rempeyek dari Mek Yah. Mek Yah bagi ketupat palas manis dan inti serunding.
 |
Sedap! Feveret saya, ketupat palas dalam ada serunding! 👍😋 |
Masa Mek Yah tahu kami nak balik kampung, nangis dia. Dia ingat, kami tak mahu balik kampung dah, sebab Mek dah takde. Tak ada orang tua pun, adik beradik suami kan masih ada. 💗
Lepas rumah Mek Yah, kami pergi balik ke kawasan perkuburan. Cari kubur Mek. Baru jumpa.
 |
Alhamdulillah, dapat jumpa Mek. |
Tepi kubur Mek tu, tanah dia macam mendap. Kemudiannya bila kami sembang dengan kakak suami lagi seorang baru tahu, yang kedudukan kubur dekat tempat laluan air bila hujan. Jadi, tanah tu turun ke tempat rendah. Suami ambil cangkul yang ada disediakan, dan repair tanah mana patut.
Sementara tu, saya sempat ambil gambar pemandangan di luar kawasan perkuburan.
 |
Lembu-lembu meragut rumput di padang. Bila ada lembu, mesti ada burung bangau duduk dekat dengan lembu. |
Aman damai. Sunyi di kampung. Tak ramai yang ziarah kubur pagi tu.
Rumah kedua pergi beraya
Seterusnya, pergi ke rumah kakak suami yang bongsu, Jirah (Mok Su Roh). Ada leftovers dari majlis barbeque yang anak sedara suami buat semalam tapi kami tak pergi. Mok Su Roh sudah panaskan, iaitu kambing bakar, meatball, sosej bakar dan sate. Alhamdulillah. Sembang-sembang sambil makan kuih raya. Saya tak ambil gambar hidangan di rumah orang, macam malu pula. Hehe.
Rumah ketiga pergi beraya
Seterusnya, kami pergi rumah Nira, anak sedara suami, iaitu anak kepada Mek Yah (yang rumah pertama beraya tadi).
Di sini, kami makan nasi lauk telur itik masak lemak, sambal lada kelantan, dan ayam goreng. Masakan panas, baru masak. Memang beraya di kelantan, tak jumpa rendang dan lemang. Lauk biasa je, tapi sangat sedap!
Family Nira ni, dah setahun tak perlu beli telur, sebab ada bela ayam telur. Selain tu, ada bela ayam daging, itik telur dan itik daging, dan kambing. Lepas makan, saya tanya suami Nira, boleh tak nak pergi tengok reban ayam itik. Dia pun bawa pi tengok. Saja, menimba ilmu. Nanti bila suami pencen, saya rancang macam ni la, makan hasil bercucuk-tanam dan hasil ternakan. Selain dedak, baling je nasi semalam yang tak habis ke, ayam itik boleh makan. Seronoknya. Untung, tak payah beli di kedai lagi.
 |
Sebelum balik, Nira bagi pisang, sendiri tanam belakang rumah. |
 |
... dan buah ciku juga. |
Lepas rumah Nira, kami pergi rumah Pok Wi, abang sulung suami. Tapi, Pok Wi tiada di rumah. Tinggal pesan pada cucu Pok Wi, nanti lepas zuhur, kami mai balik.
Balik semula hotel pukul 11 pagi, suami sakit perut. Rehat, solat. Lepas jamak, kami keluar semula.
Rumah keempat beraya
Di rumah Pok Wi, kami makan nasi lauk ayam gulai, budu dan ulam, dan ikan goreng. Jumpa sedara suami yang tinggal di Jeli. Dia suruh singgah rumah nanti on the way balik Perak. Lama juga sembang-sembang di rumah Pok Wi.
Rumah kelima beraya
Kami pergi rumah kakak sulung suami dalam hutan. Ni kakak yang sama bapa, yang tadi rumah sebelum-sebelum ni, rumah sama mak tapi bapa lain. Ha, gitu la. Harap kome faham la. Suami saya ni, anak tunggal dengan bapa lain. Dia the youngest, tapi tak ada beza pun. Walau pun lain bapak, tapi mak tetap Mek, duduk dekat-dekat satu kampung.
Di rumah kakak ni, walaupun dia ajak kami makan nasi, kami tolak, sebab sudah makan di rumah Pok Wi tadi. Jamah kuih muih raya saja. Kakak bagi sebungkus karipap mini inti serunding, lupa ambil gambar.
Alhamdulillah. Bila berdua je balik kampung, dapat beraya lebih banyak rumah banding bawa anak-anak. Hehe. Boleh sembang lama-lama juga, tanpa ada budak yang masam muka ajak balik cepat-cepat.
Lepas tu, suami kata, kami belum mengopi lagi. Pastu saya teringat, di pekan Tumpat, ada Zus. Jadi, kami pun pergi la.
Tapau kopi, tunggu 1 jam
Rekod, paling lama tunggu kopi siap, di Zus cawangan Tumpat. Ramai bebenor la, wei... Anak-anak perantau pulang ke kampung, yang dahagakan kopi, bukan kami seorang saja.
 |
Dalam punya tempat duduk penuh, saya tunggu kat luor je la. |
Pekerja ramai, tapi yang berfungsi macam seorang je. Yang seorang tu la yang buat macam-macam. Dia siap buka tingkap, ajak saya tunggu di dalam, sebab dia cakap, lama lagi, panas, kak. Hahaha... adoi. Hari baik bulan baik, kena banyak-banyak bersabor, ye!
 |
Alhamdulillah, dapat juga kopi. |
Lega.. balik hotel la, rehat, mandi, bagai. Penat beraya, dan berpeluh, sebab cuaca agak panas di kampung.
 |
Pemandangan waktu petang dari jendela bilik hotel |
Lepas maghrib, baru keluar semula, cari makan malam. Makan di kedai dekat hotel je, jalan kaki.
Makan malam
Nama kedai, Pita Legend.
 |
Pita Legend, Pelangi Mall, Kota Bharu. |
Menu, western.
 |
Pesan chicken grill. |
Set chicken grill, selain ayamnya, ada fries, nugget, meatball dan sosej. Order 1 makanan saja, share makan berdua.
 |
Luas kedai makan dia. |
Makan tepi sungai Kelantan. Angin sepoi-sepoi bahasa. Nyaman. Alhamdulillah.
Lepas makan, macam semalam juga, kami jalan-jalan ambil angin malam. Nampak beca dengan hiasan lampu warna-warni. Teringin juga nak naik. Tapi kesian takut orang beca sakit pinggang bawa kami. Sebab kami tengok, penumpang beca semua perempuan-perempuan saiz kecil. Kami ni, suami dah berat 90 kilo, saya 58 kilo, nanti bengkok badan orang bawa beca, tak jadilah.
Pelik dan scary juga
Lepas jalan-jalan, layan tv cerita raya, Abuya. Dapat siaran TV3 je dalam bilik hotel. Tiba-tiba ada ketukan di pintu.
Pintu bilik hotel tak ada lubang kecil yang boleh ngintai siapa kat luar tu. Suami buka pintu, dia cakap, ada foreigner, macam orang arab. Orang tu pegang berus gigi, tanya boleh tak dia minta ubat gigi sikit.
Suami pergi ambil ubat gigi dalam bilik air dan tekan keluar atas berus gigi orang tu, lepas tu orang tu pun pergi.
Saya cakap, kenapa buka pintu, entah sape kita tak kenal. Saya ingat, suami buka pintu sebab orang room service. Kot orang tu ada niat buruk, nak pukau ke apa ke, kan. Teringat cerita anak sedara, Nira (rumah ketiga beraya tadi), cakap anak dia kena pukau, bagi emas kat orang.
Suami cakap, memang orang tu macam terkejut tengok muka suami. Suami tak pakai topi apa, jadi kepala botak. Muka suami memang ganas sikit kalau nampak kepala dia yang takde rambut tu. Betul, tak tipu, macam gangster Kampung Baru, orang cakap. Pastu, nothing happened. Alhamdulillah.
Agaknya, kalau saya, perempuan yang buka pintu, kalau dia ada niat tak baik, dah jadi dah kot.
Korang kalau ada orang tak kenal ketuk pintu malam-malam minta ubat gigi sikit, korang layan tak?
Hui... Alhamdulillah la, takde apa-apa berlaku kat kami. Macam pelik je. Pertama kali berlaku.
Ok la. Sekian cerita Syawal kedua kami.
Sambung lain entri ye. Jumpa lagi. 💗
Seronok beraya beraya di kampung² gini. Orang kampung baik², mesti ada buah tangan yg nak diberi wpun dah jamu kita makan macam² kan.
ReplyDeleteScary juga ye...kenapa tak pergi reception je kalau betul nak ubat gigi ke apa ke 🤔
Alhamdulillah....dapat beraya lima buah rumah sehari. Banyak tu.
ReplyDeleteBoleh sendat perut tiap rumah ada hidangan.
Uish...pelik sungguh orang tu boleh pulak mintak ubat gigi kat orang tak dikenali. Aneh-aneh je. Kalau kita sorang diri memang tak berani bukak, tanya di balik pintu jelah.
Seronok time raya dapat jumpa saudara mara.
ReplyDeleteKalau tak jumpa ketupat palas jangan beraya kat kelante la kan?
ReplyDeleteBanyak tempat beraya. Untung dapat luang masa ziarah kenalan. Semoga dimurahkan rezeki.
ReplyDeleteketupat klate yg ada serunding tu fav sgt
ReplyDeleteHahaha mujur dia kutuk laki dia sendiri. Memalam hari cari ubat gigi apa halnya yeop? Aterrrr ngape tak dibeli tadi? Esok pagi bilik mana pulak dia nak ketuk mintak ubat gigi agaknya ahakss
ReplyDelete