Ikan goreng berlada - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Tuesday, September 2, 2025

Ikan goreng berlada

 Tarikh: Rabu, 6 Ogos 2025

Kat rumah, ada ikan mata besor atau ikan Uji Rashid. Beli 4 ekor hari tu. Perap dengan serbuk kunyit lalu digoreng.

Gambar sedang memasak ikan goreng berlada
Cooking in progress

Sementara ikan digoreng, cili merah dan  cili hijau dibuang biji, dihiris halus dan saya kisar guna pengisar manual. Cili padi tanam sendiri pun masuk juga, beberapa biji. Tarik tali untuk menggerakkan mata pisau. Jenuh juga, kena goncang-goncang pengisar dan kisar balik. Lepas tu, terbalikkan pengisar, lepas tu kisar balik. Workout yang bagus untuk lengan. Bila la nak beli chopper elektrik ni. Nak tumbuk guna lesung, tak sanggup saya.

Saya tersilap pilih kuali. Hilang ingatan kejap. Ada kuali buat goreng ikan, dia jadi tak lawa. Ada kuali buat goreng ikan, comel je ikan kita. Tapi takpe la. Kita juga yang nak makan.

Ikan goreng tak berapa cantik kejadian
Ikan goreng tak berapa cantik kejadian

Teksture cili yang sudah dikisar manual adalah seperti berikut.


Teksture cili dikisar untuk masak ikan goreng berlada
Teksture cili yang saya nak, tak berapa halus.

Masak dulu cili tu hingga berubah warna menjadi lebih gelap, bubuh garam sikit dan kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng. 

Ikan goreng berlada
Siap! Ikan goreng berlada.

Jadi, Alhamdulillah. Bon appetit.

Hari ni, nak masak apa, kome? Saya plan hari ni nak ke supermarket beli bahan mentah. Peti ais sudah licin.

Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. SA plak lain.suka tumbuk guna lesung batu dari guna chopper...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Wak x masak .. order mamak je .. hehe

    ReplyDelete
  3. Ramai x suka beli ikan ni...sebab rasa dia kurang sikit..tapi kalo enhance masak berlado licin jugak..

    ReplyDelete
  4. kalo menu camni lawan die ngan sayur lemak putih sodap tu

    ReplyDelete
  5. Peti ais kena penuhkan balik tu nampaknya. Mesti lepas ni banyak menu keluar. Kalau ikan goreng berlada macam ni, tak perlu lauk berkuah nanti kacau rasa.

    ReplyDelete