Skip to main content

Mengopi bertiga

 Tarikh: Khamis, 14 Ogos 2025

Budak Amirul (anak sulung) ada di rumah. Dia tengah cuti akhir semester. Bila dia ada, kami suami isteri tak boleh dating. Sebab dia selalu nak ikut, especially pergi mengopi. 😅 Anak bertuah.

Mengopi di tempat mengopi kegemaran kami, iaitu 989 Kopi, pekan Lumut, Perak. Nak kata pagi tu, tak adalah pagi sangat. Mengopi lepas makan sarapan di rumah. Cuaca baik, tidak panas.

Tiga cawan kopi, dan tiga makanan, di 989 Kopi, Lumut, Perak.
Tiga cawan kopi, dan tiga pencuci mulut.

Amirul order chocolate chips cookie. Mama order brownies dan red velvet soft cookie. Tak tau ada apa atas soft cookie tu. Marshmallow kot. Kongsi-kongsi makan seorang sedikit. Sekadar nak merasa.

Saya dan suami seperti biasa americano tanpa gula. Suami versi kopi ais, dan saya kopi panas. Amirul minum vanilla latte ais.

Alhamdulillah. Anak sulung balik, maka pok pek pok pek, mulut dok bercerita perihal anak dan yang berkaitan pelajarannya. 

Red velvet soft cookie, bahagi separuh
Red velvet soft cookie, bahagi separuh.

Ok rasanya. Tak adalah manis sangat. Secukup rasa. Pertama kali mencuba. Sekali-sekala. 

Eh, saya tak cerita pun di blog, yang saya ada cuba berhenti minum kopi. Ada, tau. Saya dapat bertahan 9 hari tanpa kopi. Rekod paling lama lah, saya pernah buat, lebih seminggu. Lepas tu, saya dilanda kemurungan. Hahaha... memang saya akui, bagus bila berhenti minum kopi ni. Kulit kering di muka dan tapak kaki, semua hilang. Badan kita cukup air kan, berbanding jika minum kopi, kita selalu buang air kecil jadi banyak hilang air. Tapi peduli la semua itu! Biarlah muka ku kering pun, asalkan saya bersama kopi yang amat ku cintai! ☕😋 Jangan ikut perangai saya, ya. Tapi limit la, satu hari, satu cawan saja, sudah cukup. Alhamdulillah...

Budak Amirul ni pun, dah tak rupa budak dah. Saya perati je anak sulung saya ni. Muka pun dah bertukar macam orang dewasa. Dah bermisai, dah berjanggut. Masya-Allah, kenapalah anak ku ini membesar dengan begitu cepat.. 

Gambar masa anak kecil
Hafizan dan Amirul masa kecil.

Anak mama dah besar
Anak mama dah besar.

Seronok bila anak-anak sedang cuti, dan ada di rumah. Dapat cipta kenangan bersama. Walaupun tak pergi bercuti jauh-jauh, pergi mengopi sama-sama pun, dah cukup nikmat. Ada minggu Hafizan balik, contohnya masa long weekend merdeka hari tu, kami pergi menonton wayang satu famili. Alhamdulillah.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Comments

  1. Anak jeles ler tu mak n pak asyik dating berdua je. hehehe

    ReplyDelete
  2. Linda yang anak sulung baru tingkatan 1 pun dah terasa besar..sedih sorang², sebab memang dari dia 10bulan Linda dah kerja..macam berhutang banyak dengan dia...😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la, Linda. Itu la pengorbanan ibubapa, cari rejeki untuk anak-anak juga, nanti deme besor, sambung belajar lebih tinggi, lagi pakai duit banyak.

      Delete
  3. kopi ni dah macam ketagihan jugak kan. kalau dah suka tu susah nak berenti xD 9 hari tu rekod yg agak lama, takpelah tak boleh stop pun. lebih baik minum je dari bermuram durja, ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... hari tu akak tak tahan, minum juga, Mazni. Kali ni, misi berhenti kopi masih berjalan, sudah 2 hari. Harap dapat bertahan. 😊💪

      Delete
  4. Dulu saya hantu kopi tapi bila dapat migrain terpaksalah tinggaljan kopi. Sekali-sekala layan juga tapi lepas tu minum air kosong banyak-banyak.

    ReplyDelete
  5. Mak mana yang tak seronok bila anaknya balik kan. Meriah rumah ada geng boleh kopi-kopi sesama. Saya pun rasa macam kejap je anak kak Nur membesar, rasa macam baru je cerita masuk U. Tahu-tahu dah akhir semester ye.
    Best makan soft cookies tak manis, boleh makan habis tanpa rasa bersalah. Kalau manis tu nak habiskan pun payah. Kadang manis tu boleh buat sakit gigi.
    Saya pernah cuba stop kopi bertahan 3 hari je kalau tak silap. Tak boleh tahan. hihi..Sekarang pun ada stok kopi minum pun sikit-sikit tak habis terus secawan tu. Janji dapat rasa-rasa kopi gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau minum kopi pun lepas tu minum air masak banyak-banyak. Kalau dah minum kopi dan minum air masak banyak rajin jugalah ke toilet pastu cover balik minum. Begitulah. hihi...

      Delete
    2. Tapi dia belum habis belajar, Fizah. Ada lagi 3 sem. Lama bebenor.
      Hehe... baguslah Fizah, minum banyak air masak selepas mengopi. Akak jenis malas minum air masak, sebab malas pi toilet banyak kali. Itu yang dehidrated tu.

      Delete
  6. Anak dara SA dah 21 tahun dh 25hb ni nanti. Sekejap aje dah besar...tp best la sebab SA ada geng shopping, geng gossipping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la, SA, Alhamdulillah, untung ada anak dara seorang, boleh buat geng.

      Delete
  7. Bagus anak bujang awak masih nak ikut mak pak keluar. Senanglah nak borak-borak.

    Saya pulak hampir setiap hari minum green tea Ahmad Tea tanpa gula, memang jadi kerap buang air jugak. Tapi takpelah kot, lebih elok berbanding saya minum minuman manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia seorang yang suka ikut. Lagi dua orang, tak pernah nak ikut.
      Saya pun dah ikut Ujie, minum Ahmad green tea kosong. 😊

      Delete
  8. Bagus dah tu ada usaha berhenti. Dulu saya addicted betul dengan Nescafé susu. Tak senang duduk kalau tak minum sehari. Tapi bila kolestrol naik mencanak, terus insaf. Sekarang sekadar minum kopi O tanpa gula hari-hari. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait tu, minum kopi kosong. Semoga bacaan kolesterol BK semakin ok ya.

      Delete
  9. Huyyooo...Nona not coffee addicted..Tapi minum je bila ada masa teringin..huhu..Moga kita sihat selaluu yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la, not addicted to coffee. Aminn...

      Delete
  10. jarang ank laki nk follow mak ayah keluar...cookies tu jenis chewy mmg best..kalo pencinta kopi nk stop sure kemurungan tu..tkpe slow2 kurangkn

    ReplyDelete
  11. untongnya dia mahu berkepit keluar sama 💛🧡 ...kalau anak-anak mieja semua malas nk ngekor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. entah, yang sulung ni sebab duduk jauh kot, jarang jumpa, itu yang bila balik rumah je, suka mengekor.

      Delete
  12. dah besar anak bujang mama itu., hehe

    ReplyDelete
  13. X leh mak and ayah nak p dating...hari lain boleh lagi...9 hari lama jugak..mana boleh berhenti terus..x per slow2...

    ReplyDelete
  14. sekali pandang rupa macam Naqiu pulak anak sulung Nur ni.
    tp memang anak sulung lebih clingy agaknya eh jika dibanding dengan yg lain..kalau kat rumah ni pun sama. Ingatkan sebab dia pompuan...rupanya yg disana pun sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ye ke... Hehe..
      Ha ah. Sebenarnya, anak sulung lebih manja dari anak bongsu. Si bongsu lebih berdikari.

      Delete
  15. Bagus juga kalau anak masih mau ikut orangtuanya kemana2 kak. Banyak yg tak nak soalnya

    Masalah kopi, saya pernah tak minum 5 hari kalo tak salah, lalu memang tak tahan 😂. Apalagi di rumah saya banyak jenis biji kopi . Jadi susahlah nak berhenti total. Lihat saja, dah teringin. Cuma dari dulu saya selaku minum 1 gelas saja. Tak nak lebih . Dan air putih selalu banyak. Jadi ya sudahlah, tetep minum saja 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... besar ujian berhenti kopi Fanny ya, sebab banyak jenis biji kopi di rumah. Asalkan happy, ok je.

      Delete
  16. kalau tak mampu tinggalkan kopi...usahakan untuk kurangkan pengambilan saja....jangan susah-susahkan diri

    ReplyDelete
  17. MA paling lama pernah cuba stop kopi...seminggu kot, memang mood swing giler2 la..tambah sakit kepala lagi...lepas tu, memang x try dah... MA minum kopi memang no sugar..plus memang minum air putih extra2 la sama
    betul...hero MA pun dah 20 tahun next year, dia pun ckp..no more belas2 dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga tu, MA, seminggu. Ha ah, sakit kepala tu, bila stop caffein, kan.
      Wah, sekejap je anak-anak membesar. Dah 20 tahun next year ye, Lan.

      Delete
  18. Haha sayapun suka ikut Mak dan Abah keluar minum tapi kitorang makan gerai biasa-biasa tepi jalan.
    Takpelah, ada orang boleh berhenti minum kopi ada tidak. Saya minum kopi sihat itu 2 kali seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi orang tua kita masih ada kan, NA, memang best dapat habiskan masa dengan dia orang. Bagus NA ni, minum kopi sihat 2 kali saja seminggu. Kalau ada apa-apa kebaikan dan perubahan pada NA sejak amalkan kopi sihat tu, nanti NA cerita kat blog ya. 😊

      Delete
  19. Rezeki anak-anaknya masih hendak ikut pergi ke mana-mana meneman emak ayahnya. Boleh ke kita makan dan minum je apa kita nak kan sebab memang akan kesedihan kalau terpaksa berpisah dengan makanan/minuman yang menjadi ala-ala our comfort food

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju la, dengan KSarie. Hidup kena happy, kan. Hehe..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...

Cerita Berkebun lagi...

💚 Ahad, 7 September 2025 💚 Saya kan, ada tanam cili. Biji benih dari dapur sendiri. Cili kadang tak habis guna, yang dah kecut atau buruk tu, saya asingkan bijinya, dan saya campak di tanah.  Lepas tu, saya lupa bila sudah tumbuh pokok, saya tak pasti sama ada ia cili padi atau cili hidup . Seingat saya, semua biji cili saya ada campak. Cili padi hijau, dan cili hidup merah dan hijau .  Itu la, yang dalam pasu, kalau saya tanam dari biji benih, saya biasanya labelkan, letak sticker. Yang atas tanah, malas pula. 🙈 Cili hidup warna hijau . Cili besar tu, saya panggil cili hidup. Yang warna hijau, biasanya saya guna untuk masak ikan keli berlado .  Saya teringat yang dulu, blogger Bola Katok ada up entri cili , dan saya ada tinggalkan komen di blog beliau. Betul la BK cakap. Kalau kita biar cili hijau lama di pokok, dia jadi merah. Oooo... Macam tomato juga, lah. Orang guna tomato hijau masak keli berlada . Kalau biar tomato tu di pokok, dia tukar jadi merah. Saya tak...