First time beli Momoyo - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, September 4, 2025

First time beli Momoyo

Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025 

Saya berdiri depan kaunter pesanan. Tak tahu nak order apa.

Adik Momoyo tu tanya, "Akak nak aiskrim ke, air?"

"Aiskrim."

Dia bagitahu ada sundae oreo.

Saya tambah lagi satu sundae, perisa peach.

Dalam kedai Momoyo, sedang tunggu pesanan
Tunggu order siap, sambil tengok keliling dalam kedai.

Nak kata lama, tak juga. Agak baru juga Momoyo ini dibuka di Manjung.

Dari mana asalnya Momoyo ni?

Momoyo asal dari Indonesia. Ditubuhkan tahun 2022, dan specialize dalam teh. Di Indonesia saja, sudah ada 300 buah kedai Momoyo.

Bulan Oktober 2023, Momoyo pertama dibuka di Filipina.

Bulan Disember 2023, Momoyo pertama dibuka di Malaysia.

Saya buat carian google sikit. 😊

Pergi pagi, tiada pelanggan di Momoyo
Pukul 10 pagi, tiada pelanggan, kecuali saya.

Di Momoyo, menu yang ada termasuklah pelbagai jenis aiskrim seperti sundae dan cone.

Teh pula, pelbagai perasa buah segar. Jumbo fruit tea pun ada. Dalam teh gelas besar, ada potongan buah segar. 

Minuman kopi juga ada, tapi tidaklah banyak.

Pada hari itu, saya beli Orea dan Peach Jelly Aiskrim Sundae.

Beli dua sundae di Momoyo, harga RM10
Total bayaran, RM10

Satu sundae cup harga RM5.

Kalau beli cone, RM2 satu.

Suasana dalam kedai, ceria. Waktu serahkan pesanan saya, adik Momoyo tu cakap,"Makan aiskrim Momoyo dengan gembira ya, kak", sambil tersenyum lebar. 

Hehe.. baiklah.

Dua aiskrim sundae dari Momoyo, Oreo dan Peach Jelly
Siap!

Comei je. Bawa balik, makan di rumah.

Aiskrim sundae Momoyo yang comel
Kenapa comei sangat packaging Momoyo ni?

Saya makan share dengan suami perasa peach jelly. Sedap! 😋 Ada potongan jelly perasa peach dalam sundae.

Yang oreo, simpan dalam peti ais, bagi kat Sulaiman.

Alhamdulillah. Saja je, cuba beli, nak merasa.

Jumpa lagi, ye. 💗

2 comments:

  1. Ahkak yang membaca pun terus rasa gembira melihat aiskrim comel. hehehe

    ReplyDelete
  2. Murah juga harganya. Ingat berbelas-belas harga.

    ReplyDelete