Roti krim - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Saturday, September 27, 2025

Roti krim

 Tarikh: 19 Ogos 2025

Anne (perkataan Tamil, maksud abang) Kedai Murugan di Lumut, sudah kenal saya. Mungkin sebab saya selalu singgah beli roti.

Ada sekali tu, saya masuk kedai Murugan, nampak satu kotak roti gardenia quick bite ni, yang perasa durian. 

Saya cakap kat anne tu, "Uit, satu kotak roti durian oooo".

Dia gelak. "Ye la, ramai orang tanya. Saya terus minta sama orang gardenia la. Sekarang kalau sorang beli 5 biji pun tarappa, stok dia kasi banyak".

Hahaha... Waktu tu, memang ramai orang mencari roti durian dan strawberry tu. 

Gardenia quick bite pelbagai perisa
Pelbagai perasa roti gardenia quick bite.

Pada hari tersebut, saya beli perasa coklat, vanilla, jagung, strawberry dan butter sugar. Tak ambil perasa durian, sebab kalau beli, saya yang kena makan. Anak-anak tak suka perasa durian. Saya sedang usaha kurangkan makanan tepung based. Tapi kadang, saya bantai juga makan bila lapor.

Ini antara makanan bila anak-anak lapar dan saya belum siap masak. Saya masak lama. Sejenis buat kerja slow. Bila masak nasi je, air basuhan beras tu, saya simpan dalam dua bekas. Lepas tu, keluar dapur, siram pokok dengan air basuhan beras. Boleh katakan 2 jam kot ambil masa siap kerja di dapur untuk siap masak nasi, lauk satu jenis dan sayur satu jenis. Masak lauk, suka guna api perlahan. Kalau masak gulai, suka bagi dia masak lama atas dapur.  

Kalau kome, ambil masa berapa lama masak di dapur, yang complete meal? Cer citer, cer citer...

Ok. Selamat berhujung minggu, semua. 

Jumpa lagi, ye. 💗

3 comments:

  1. SA plak x tentu..selalunya 1/2 jam siap dh masak..kalau lauknya x renyah

    ReplyDelete
  2. Tudiaa ambil stok barang. Dapatlah orang yang mencari tu merasa kan. Dah banyak stoknya.
    Paling cepat kalau complete meal tak sampai 10 minit pun. Goreng ikan, rebus bendi. Sambal dah ready made. Cukup dah tu. hihi...Nasi masak awal sikit dari masak lauk.

    ReplyDelete
  3. cantik lak warna colorful bersusun.
    sama macam mak saya, air basuhan beras tu dia simpan buat siram pokok. kalau saya yg masak nasi, buang je air tu kat sinki hahaha

    ReplyDelete