Tarikh: Rabu, 6 Ogos 2025
Kat rumah, ada ikan mata besor atau ikan Uji Rashid. Beli 4 ekor hari tu. Perap dengan serbuk kunyit lalu digoreng.
![]() |
| Cooking in progress |
Sementara ikan digoreng, cili merah dan cili hijau dibuang biji, dihiris halus dan saya kisar guna pengisar manual. Cili padi tanam sendiri pun masuk juga, beberapa biji. Tarik tali untuk menggerakkan mata pisau. Jenuh juga, kena goncang-goncang pengisar dan kisar balik. Lepas tu, terbalikkan pengisar, lepas tu kisar balik. Workout yang bagus untuk lengan. Bila la nak beli chopper elektrik ni. Nak tumbuk guna lesung, tak sanggup saya.
Saya tersilap pilih kuali. Hilang ingatan kejap. Ada kuali buat goreng ikan, dia jadi tak lawa. Ada kuali buat goreng ikan, comel je ikan kita. Tapi takpe la. Kita juga yang nak makan.
![]() |
| Ikan goreng tak berapa cantik kejadian |
Teksture cili yang sudah dikisar manual adalah seperti berikut.
![]() |
| Teksture cili yang saya nak, tak berapa halus. |
Masak dulu cili tu hingga berubah warna menjadi lebih gelap, bubuh garam sikit dan kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng.
![]() |
| Siap! Ikan goreng berlada. |
Jadi, Alhamdulillah. Bon appetit.
Hari ni, nak masak apa, kome? Saya plan hari ni nak ke supermarket beli bahan mentah. Peti ais sudah licin.
Jumpa lagi, ye. 💗




SA plak lain.suka tumbuk guna lesung batu dari guna chopper...hehehe..
BalasPadamHebat SA. Saya kalau tumbung guna lesung, tak tahan tangan pedas tempias cili.
Padamtumbung pulak, typo tumbuk.
PadamWak x masak .. order mamak je .. hehe
BalasPadamSyoknya.. lagi senang tu.
PadamRamai x suka beli ikan ni...sebab rasa dia kurang sikit..tapi kalo enhance masak berlado licin jugak..
BalasPadamOh ye ke.. saya beli je, mana-mana ikan segar yang mata dia tak merah. Hehe..
Padamkalo menu camni lawan die ngan sayur lemak putih sodap tu
BalasPadamMemang sedap, tapi hari tu, saya cuma masak satu lauk je. Tak cukup rajin.
PadamPeti ais kena penuhkan balik tu nampaknya. Mesti lepas ni banyak menu keluar. Kalau ikan goreng berlada macam ni, tak perlu lauk berkuah nanti kacau rasa.
BalasPadamYe, SK. Itu masak satu lauk je.
PadamByk cili Akak guna tu
BalasPadamItu pun tak pedas, Linda.
PadamSenang guna chopper tapi tu la texture dia tak cantik sangat. Kadang malas nak tumbuk guna lesung kan.
BalasPadamSebab pedas kena tempias cili kalau guna lesung.
PadamRumah sayapun tiada pengisar kecil untuk kisar bahan-bahan tumis. Memang tumbuk sahaja.
BalasPadamHehe asal sedap.
Itu la, kita guna je apa yang selesa dan mudah untuk kita, ye NA.
PadamSaya pun ingin beli Chopper kak. Soalnya selama ini pakai blender, jadi halus sangat 😅😅. Padahal kadang saya nak bentuk cacahannya masih kasar. Makanya butuh chopper, tp yg elektrik lah
BalasPadamSama. Akak pun suka kalau hasil rencah nak dikisar tu, tidak halus sangat.
PadamChopper ni bagus juga. Jimat elektrik juga. Tak ada elektrik, boleh guna. Saya prefer tumbuk kalau masakan begini. Ikut keselesaan dan selera masing-masing gitu. Betul, kuali pun main peranan. Yang jenis melekat tu memang tak elok jadinya ikan goreng kita. Ringkas masakan ikan goreng berlada. Ada lauk ni pun okay dah, tambah ulam sikit dah siap hidangan kalau untuk sayalah.
BalasPadamBetul, Fizah. Tak perlu lauk banyak², kan.
PadamHehehehe...baru tau namanya ikan Uji Rashid. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas. Langsung la lapar sebab baca post ni waktu lunch😋
BalasPadamSaya, nyonya jual ikan yang cakap. Sejak tu, boleh kenal. Sedap, KSarie. Alhamdulillah.
Padam