Tarikh: Isnin, 11 Ogos 2025
Saya bangun sahur, sebab nak puasa pada hari tersebut. Puasa sunat Isnin je.
![]() |
Nasi lauk ayam rebus dan sayur campur. |
Simple je lauk sahur. Kuah pun takde. Cekik, aku makan. Kalau puasa, saya perlu bangun sahur. Makan sesuatu. Tak boleh kalau tak sahur.
Pada pagi itu, cuaca hujan. Lepas subuh, nak buka pintu pagar yang berkunci. Ternampak la, ada kabel depan rumah. Kabel telefon atau talian tetap la tu, orang curi kabel. Buat projek malam-malam. Dia potong, lepas tu terbiar je depan rumah orang.
![]() |
Kabel melintang di hadapan rumah. |
Saya tak sentuh. Takut la nak sentuh time baru lepas hujan. Walaupun bukan kabel elektrik. Tunggu suami saya balik kerja shif malam, barulah dia alihkan. Saya tak keluar rumah pun pada hari itu.
Dulu-dulu, beberapa tahun lepas, pernah nampak orang curi kabel telefon ni, siang-siang hari, waktu hari Ahad, dia boleh panjat tiang telefon. Macam spiderman dia panjat tiang tu. Perlu kemahiran memanjat yang tinggi juga ye, nak jadi pencuri kabel ni.
Dulu juga, selalu kena telefon TM, sebab bila kabel kena curi je, haruslah laporkan, sebab telefon rumah tak boleh pakai. Sekarang, sudah lama tak pakai telefon rumah. Apa taknya, kalau dah tiap-tiap minggu kena report kabel hilang, telefon rumah tak boleh pakai, tapi bil tetap kena bayar.
Mujur juga sekarang sudah tukar kabel fiber, elok, tiada kecurian macam kabel talian tetap yang ada tembaga di dalam tu.
Hari tu, saya masak lauk ayam masak lemak cili api.
![]() |
Letak daun kunyit, you. |
Saya tak goreng dulu ayamnya. Alhamdulillah, satu lauk je buat berbuka pada hari itu.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗
Di sini paling sering kejadian di daerah sumatera kak. Banyak sangat pencuri kabel, pencuri besi . Tak paham saya. Memang susah sangat hidup atau tak peduli agama..
ReplyDeletepenat kita sebagai pengguna asyik nak report je...hihihi
ReplyDeleteSedapnya ayam masak lemak cili api. Kalau tak goreng dulu pun sedap tu, Tot. Kalau puasa ganti atau sunat, tak bangun sahur, sy tak jadi puasalah hari tu, hihi.
ReplyDeleteingatkan dunia dah makin maju ni takde kes2 mencuri kabel telefon la, internet la. masih ada lagi rupanya.. menyusahkan tuan rumah je
ReplyDeletePernah jugak depan rumah terjuntai wayar kabel...pagi tgk ada lagi..petang hilang dah..
ReplyDeleteSaya pun jenis kena bersahur juga kalau puasa. At least kurma dan air suam. Lahh masih ada ye pencuri kabel zaman sekarang ni. Tak fikir bahaya dah dorang ni. Kalau kabel elektrik kena renjatan tak pasal ke alam lain terus. Ayam masak lemak memang tak digoreng dulu kan. Cuma versi moden ni je saya perasan ada orang buat dan saya pun pernah buat. Saya rasa untuk masakan lemak better tak digoreng dulu. Lagi sedap ikut cara tradisional.
ReplyDelete