Salam Maulidur Rasul - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, September 5, 2025

Salam Maulidur Rasul

 Jumaat, 5 September 2025.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua.. selamat bercuti dan beristirehat di rumah. Cuti umum sempena Maulidur Rasul.

Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Lafaz selawat ringkas

Rasullullah SAW sayang kita. Allah pun sayang kita.

Setiap pagi selagi Allah masih izinkan kita untuk bernafas, bermakna kita masih berpeluang untuk bertaubat, perbaiki diri kita dan dekatkan diri padaNya. 

Saya teringat masa saya pergi umrah, semasa di Masjid Nabawi, bila lalu depan kubah hijau makam Rasulullah SAW je, mesti air mata meleleh. Rindunya nak kembali ke sana. 

Semoga kita semua dilindungi Allah dan dalam rahmat Allah sentiasa. 

Jumpa lagi, ye. 💗

No comments:

Post a Comment